
Jejaka ini turut menambah yang tiada sebarang perbincangan tentang perkahwinan pernah ditimbulkan antara beliau dan Nora Danish memandangkan kedua-dua mereka lebih selesa untuk fokus kepada kerjaya terlebih dahulu.
“Apa yang boleh saya katakan setakat ini kami rakan rapat dan Nora adalah wanita yang paling rapat dengan saya. Saya senang apabila bersama Nora, dia seorang yang mempunyai pendirian dan berpandangan luas”, kata Nedim.
“Kami pernah melalui pengalaman bercerai dan masing-masing mempunyai seorang cahaya mata. Jadi bagi kami, soal kahwin bukanlah keutamaan buat masa sekarang. Nora sendiri seperti yang umum tahu sibuk dengan pelbagai projek filem dan juga drama sepanjang tahun ini", kata Nedim.
No comments:
Post a Comment
Nyatakan komen dan pendapat anda di sini ..