Monday 30 June 2014

(ARTIS-PANAS!!) Emma Maembong punca kemelut Zizan & Marina?

27 Jun – Permasalahan yang melibatkan Zizan Razak dan rakan kongsinya Marina Juki kembali menjadi perhatian umum selepas Zizan dikhabarkan telah membekukan dua akaun syarikatnya Wire Fame Entertainment Sdn. Bhd. (WFE) sehingga urusan pembayaran gaji artis naungan dan pekerja tertunggak sejak bulan lalu.
Menurut laporan Sinar Harian, sidang media telah diadakan semalam oleh Marina bersama peguamnya, Harjit Singh Sandhu dan Wan Nurliyana daripada Tetuan Harjit Sandhu bersama Sasha Lyna Abdul Latif dari Tetuan Sasha Lyna yang merupakan peguam syarikat WFE serta juruaudit akaun WFE Azlan Karim.
Marina menjelaskan bahawa dia sangat terkejut apabila mendapat tahu kedua-dua akaun syarikat dibekukan atas arahan Zizan ketika mahu mendepositkan cek pada awal Jun iaitu selepas seminggu Zizan mengeluarkan arahan berkenaan.
"Zizan langsung tidak berbincang mengenai hal itu dengan saya biarpun dia pemegang saham terbesar dalam syarikat.
"Lebih mengejutkan saya, apabila ada pihak menyampaikan kepada saya, Zizan mendakwa saya menyeleweng duit syarikat. Padahal penyata akaun bagi 2013 belum lagi dikeluarkan. Namun, bagi penyata akaun 2011 dan 2012 tidak ada sebarang masalah penyelewengan," katanya.
Akhirnya Marina turut mengakui sememangnya hubungannya dengan Zizan bermasalah semenjak Februari yang lalu.
"Sebenarnya ada sedikit salah faham membabitkan saya dan Zizan, ketika kami bersama Emma serta beberapa individu lain berada di Amerika Syarikat pada Februari lalu.
"Balik sahaja dari bercuti, Emma menyatakan hasrat untuk berundur. Jadi dari satu salah faham, ia seperti berpanjangan kerana kami masih belum sempat untuk duduk berbincang," ujarnya.
Dalam pada itu, Marina berharap agak hal ini dapat diselesaikan segera dan berasa agak sedih dan terkilan kerana dirinya dan Zizan berkawan rapat sejak empat tahun lalu dan hubungan seperti adik-beradik dan jatuh bangun bersama.
"Saya harap Zizan dapat luangkan masa bertemu saya dan jelaskan beberapa perkara mengenai pembekuan akaun syarikat dan tampilkan bukti penyelewengan andai benar saya lakukannya serta penjelasan mengenai hasratnya untuk berundur dari WFE," jelasnya yang mengharapkan isu ini tidak berpanjangan dan dapat diselesaikan dengan cara baik. KUMPULANCERITAKINI

(Vacancy) Jawatan Kosong di Kementerian Kesihatan Malaysia


Health services in the country’s history began even before independence. Construction of the hospital at that time was to treat the workers in the mining industry. Each of the mine workers must pay 50 cents a year for treatment. As the mining industry booming in Bangkok, at the end of the 19th century the state had the most hospitals of 15 pieces. Hospitals are the Taiping, Teluk Intan, Tapah, Sg. Siput, Slim River, Sri Manjung, Selama, Parit Buntar, Kuala Kangsar, Kampar, Ipoh, Grik, Changkat Melintang, Batu Gajah dan Tanjung Rambutan. Ministry of Health Malaysia will continue to grow with the increase in health facilities each year. The Ministry is also a reference from neighboring countries in a variety of medical technologies and methods such as Cardiology and Geriatric medicine. Ministry of Health will now focus on the broader health care facilities, particularly in providing fair, accessible and quality. This development is in line with changing patterns of environmental health, health technology development of globalization and liberalization on the pattern of changes in disease, health, environment and technology development at the global level.
Job Vacancies at Kementerian Kesihatan Malaysia :
1. Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 
2. Pemandu Kenderaan Gred H11 
3. Pekerja Awam Gred H11 
4. Pembantu Operasi Gred N11

(VACANCY) Jawatan Kosong di Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia- Tarikh Tutup 11 Julai 2014

Jawatan Kosong Di Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia Jun 2013
Malaysian Fire Services was formed in 1883 with 15 members of the Volunteer Fire Services in Selangor, headed by H.F. Bellamy and placed under the supervision of the Sanitary Board. In 1895 the volunteer organisation became the Permanent Fire and Rescue Services. Fire services were eventually established in every state in Malaya and placed under the administration of the municipal council or the Rural Board. In 1946, following Second World War, the Malayan Union Services (MUS) was formed with Flight Lt W.J. Gerumandi as the director. MUS had its headquarters in Kuala Lumpur.
Job Vacancies at Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia :
1. Pegawai Bomba Bantuan
Closing Date : 11/07/2014

(WOW!! - LUAR NEGARA) Pelakon Wanita Popular Jual Rumah RM33 Juta

Kini ramai artis sedang sibuk mengumpul aset terutama rumah. Bagi pelakon popular yang pernah meraih anugerah ini, kini masanya untuk dia menjual rumah.

Pelakon gred A Hollywood, Reese Witherspoon mahu menjual kediamannya yang terletak di Brentwood California, Hollywood dan harganya dikira bersesuaian.

Dailymail melaporkan, bintang filem Legally Blonde dan This Means War ini meletakkan harga rumah agam mewah itu sebanyak RM33.6 juta.

Rumah baglo ini berkonsepkan rumah Sepanyol. Sesuai dengan harganya, rumah ini dilengkapi pelbagai kemudahan mewah dan penuh privasi. Ini termasuk kolam renang, taman permainan, kebun serta taman yang luas.

Mereka yang ingin ketenangan dan cukup kaya bolehlah membeli rumah Reese Witherspoon ini. Jika berjaya menjual rumah ini, Reese pula akan berpindah ke Pacific Palisades. Mesti lagi mewah rumahya.

Gambar di bawah:


KUMPULANCERITAKINI



(ARTIS) Fesyen Mawar Fareeda Isteri Fizo Dikritik Ketika Bercuti

Mawar pemilik butik tudung Fareeda tak habis-habis di landa kontroversi. Isteri kepada Fizo ini tabah mengahadapi segala dugaan setelah berjaya dalam perniagaan. 

Ye lah kalau dah berjaya mula lah orang cari salah. Bukan Mawar je, kalau kedai makan Melayu dah berjaya ada je yang dengki. Huhu.

Ok lah, ini sebenarnya nak bercerita tentang festen Mawar ketika bercuti di Barcelona dengan Fizo. Walaupun pemilik tudung eksklusif, namun fesyen Mawar dikritik oleh seorang peminat.

Kata follower tersebut, gaya Mawar agak bosan, style nya sama je. Haha macam-macam peminat ni. Apa nak buat, public figure, hadam je la komen tu. 

Jom layan Koleksi Gambar Mawar Dan Fizo Bercuti Di Spain (KLIK SINI)

Ok la jom layan komen adik itu:

KUMPULANCERITAKINI


(ARTIS) 15 KOLEKSI GAMBAR Mawar & Fizo Bercuti Di Barcelona

Pasangan selebriti pelakon Fizo Omar dan pengusaha tudung Fareeda, Mawar kini bercuti di Barcelona Sepanyol.


Turut bercuti bersama adalah Fizo and the gang seperti Kamal Adli dan Hairul Azreen. 

Apa yang menarik tentulah gaya aksi pasangan suami isteri ini terutama Mawar yang memakai tudung Fareeda ala-ala warna jersi Barcelona. Fuh.

Peminat Barcelona yang nak dapat tudung Fareeda, boleh cari warna macam tu. Kalau lelaki boleh hadiahkan kepada kekasih atau isteri. Dapat tudung Fareeda mesti suka. Hehe.

Baca Juga: fesyen Mawar Dikutuk (baca sini)

jom layan gambar percutian mereka:

KUMPULANCERITAKINI
















(ARTIS-PANAS!!) Penyanyi Rock Popular Pukul Isteri Di Sebuah Bank Di Ampang

Satu lagi kes panas telah dilaporkan oleh akhbar Berita Harian.

Penyanyi Rock Popular dan terkenal telah memukul isterinya di khalayak ramai. Tindakan rockers itu ternyata mengejutkan kakitangan dan pelanggan sehingga menimbulkan kekecohan sebuah bank di Ampang. 

Malahan melalui sumber, dikatakan sebelum tiba di bank berkenaan, wanita itu sudah ditampar oleh suaminya.

Isteri yang juga ibu kepada tiga anak hasil perkahwinan dengan penyanyi rock ini mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan di ibu negara kerana kesakitan akibat perbuatan ditampar dan dipukul suaminya. 

Difahamkan kekecohan itu berlaku apabila penyanyi rock itu meminta isterinya membuat pengeluaran di bank berkenaan. Akibat gagal mengawal perasaan marah terhadap isterinya, penyanyi tersebut berindak di luar batasan dan memukul isteri boleh dikatakan dayus!

Berdasakan tinjauan dari BH di bank itu, wartawan gagal untuk mendapatkan maklumat daripada kakitangan bank berkenaan. Usaha untuk mendapatkan gambaran kejadian tidak berjaya apabila kakitangan enggan mengulas - Berita Harian.

UPDATE:

Ada juga sumber dari Cari forum membuat tuduhan penyanyi rock itu ialah Awie, namun tidak dapat dipastikan kepastiannya.




Pengguna forum itu berkata ahli keluarganya bekerja di bank itu dan menuduh penyanyi yang terlibat ialah Awie.

KUMPULANCERITAKINI

(ARTIS-PANAS!!) Awie Cabar Pihak Yang Tuduhnya Pukul Isteri Tunjuk Bukti

Beberapa hari lalu, Berita harian melaporkan seorang penyanyi rock telah memukul isterinya di sebuah bank di Ampang. Baca kisah penyanyi itu -> (baca sini)

Kes pukul isteri itu menimbulkan kekecohan di dalam bank manakala isteri penyanyi rock itu medapatkan rawatan di hospital.

Secara tiba-tiba nama Awie naik dan disebut-sebut sebagai penyanyi rock tersebut.

ini kata-kata Awie:
"Saya tak mahu komen tentang perkara ini. Kalau betul saya penyanyi rock yang dikatakan telah pukul isteri, buktikan dahulu.

"Apabila ada bukti, baru saya akan jelaskan. Ini masalah rumah tangga saya dan saya tidak mahu cerita tentang perkara ini.

"Buat masa sekarang saya anggap perkara ini adalah fitnah," 

"Laporan itu tak cakap pun penyanyi itu adalah saya jadi tak perlulah nak besarkan isu ini. "Apa yang saya mahu katakan di sini, sebagai manusia kita tidak lepas melakukan kesilapan," 

Berita Harian telah ke tempat kejadian namun semua orang kunci mulut dan tidak mahu mengulas. Mungkin orang lain dan perkara ini tidak dapat dipastikan kerana pihak bank tidak membenarkan kakitangan memberi sebarang kenyataan. (sumber: mStar)

KUMPULANCERITAKINI
Awie, Rozana Dan Anak-anak

(ARTIS-PANAS!!) Gambar Isteri Awie Cedera Teruk Dipukul Tersebar

Terbaca di forum Rotikaya dan Cari, tersebarnya gambar isteri Awie luka teruk di bahagian muka.

Gambar ini mula tersebar di aplikasi Whatsapp sebelum ada pihak memuat naik ke sebuah komuniti di laman sosial Facebook dan ianya kini mula menjadi perhatian ramai.

Gambar itu menunjukkan seorang wanita yang didakwa adalah isteri kepada penyanyi kumpulan Wings, Awie. 

Isteri Awie ini bernama Rozana Misbun kelihatan mengalami kecederaan agak teruk dan menurut sumber itu adalah kecederaan akibat dipukul seseorang.

Sumber juga ada menyebut yang ini adalah bukti kes pukul isteri yang melibatkan Awie baru baru ini. 

Sebelum ini Awie ada mencabar pihak menunjukkan bukti beliau memukul isterinya >>(baca sini)<<

Namun gambar ini sahaja tidak mampu sebenarnya untuk menyabitkan Awie sebagai pelakunya kaki pukul. Mangsa sendiri harus tampil dan memberitahu perkara sebenar.

Tunggu cerita dari pihak Awie atau isterinya sendiri.

KUMPULANCERITAKINI




(ARTIS-PANAS!!) Amanda Misbun Komen Awie Pukul Kakaknya

Pelakon Amanda Misbun merupakan adik kepada Rozana Misbun iaitu isteri kepada penyanyi Wings, Awie.

Kini kecoh di laman sosial gambar seorang wanita dikatakan kakaknya cedera akbiat dipukul Awie. Lihat gambar di : (GAMBAR SINI)

Ini kata dari Amanda Misbun:
“Maaf, saya tidak boleh memberi sebarang komen memandangkan saya tidak layak berbuat demikian. saya juga tidak boleh sahkan sama ada itu gambar dia.

“Saya harap semua orang boleh tunggu, sebab ada orang yang boleh menjelaskan keadaan sebenar," 

“Keluarga kami memang tidak campur soal rumah tangga, sebab itu lebih kepada masalah peribadi. Tetapi setahu saya kakak saya bahagia, saya ada berjumpanya sebelum ini dia nampak elok,"

“Setelah sembilan tahun mereka berkahwin kenapa baru timbul kisah-kisah begini. Saya anggap ini hanya khabar angin sahaja,"

Amanda Misbun berharap semua peminat mendoakan keselematan dan kebahagiaan keluarga Awie dan kakaknya.

Amanda tidak mahu mengesahkan gambar tersebut dan memberitahu kakaknya bahagia dengan Awie.

Amanda juga berkata ada pihak akan menjelaskan keadaan sebenar tidak lama lagi.

KUMPULANCERITAKINI

(ARTIS-PANAS!!) Awie Buat Keterangan Kes Pukul Isteri

Penyanyi dari kumpulan Wings dan pelakon yang popular dengan filem Sembilu, Awieakui telah dipanggil pihak polis untuk membantu siasatan mengenai dakwaan dia memukul isterinya, Rozana Misbun baru-baru ini.

Awie, nama sebenarnya Azhar Othman yang kini berusia 45 tahun tak mahu mengulas mengulas lanjut apa keterangan polis yang dibuat dan hanya menyerahkan siasatan kes itu kepada pihak polis.

Tentang tersebarnya 3 keping gambar seorang wanita dikatakan isteri Awie cedera teruk akibat dipukul (gambar di sini), Awie memberitahu dia masih belum melihat gambar tersebut dan tidak mengetahui tentang gambar itu.

Ini kata Awie:
“Jika benar gambar itu tersebar, saya serahkan kepada pihak berkuasa untuk sebarang tindakan,”

Rozana Misbun kini berusia 35 tahun, didakwa dipukul Awie di sebuah bank. Kes ini kini disiasat pihak polis. Berdasarkan kata-kata adik Rozana iaitu Amanda Misbun (baca sini), dia meminta semua bersabar dan akan ada pihak membuat kenyataan tentang kes itu kelak.

KUMPULANCERITAKINI


(ARTIS) Zizan Razak Menangis Di Melodi

Zizan Razak menangis teresak-esak diMelodi TV3 tadi. Ini terjadi apabila pelawak dan pengacara popular ini mengumumkan episod ini adalah yang terakhir buatnya sebagai pengacara di Melodi.

Zizan Razak dan Awal berpelukan dan menangis bersama. Zizan menangis sambil mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakan di produksi Melodi.

Zizan kini di bawah pengurusan Astro dan mungkin ini faktor utama Zizan keluar dari produksi Melodi dari TV3.

Semoga Zizan Razak sukses selalu.

Jom layan gambar Zizan Razak menangis: KUMPULANCERITAKINI