Monday 31 March 2014

Ritual Raja Bomoh cari MH370 bukan syirik - Ustaz Azhar Idrus


Ustaz Azhar Idrus pertahan ritual Raja Bomoh - Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus mempertahankan tindakan Raja Bomoh, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin dan menyelar pihak-pihak yang menghukum tindakan itu sebagai syirik dan murtad. 

Menurut UIA, tidak semua tindakan bomoh atau lebih dikenali sebagai pengamal perubatan traditional boleh dianggap haram kerana ada sebahagian daripadanya merupakan sunah nabi Muhammad saw.




FESYEN PELIK! Gambar Shila Amzah pakai tudung tetapi baju blous dan legging di China


Gambar cantik Shila Amzah baju blous pendek dan legging - Penampilan Shila Amzah dalam satu program hiburan di China dengan fesyen berbeza iaitu memakai baju blous dan legging menarik perhatian ramai peminatnya.

Mungkin ianya disebabkan jarang atau tidak pernah ada artis Malaysia menggayakan baju blous dan legging dengan memakai tudung ketika menyanyi. Satu fesyen baru yang amat berbeza tetapi Shila kelihatan sangat cantik dan jelita.

Lagi empat keping gambar menarik Shila Amzah pakai baju blous dan legging untuk tatapan peminat yang amat merindui kehebatan nyanyiannya di Malaysia. - Semua gambar adalah kredit penuh kepada blog billyinfo




❤❤❤UPDATE JAWATAN KOSONG TERKINI - 31 MAC 2014❤❤❤


Berikut adalah senarai jawatan kosong terkini :


[+] Jawatan Kosong di Lembaga Penyatuan Dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA)
---> http://app.getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=hbhpY&mc=BR&s=RfZBY&u=GZZ&y=h&

[+] Jawatan Kosong di PUSPAKOM
---> http://app.getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=hbh1R&mc=BR&s=RfZBY&u=GZZ&y=Y&

[+] Jawatan Kosong di Universiti Selangor (UNISEL)
---> http://app.getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=hbhbg&mc=BR&s=RfZBY&u=GZZ&y=R&

[+] Jawatan Kosong di Pejabat Menteri Besar Negeri Johor
---> http://app.getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=hbhNL&mc=BR&s=RfZBY&u=GZZ&y=g&

[+] Jawatan Kosong di Pos Malaysia Berhad
---> http://app.getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=hbhdy&mc=BR&s=RfZBY&u=GZZ&y=L&



Pastikan anda lihat tarikh tutup setiap jawatan terlebih dahulu sebelum memohon.

Friday 28 March 2014

Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Sabah -Tarikh Tutup 11 April 2014



Universiti Malaysia Sabah (UMS) mempelawa warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan dan komitmen tinggi untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan yang tertera berikut:

Info lanjut layari http://ejobs.ums.edu.my/
See More

5 Gambar Ngeri Toyota Vellfire Hancur Rempuh Belakang Lori

Tiga sekeluarga maut manakala tiga lagi cedera parah selepas kereta yang mereka naiki merempuh sebuah lori di Kilometer 170 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran sempadan Bandar Baharu-Nibong Tebal, dekat sini, kira-kira jam 7 pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Bandar Baharu Asisten Superintenden Azmi Abu Bakar berkata, kesemua mangsa yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire dalam perjalanan dari arah Bandar Baharu ke Pulau Pinang.

"Mangsa yang maut di tempat kejadian adalah isteri pemandu berusia 36 tahun serta dua anak mereka berusia lima dan satu tahun.

"Suami mangsa berusia 36 tahun dan anaknya berusia dua tahun serta pembantu rumah warga Filipina cedera parah dan dihantar ke Hospital Parit Buntar, Perak.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat," katanya.

Tabah Bergelar Ibu Tunggal, Rita Rudaini Kongsi Pahit Manis Kehidupan Bersama Anaknya

Tabah Bergelar Ibu Tunggal, Rita Rudaini Kongsi Pahit Manis Kehidupan Bersama Anaknya
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Walaupun begitu, Rita Rudaini dilihat amat tabah dan kuat untuk menggalas tanggungjawabnya itu dengan sebaik mungkin.
Dikurniakan 2 orang cahaya mata yang comel, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Rafqa Arjuna, wanita cantik ini kelihatan bahagia dan tenang dengan kehidupannya kini.
Malah, pelakon berusia 37 tahun ini tidak lekang untuk memuat naik foto dirinya bersama 2 orang putera kesayangan itu di laman Instagram.
Tabah Bergelar Ibu Tunggal, Rita Rudaini Kongsi Pahit Manis Kehidupan Bersama Anaknya
Antara foto yang dimuat naik oleh Rita Rudaini
Semakin cantik dan berseri pula wajah Rita kan? Menerusi ruangan komen, para peminat turut menyatakan rasa kagum mereka terhadap semangat dan kecekalan yang ditunjukkan oleh pelakon ini.
Menganggap kedua orang anaknya itu sebagai nyawa, beberapa caption foto yang ditulis oleh Rita juga telah membuatkan peminatnya terharu dan mendoakan yang terbaik untuk mereka.
Tiada siapa dpt pisahkan kami. mommy korbankan hidup mommy utkmu ank2…mommy xmintak balasan tp mintak di kenang saja #ryanarjunarudaini.
Alhamdulillah.. Arjuna2 mommy da tido..bila ank2 da tido,automatik hati kita sbgai ibu sebak melihat dorg kan.  xsangka dulu kecik je skrg da besar da ble suap mkn sendiri. mmm..jap lg jenuh mommy nk cari pot selit kt mana nk tido..slalunye pot mommy kt tgh2 sbb nk bg adil sbb dua2 mintk mommy usap belakang sblm tido. ‘korg buat mommy bahagia ank2ku..tkasih’ ? #ryanarjunarudaini
Diharapkan Rita terus bahagia dengan kehadiran kedua orang puteranya dan sekaligus terus sukses dalam kerjaya. Apakata mari kita lihat sebuah video beberapa foto comel mereka di bawah!

Kredit : Instagram Rita Rudaini & Aidil Zafuan

Tidak Lupa Jasa, Najwa Latif Bawa Keluarga Melancong Ke Sydney

Tidak Lupa Jasa, Najwa Latif Bawa Keluarga Melancong Ke Sydney
Nampaknya walaupun sibuk dengan kerjaya sebagai seorang penyanyi dan juga pelajar universiti, Najwa Latif masih mampu mencuri masa untuk diluangkan bersama ahli kelurganya.
Terkini, sebagai tanda penghargaan kepada ibunya, Najwa yang pernah dikatakan berpendapatan RM 1 juta setahun itu telah membawa ahli keluarganya melancong ke Sydney, Australia.
Penyanyi yang mula popular menerusi lagu Cinta Muka Buku ini dipercayai bertolak ke Australia pada 22 Mac yang lalu bersama ibu dan 3 orang adik beradik perempuannya.
Tidak Lupa Jasa, Najwa Latif Bawa Keluarga Melancong Ke Sydney
Antara foto yang dimuatnaik menerusi laman Instagram
Menariknya, ada peminat memberi komen agak sukar untuk membezakan wajah Najwa dan adik beradiknya kerana mereka benar-benar seiras.
Najwa juga telah memuatnaik sekeping gambar bersama ibunya dengan caption yang menyatakan kasih sayangnya yang tidak terhingga buat wanita itu.
Tidak Lupa Jasa, Najwa Latif Bawa Keluarga Melancong Ke Sydney
Najwa Latif berada di Echo Point Katoomba
Bakal berada di Australia sehingga 26 Mac ini, Najwa dilihat sangat seronok menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga tercinta.
Antara tempat menarik yang dikunjungi oleh Najwa dan ahli keluarganya ialah Sydney Harbour Bridge, Featherdale Wildlife Park dan Echo Point Katoomba. Mari kita lihat beberapa lagi foto Najwa dan keluarganya!







Kredif foto: Instagram Najwa Latif

Semakin Terbuka Soal Cinta, Zizan Sambut Hari Lahir Emma Maembong

Semakin Terbuka Soal Cinta, Zizan Sambut Hari Lahir Emma Maembong
Rasanya semua pasti sudah mengetahui hubungan yang terjalin diantara pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Razak dengan pelakon jelita, Emma Maembong yang dikatakan sedang hangat menyulam cinta.
Walaupun tiada status rasmi mengenai hubungan mereka, sejak akhir-akhir ini, mereka dilihat semakin terbuka dalam meluahkan cinta.
Terbaru, Zizan telah membuat kejutan hari ulang tahun kelahiran Emma bersama beberapa orang rakan dan adik beradik Emma sendiri.
Semakin Terbuka Soal Cinta, Zizan Sambut Hari Lahir Emma Maembong
Melalui laman sosial Instagram milik Zizan, sekeping foto telah dimuat naik dengan caption yang sungguh romantis.
Melalui status tersebut, Zizan turut meluahkan kata-kata cinta buat Emma. Mungkin terharu dengan kejutan tersebut, Emma menitiskan air mata kegembiraan.
 Semakin Terbuka Soal Cinta, Zizan Sambut Hari Lahir Emma MaembongSambutan Hari Lahir Emma turut dihadiri rakan dan adik beradiknya
Beruntung Emma, walaupun sibuk dengan aktiviti serta jadual penggambaran yang ketat, Zizan masih lagi dapat meluangkan masa menyambut hari jadi buah hatinya itu.
Apapun, kami ucapkan Selamat Hari Lahir yang ke-22 buat Emma Maembong dan semoga hubungan yang terjalin kekal hingga ke jinjang pelamin.
Kepada pembaca setia! jom lihat dulu foto-foto romantis pasangan ini.