Tuesday 28 January 2014

Pelakon Brunei Nafi Berpacaran Dengan Anak Datuk K

Nama Nina Iskandar mungkin masih kurang dikenali dalam kalangan peminat industri hiburan tempatan apatah lagi filem pertamanya, ‘Muka Surat Cinta’ baru saja ditayangkan pada 16 Januari lalu. Namun, sejak akhir-akhir ini, nama pelakon kelahiran Brunei Darussalam ini menjadi perbualan hangat apabila dikaitkan dengan anak kedua tokoh usahawan terkenal, Datuk Seri Khalid bin Mohamad Jiwa atau lebih popular dengan nama Datuk K iaitu Adib Khalid.

“Saya memang tidak ada sebarang hubungan istimewa dengan dia. Sebelum ini saya memang tidak kenal dia dan hanya kenal selepas diajak oleh bos (David Teo) ke majlis ulang tahun kelahiran Dato’ Siti Nurhaliza. Jadi sebagai balasan, bos undang dia untuk datang ke tayangan media filem saya baru-baru ini,” jelas Nina ketika ditemui pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2014 anjuran MIG, pada Selasa.

“Memang dia duduk di sebelah saya malam itu tapi kenapa gosip ini perlu timbul sebab saya memang tidak ada apa-apa hubungan dengan dia. Apapun saya anggap isu ini sebagai lumrah apabila menjadi seorang artis. Buat masa ini, saya memang belum ada kekasih kerana mahu menumpukan perhatian dengan kerjaya seni saya terlebih dahulu,” ujar Nina.

Sementara itu, Mejar (K) David Teo yang turut berada di sisi pemilik nama Nur Akmalina Iskandar ini turut mendedahkan Adib yang juga merupakan anak tiri kepada penyanyi tersohor Dato’ Siti Nurhaliza ini telah menyuarakan sendiri hasratnya untuk berkenalan dengan artis di bawah syarikat pengurusannya itu kerana mengakui dia merupakan peminat Nina.
“Adib merupakan peminat Nina dan dia sendiri yang meminta saya untuk memperkenalkan Nina kepadanya. Pada mulanya saya pun terperanjat apabila Adib sebut nama Nina, namun saya tumpang gembira kerana walaupun Nina artis baru, sudah ada yangt mengingati namanya.

Saya tiada masalah mengenai hubungan mereka kerana tidak salah jika peminat mahu berjumpa dengan artis kegemaran mereka. Bagi saya, kenal sesama sendiri tiada masalah, tetapi jika secara privasi mungkin akan jadi gosip yang lebih serius. Tapi, kalau dah ada jodoh itu lain cerita,” ujar David Teo mengakhiri perbualan.

Ziana Zain Diminta Berhijab Oleh Anak

Penyanyi dan pelakon popular Ziana Zain, 46 mendedahkan anak sulungnya Muhammad Aiman, 14, yang bersekolah di Sekolah Agama Menengah Muhammadiah Pekan Sabak, Sabak Bernam, Selangor ada memintanya memakai hijab serta menutup aurat.
Jelas Ziana, Aiman malah turut berpesan kepadanya jika mahu melawatnya di asrama atau sekolah, dia perlu memakai hijab sebagai tanda menghormati status sekolah anaknya itu.

“Aiman memang pernah menyuruh saya memakai tudung. Dia tanya; “bila Mama nak pakai tudung’? Terkejut juga apabila dia suarakan perkara itu. Tapi, saya jelaskan kepadanya, jika saya mengambil keputusan untuk bertudung, biarlah ia datang dari hati dan ikhlas. Bukan kerana terpaksa. Jadi dia faham. Namun sempat juga ingatkan yang kita tidak tahu tentang tarikh kematian kita.

Mizz Nina enggan menyanyi di depan lelaki

Penyanyi popular Mizz Nina enggan mengadakan persembahan di hadapan penonton lelaki lagi selepas kembali daripada mengerjakan haji pada November lalu.
Dipetik daripada laporan sebuah portal berita, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman berkata, "Saya akan menyanyi di hadapan penonton wanita sahaja. Keputusan itu saya buat selepas berhijrah."
Jelasnya lagi, keputusan tersebut dibuat atas kesedaran sendiri dan tidak dipengaruhi oleh sesiapa.
Malah suaminya, vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh turut menyokong keputusannya itu.
"Suami menyokong keputusan saya. Saya tidak menyesal meninggalkan bidang muzik kerana sudah puas mengecapinya," ujarnya selepas majlis pelancaran bengkel sempena Hari Hijab Sedunia di Petaling Jaya, Selangor semalam.
Mizz Nina, 33, turut memberitahu bahawa dia ingin menumpukan perhatian kepada butik dan juga syarikat produksi yang ditubuhkan sejak setahun lalu.

(UMS) Permohonan Kemasukan Ke IPTA/Politeknik/ILKA Sesi Akademik 2014/2015.

PENGUMUMAN PENTING

Permohonan Kemasukan Ke IPTA/Politeknik/ILKA Sesi Akademik 2014/2015. 

Penjualan nombor ID terdapat di seluruh cawangan Bank Simpanan Nasional.


Monday 27 January 2014

SERIUS FAKTA - 15 FILEM MELAYU DENGAN KUTIPAN TERBURUK 2013

Beberapa hari yang lalu kami paparkan carta 15 filem dengan kutipan tertinggi. Hari ini mari lihat 15 filem dengan kutipan paling dayyum tak laku siak! Filem melayu paling tak laku kami tak tahupun muncul di pawagan. Sadis.



Senarai penuh pemenang Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28)


Senarai penuh pemenang Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28) - Rancangan berprestij Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28) baru sahaja tamat berlangsung sebentar tadi di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Sebanyak 12 lagu finalis telah dipersembahkan dengan hebatnya malam tadi yang membawakan Game On sebagai konsep dan tema persembahan AJL 28 tahun 2014. Berikut ialah senarai penuh pemenang Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28).

Juara Mobile : Bahagiamu Deritaku (Hafiz)
Lagu Persembahan Terbaik : Bahagiamu Deritaku (Hafiz)
Vokal Terbaik : Ikut Rentakku (Jacyln Victor)
Juara : Bahagiamu Deritaku (Hafiz)
Naib Juara : Hanya Aku (Hyper Act)
Tempat Ketiga : Kalau Aku Kaya (Awi Rafael & Altimet)

Hafiz Suip Monopoli Anugerah Juara Lagu Ke 28 (AJL 28)

Berakhir sudah debaran ramai untuk mengetahui lagu manakah yang bakal bergelar juara pada Anugerah Juara Lagu ke 28 (AJL 28). Hafiz Suip boleh kami katakan menjadi perhatian ramai dengan kemenangan berganda beliau.
Lagu dendangan jejaka ini, Bahagiamu Deritaku yang dicipta oleh LY dan Baiduri telah berjaya dinobatkan sebagai juara lagu AJL 28 yang membolehkan mereka membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah RM35,000.
Selain bergelar juara lagu, Hafiz Suip melalui lagu yang sama telah berjaya merangkul gelaran Persembahan Terbaik untuk Anugerah Juara Lagu ke 28 selain Anugerah Juara Mobile yang dibawakan oleh Xpax Celcom.
Naib juara jatuh kepada lagu Hanya Aku dendangan Hyper Act yang mereka ciptakan bersama Frozen. Tempat ketiga pula dibawa pulang oleh lagu Kalau Aku Kaya dendangan Altimet dan Awi Rafael. Mereka masing masing membawa pulang RM15,000 dan RM10,000 juga berserta trofi.
Vokal terbaik Anugerah Juara Lagu ke 28 (AJL 28) pula dimenangi oleh Jaclyn Victor menerusi lagu Ikut Rentakku. Tahniah buat semua pemenang, malam yang hebat! 

Hafiz Suip dikritik peluk bahu Jaclyn Victor di AJL 28


Hafiz Suip dikritik peluk bahu Jaclyn Victor di AJL 28 - Pelantun lagu Bahagiamu Deritaku, Hafiz Suip telah dinobatkan sebagai juara dalam Anugerah Juara Lagu ke-28 malam tadi, seterusnya mengakhiri penantian beliau sejak empat tahun lalu untuk bergelar juara.

Selain beliau, Jaclyn Victor turut mencuri tumpuan apabila berjaya merangkul trofi persembahan vokal terbaik, merampas gelaran tersebut yang dimenangi Hafiz Suip tiga tahun berturut-turut. Tahniah buat kedua-dua mereka.

Berkongsi kegembiraan bersama peminat, Hafiz AF telah memuatnaik sekeping gambar bersama Jaclyn Victor di laman Facebook. Gambar itu dikritik segelintir peminatnya yang agak berfikiran sempit kerana tidak senang dengan tindakan Hafiz memegang bahu kiri Jaclyn Victor.

Apa kata korang tentang gambar yang dikongsikan penyanyi kelahiran Sarawak itu?

Ziana Zain tampil dengan fesyen paling menarik di AJL 28


Ziana Zain tampil dengan fesyen paling menarik di AJL 28 - Penyanyi tersohor negara, Ziana Zain menarik perhatian orang ramai apabila tampil dengan fesyen paling menarik dalam acara karpet ungu Anugerah Juara Lagu 28 malam tadi.

Acara berkenaan yang dihoskan oleh Aidid Marcello dan Hani Hatim turut menampilkan ramai selebriti tempatan yang tidak ketinggalan menggayakan fesyen hebat mereka masing-masing. Layari artikel Gambar Sekitar Karpet Ungu Anugerah Juara Lagu 28 untuk melihat fesyen-fesyen yang digayakan artis-artis yang hadir.

Beberapa keping gambar di bawah ini pula ialah gaya fesyen yang ditampilkan Ziana Zain ketika hadir dalam acara karpet ungu. Pada usia beliau yang kini sudah mencecah angka 45, kecantikannya masih terserlah dan memukau, tak gitu?



Gambar sekitar Karpet Ungu Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28)


Gambar sekitar Karpet Ungu Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28) - Semestinyagambar-gambar sekitar karpet merah untuk setiap kali berlangsungnya Anugerah Juara Lagu antara yang ditunggu-tunggu peminat. Bagaimanapun, untuk acara karpet AJL tahun ini konsep warna merah telah diubah kepada warna ungu.

Perubahan yang dibuat tidak pula diketahui sebabnya namun cukup menarik kerana satu lagi kelainan yang boleh dilihat dalam sejarah penganjuran Anugerah Juara Lagu. Apapun, jom layan 47 keping gambar sekitar karpet ungu AJL 28.