Pelakon jelita Malaysia iaitu Lisa Surihani merasa terkilan kerana terdapat segelintir pihak yang memberikan komen-komen tentang pertanyaan bersifat peribadi beliau iaitu mengenai zuriat di laman sosial Instagram dan Twitter. Komen-komen tersebut berbaur sindiran dan kritikan terhadap beliau.
"Kalau soalan biasa contohnya bila saya akan hamil mungkin saya boleh jawap, tetapi apabila ada yang bertanya mengenai adakah badan saya mengalami masalah saya rasa itu sudah melampau"
"Tidak perlulah saya memberitahu perkara yanf bersifat privasi kepada orang ramai, hormatila saya juga," ujar Lisa yang di petik dari sebuah akhbar tempatan.
Tambah Lisa, 28, lagi, dia dan suaminya merupakan seorang pelakon dan pengarah terkemka, Yusri Abdul Halim sentiasa berdoa agar dimurahkan rezeki untuk menimang cahaya mata sendiri.
"Kami tidak pernah putus berdoa agar dimurahkan rezeki untuk menimang cahay mata sendiri. Apa yang saya boleh katakan semuanya terserah pada rezeki Allah, saya tidak berhak menentukan bila waktunya untuk hamil.
Sementara itu, Lisa yang kini sibuk dengan pengambaran filem "Cicakman 3" berkata, dia tidak mempunyai masalah untuk berlakon di bawah arahan suaminya itu sendiri".
"Semuanya berjalan lancar dan ini bukanla kali pertama saya bekerjasama dengan Yusri dan dia sangat profesional dalam melakukan tugasnya di set penggambaran."
No comments:
Post a Comment
Nyatakan komen dan pendapat anda di sini ..