Tuesday 22 July 2014

(ARTIS) Neelofa Nafi Bakal Berundur Dari Dunia Hiburan, Kekal Bersama MeleTOP

 

Penghijrahan Neelofa mendapat reaksi positif ramai peminat dunia hiburan termasuklah mereka yang sebelum ini tidak pernah meminati dirinya kini bertukar menjadi peminat — hebat penangan satu perubahan positif kepada kerjaya selebriti.
Namun, ada cakap cakap yang mengatakan penghijrahan Neelofa akan menyebabkan wanita ini akan mula berlagak seperti Ustazah Segera seperti beberapa kes sebelum ini dan beliau tampil memberikan kenyataan berhubung perkara ini.
“Apabila berhijab tidak semestinya saya kena jadi ustazah segera sedangkan masih banyak lagi hal-hal agama yang saya perlu pelajari dan dalami. Saya tak mahu menjadikan perubahan ini sebagai sesuatu yang drastik tapi cukuplah kalau saya belajar perlahan-lahan & pada masa yang sama membawa manfaat kepada diri saya dan orang lain juga.” ujarnya.
Neelofa juga menjawab persoalan beberapa pihak akan kedudukan beliau dalam dunia hiburan & lebih lebih lagi status beliau sebagai pengacara program MeleTOP.
“Apabila niat berhijab terlaksana saya paling risau kedudukan saya sebagai pengacara program MeleTop memandangkan kandungan rancangan tersebut lebih terarah kepada bidang hiburan. Tapi alhamdulillah, nampaknya tak ada masalah yang besar dan mereka tetap akan menerima saya (sebagai pengacara),” tambahnya lagi.
Selain kekal sebagai pengacara, Neelofa juga akan muncul dengan dua buah filem yang sudah habis menjalani penggambaran ketika beliau masih belum bertudung dan turut menjelaskan tidak mempunyai sebarang masalah untuk mempromosikannya.
“Yang lepas tetap lepas, perkara tersebut tidak menjadi masalah besar pun kepada saya. Apabila saya berubah yang sudah terjadi tetap tak boleh diubah. Tak adil bagi saya untuk mengabaikan filem yang bakal keluar semata-mata kerana isu bertudung,” jelasnya. KUMPULANCERITAKINI

(PELIK) Baju Melayu Moden Tunjuk Ketiak Dihentam

Baju Melayu yang direka oleh Beo medapat respons negatif dari kebanyak komen setelah baju melayu ini dikeluarkan.


Dengan berharga RM149 setiap sehelai, baju melayu ini dikatakan agak ekstrem untuk rakyat jelata beraya di rumah sanak sedara.

Terdapat dua jenis rekaan baju melayu yang dikritik dan menerima respons negatif iaitu baju melayu tanpa lengan dan baju melayu dengan bow tie. 

Apa pun ini mungkin cubaan berani mati pereka fesyen zaman moden. 

Jom layan gambar dan komen:








 Ini antara komen yang tak setuju dengan rekaan baju melayu ini:









(ARTIS) Awie Dapat Hak Jagaan Anak Sementara, Rozana Dilarang Jumpa Anak

Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur hari ini telah memberikan hak penjagaan anak sementara kepada Awie. Hak ini adalah penjagaan ke atas ketiga tiga anak beliau hasil perkahwinan dengan isteri Rozana Misbun sementara kes ini disiasat.


Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain (peguam Awie) memberitahu perkara itu selepas prosiding di dalam kamar di hadapan Hakim Syarie Nassir Abdul Aziz.

Peguam itu turut memberitahu Awie juga mendapat perintah injuksi terhadap Rozana untuk tidak mendekati penyanyi itu serta anak-anaknya dalam apa jua cara termasuk melalui media cetak dan elektronik.

Ini bermakna Rozana dilarang dan tidak akan dapat menghubungi anaknya.

Kes ini masih disiasat dan dikatakan ada sebab yang kukuh kenapa Awie diberi hak menjaga anak.



(ARTIS) Fesyen Yuna Pakai Serban Dan Gaun Sendat Dikecam Peminat



Yuna merupakan penyanyi popular Malaysia yang kini bertapak di USA. Kehebatan Yuna memang tidak boleh disangkal lagi dan pernah menerima banyak anugerah.

Dulu penampilan Yuna mendapat perhatian apabila berpakaian ayu dengan tudung litup dan bermain gitar dan menjadi idola ramai remaja wanita.

Kini Yuna sering dikecam kerana penampilannya yang hanya memakai turban dan sering menampakkan leher. 

Yang terbaru Yuna menjadi penghias muka depan Cosmopolitan dan terus mendapat kritikan negatif dari rakyat Malaysia.

Baju purple ini dikatakan terlalu ketat dan menampakkan bentuk badan Yuna selain turbannya yang kelihatan seperti siput.

Ada juga mengatakan turban Yuna kelihatan seperti serban. Ada juga mengatakan fesyen ini seperti Barney dalam rancangan Barney & Friends. Hakikatnya rata-rata kecewa dengan penampilan terkini Yuna.

Jom lihat fesyen terkini Yuna:










(BERITA-MH17) Anak Tunggal Maut, Bapa Luah "ucap terima kasih" Kepada "Tuan Putin Jembalang"

MH17: Anak tunggal maut, bapa "ucap terima kasih" kepada Putin
Elsemiek de Borst (gambar) salah seorang mangsa yang menaiki pesawat MH17. -gambar fail
KUALA LUMPUR: Seorang bapa warga Belanda yang kematian anak tunggalnya dalam nahas MH17 menulis surat terbuka kepada Presiden Vladimir Putin "mengucapkan terima kasih" kerana menghancurkan hidup mereka sekeluarga.

Dalam suratnya, lelaki itu menceritakan segala cita-cita dan harapan anak gadisnya yang berumur 17 tahun itu.

Menurut Hans de Borst, anaknya Elsemiek de Borst mahu menamatkan sekolah tinggi dan jadi seorang jurutera. Elsemiek menaiki pesawat Malaysia Airlines bersama ibu dan bapa tirinya untuk bercuti di Kuala Lumpur.

Dalam surat itu, beliau merujuk kepada presiden itu sebagai "Tuan Putin Jembalang". Surat itu ditandatanganinya dengan menulis namanya "Hans de Borst – yang telah hancur hidupnya".

"Terima kasih banyak, Tuan Putin,  pemimpin pemisah Ukraine kerana membunuh satu-satunya anak saya yang tersayang, Elsemiek," tulis bapa itu.

"Elsemiek tahun depan akan menduduki peperiksaan akhir bersama sahabat karibnya Julia dan Marina. Mereka cemerlang di sekolah. Dia hendak belajar kejuruteraan di Universiti Delft. Dia tidak sabar-sabar lagi.

"Tetapi dalam sekelip mata dia sudah tiada, ditembak di langit sebuah negara asing yang porak peranda kerana perang."

"Saya harap tuan boleh berbangga kerana memusnahkan hidupnya yang masih muda dan tuan boleh menatap wajah tuan sendiri di cermin," tulisnya lagi.

Daripada 298 orang yang menaiki pesawat penerbangan MH17 itu, 193 adalah warga Belanda.

Nahas itu menyentuh perasaan rakyat seluruh negara kerana hampir separuh daripada 193 mangsa itu adalah mereka yang masih muda dan kanak-kanak.

Ukraine menuduh pesawat yang nahas Khamis lalu ditembak jatuh oleh kumpulan pemberontak pemisah yang mengisytiharkan keluar daripada republik itu. Kumpulan yang didukung oleh Rusia itu bagaimanapun menuduh Ukraine yang bertanggungjawab.

Tidak lama selepas nahas itu, satu rakaman audio perbualan yang didakwa antara anggota pemberontak tersebar luas yang menunjukkan mereka terlibat. Kedutaan Amerika Syarikat di Kiev pada Ahad mendakwa rakaman itu tulen. KUMPULANCERITAKINI

(BERITA-MH17) Puak pemisah serah dua kotak hitam kepada Malaysia

MH17: Puak pemisah serah dua kotak hitam kepada Malaysia
Seorang wartawan merakam gambar kedua-dua kotak hitam ketika diserahkan kepada Malaysia. -EPA/ROBERT GHEMENT
DONETSK: Puak pemisah pro-Rusia di timur Ukraine telah menyerahkan dua kotak hitam yang ditemui di lokasi nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 kepada delegasi Malaysia dalam satu sidang media awal hari ini.

Memetik laporan AFP, mereka turut mengumumkan gencatan senjata dalam radius 10 kilometer di sekeliling tapak nahas untuk membenarkan penyiasat antarabangsa memasuki kawasan tersebut di mana pesawat malang tersebut terhempas pada Khamis lalu.

“Kami telah membuat keputusan untuk menyerahkan dua kotak hitam itu kepada pakar dari Malaysia,” kata Ketua pemberontak pro-Rusia, Alexander Borodai kepada wartawan.

Pasukan pakar dari Malaysia dan wakil dari kumpulan pemisah itu kemudiannya menandatangani satu protokol sebelum kedua-dua kotak hitam itu diserahkan.

“Kerajaan Malaysia mengucapkan terima kasih kepada Republik Donetsk kerana memulangkan dua kotak hitam milik Malaysia ini,” kata seorang wakil dari Malaysia.

“Kami tidak menemui kotak hitam milik MH370 (yang hilang di Laut Hindi pada Mac lalu), jadi kami bersyukur kerana berjaya menemui kotak ini.

“Kedua-dua kotak kelihatan dalam keadaan baik, cuma memiliki sedikit kerosakan,” katanya lagi.
Satu daripada kotak tersebut merekodkan semua perbualan di kokpit manakala satu lagi menyimpan data penerbangan.

Beberapa delegasi Malaysia kini akan mengiringi sebuah kereta api berpendingin hawa membawa mayat-mayat ke bandar Kharkiv, yang dikawal kerajaan di Kiev. KUMPULANCERITAKINI

(INFO) Ahad (27JULAI 2014) tarikh lihat anak bulan Syawal

Ahad tarikh lihat anak bulan Syawal
Ahad tarikh lihat anak bulan Syawal - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan Syawal untuk menetapkan Aidilfitri ialah petang Ahad ini bersamaan 29 Ramadan.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berkata Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya melalui radio dan televisyen.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berkata anak bulan akan dilihat di beberapa tempat di seluruh negara.

Ia meliputi Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor; Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor; Balai Cerap, Sabak Bernam, Selangor.

Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang; Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah; Menara Alor Setar, Kedah; Bukit Besar Kuala Terengganu, Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu; Pulau  Perhentian, Besut, Terengganu; Balai Cerap Kusza, Mukim Merang, Setiu, Terengganu.

Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Bharu kesemuanya di Kelantan.

Tanjung Lubang, Miri; Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu, kesemuanya di Sarawak; Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil dan Putatan di Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi, Gunung Berincang, Cameron Highlands, Bukit Pelindong, Kuantan kesemuanya di Pahang; Tingkat 13 Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan, Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Kuala Sungai Baru dan Simpang Empat di Perlis. KUMPULANCERITAKINI

Monday 21 July 2014

(BERITA-GAZA) Israel Telan Belanja RM1.8 Bilion Untuk Gempur Gaza

Israel belanja RM1.8 bilion untuk gempur Gaza
Ekonomi Israel dianggarkan menanggung kerugian sehingga lebih RM1 bilion - Gambar Fail
Israel membelanjakan lebih kurang RM1.8 bilion untuk menggempur Semenanjung Gaza setakat Sabtu lalu iaitu hari ke-12 Operasi Perlindungan Sempadan, lapor laman web akhbar Haaretz.

Kos itu semakin meningkat sejak Khamis apabila rejim Zionis itu melancarkan operasi serangan darat yang turut disertai oleh pasukan tentera simpanan.

Laporan akhbar di Israel itu menyebut Kementerian Pertahanan sudah mula mengemukakan permohonan untuk peruntukan tambahan bagi menampung kos serangan ke atas Gaza ini.

Dalam pada itu, ekonomi Israel dianggarkan menanggung kerugian sehingga lebih RM1 bilion termasuk akibat kehilangan hari kerja dan kerosakan kesan serangan roket pejuang Palestin.

Kementerian Kewangan Israel dalam pada itu sudah memulakan perbincangan dengan wakil industri dan buruh berhubung pampasan kepada penduduk dan perniagaan yang terjejas.

Jumlah pampasan yang ditawarkan adalah sama seperti pampasan yang diberikan sebelum ini semasa operasi ketenteraan ke atas Gaza pada 2012.

Israel mula menyerang Gaza melalui udara pada 8 Julai. Ia kemudian memperluaskan operasi dengan melancarkan serangan darat mulai 17 Julai lalu. KUMPULANCERITAKINI

(BERITA-GAZA) Jumlah Kematian di Gaza Melebihi 425 Orang

Gaza: Lebih daripada 87 maut setelah Israel serang Shejaiya
Anggota paramedik membawa keluar mereka yang cedera ketika serangan di Shejaiya. -AP Photo/Lefteris Pitarakis
GAZA: Lebih dari 87 orang terbunuh pada Ahad selepas tentera Israel melancarkan serangan di utara Gaza, di mana ribuan lagi melarikan diri dalam ketakutan selepas serangan paling dahsyat di kawasan berkenaan dalam masa lima tahun.

Serangan ini terus mendorong Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah untuk menghentikan gencatan senjata buat sementara waktu untuk membenarkan paramedik untuk membawa mayat dan yang cedera dalam satu perjanjian yang diterima oleh kedua-dua belah pihak.

Kawasan kejiranan Shejaiya menjadi lokasi pembunuhan beramai-ramai dan keadaan menjadi huru-hara. Sementara itu konvoi ambulans bergegas apabila keadaan mula menjadi tenang, kata seorang wartawan AFP.

Ia berlangsung kurang daripada satu jam, di mana pihak Israel menuduh penjuang Hamas melanggar perjanjian dengan memulakan penembakan, dan berkata pasukannya telah "bertindak balas dengan sewajarnya."

Setelah jumlah kematian di Gaza melebihi 425, ketua Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ban Ki-Moon menuju ke rantau ini atas usaha gencatan senjata dan Presiden Palestin Mahmud Abbas akan  mengadakan perbincangan di Qatar bersama ketua Hamas Khaled Meshaal.

Setakat ini, usaha-usaha gencatan senjata telah ditolak oleh Hamas, yang merupakan kuasa yang dominan di Gaza.

Tidak gentar dengan serangan Israel melalui darat, laut dan udara, ia telah menekankan serangan sendiri yang mengorbankan dua lagi tentera Israel semalam, kata tentera. KUMPULANCERITAKINI


'Shejaiya terus diserang'

Serangan Israel ke atas Shejaiya tidak menunjukkan tanda berkurangan, ribuan boleh dilihat melarikan diri selepas serangan Israel meninggalkan mangsa terbaring di jalan raya, seorang wartawan AFP melaporkan.

Rakaman dari kawasan itu menunjukkan asap hitam tebal di langit ketika serangan yang berterusan, menyebabkan sayap timur Gaza dibakar.

Ambulans tidak dapat mencapai banyak kawasan di sepanjang sempadan Israel kerana serangan berat.

Namun apabila konvoi ambulans dimasukkan, pasukan perubatan dilihat mengambil sekurang-kurangnya tiga mayat, termasuk seorang lelaki dengan ususnya terkeluar dan kepalanya musnah, kata wartawan.

Sekurang-kurangnya empat orang lelaki yang membawa senapang dapat dilihat ketika orang ramai cuba melarikan diri, sebahagian daripada mereka bertopeng, kata wartawan.

Antara yang mati adalah wanita dan kanak-kanak, dan juga seorang paramedik Palestin dan seorang jurukamera yang terbunuh apabila ambulans yang dinaiki mereka diserang.

"Dia bukan seorang pejuang, beliau adalah seorang pejuang kemanusiaan," meraung seorang saudara ketika upacara pengembumian .

"Dia adalah seorang pekerja ambulans, dia berhak untuk mati?"


'Kesakitan di hospital'

Di hospital Shifa, Gaza mangsa dibawa masuk setiap minit. Ada di antara mereka menaiki ambulans, yang lain dalam kereta dan lori.

Antaranya ialah ramai kanak-kanak menjerit dalam kesakitan, beberapa dipenuhi dengan serpihan luka.

"Ini adalah yang paling teruk pernah saya lihat," kata Doktor Hassan Said, yang telah bekerja di hospital itu selama lapan tahun.

Pergaduhan tercetus di dalam bilik kecemasan dengan ibu bapa dalam keadaan histeria sehingga ada yang bertindak untuk menumbuk dinding sebagai tanda marah dan sedih.

"Serangan ini adalah tanpa henti, ia adalah di mana-mana," kata Sabah Mamluk, 40, kepada AFP.

"Kami berlari dan kemudian berjalan. Ia situasi yang menakutkan," katanya.

Sementara itu, tentera Israel mengesahkan sebanyak empat askar mereka terbunuh pada hari Sabtu.


'Jumlah pelarian meningkat'

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah menyalahkan korban awam kepada Hamas, menuduh kumpulan itu "menggunakan orang awam yang tidak berdosa sebagai perisai manusia."

Awal minggu ini, agensi PBB bagi pelarian Palestin, UNRWA, menyatakan kemarahan mereka selepas mendapati 20 roket yang disimpan di dalam salah satu sekolah kosong di Gaza.

Setakat ini, UNRWA telah membuka 55 buah sekolah sebagai tempat tinggal orang-orang yang melarikan diri dari kawasan-kawasan yang paling banyak diserang, dengan lebih daripada 63,000 orang yang mengambil perlindungan dalam mereka, kata agensi itu.

Sementara itu, Hamas mengesahkan Meshaal telah menerima jemputan ke Kaherah untuk perbincangan inisiatif keamanan Mesir.

Cadangan yang sama awal minggu ini telah diterima oleh Israel tetapi ditolak oleh Hamas.

(BERITA-MH17) Najib Mahu Mayat Mangsa Dikebumi Di Tanah Air

MH17: Najib mahu mayat mangsa dikebumi di tanah air
NAJIB: Sebagai seorang pemimpin, tiada peristiwa yang begitu menyayat hati berbanding apa yang saya alami semalam. -Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu kesemua mayat warga Malaysia mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang telah dikenalpasti, dibawa pulang dan disemadikan di tanah air.

Najib juga mahu supaya kesemua mayat mangsa tragedi itu dapat dikeluarkan dari kawasan kejadian di wilayah Donetsk, di Timur Ukraine sebelum Hari Raya Aidilfitri. 

"Ini pendirian kita (Malaysia) dan telah saya nyatakan kepada keluarga penumpang MH17 dalam pertemuan semalam di Marriot Putrajaya.

"Sebagai seorang pemimpin, tiada peristiwa yang begitu menyayat hati berbanding apa yang saya alami semalam. Isteri kehilangan suami, bapa kehilangan anak. Bayangkan perasaan mereka yang sudah tentu mengalami satu kehilangan yang tak boleh digambarkan," katanya.

Najib berucap menutup Program Nur Ramadan Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan di Masjid Al-Najihin, Bandar Sri Permaisuri di sini, hari ini.

Perdana Menteri sekali lagi mengulangi tuntutan agar pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MH17 dibawa ke muka pengadilan.

"Kita akan lakukan apa sahaja. Kita akan desak Badan Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, akan desak masyarakat antarabangsa untuk tidak biarkan peristiwa ini berlalu tanpa ada tindakan untuk hukum mereka yang jadi penjenayah kepada mereka yang tidak berdosa sama sekali," tegasnya.

Seramai 43 warganegara Malaysia merupakan antara 298 penumpang penerbangan MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur bila ia dipercayai ditembak jatuh di wilayah Donetsk.

Pesawat itu meninggalkan Amsterdam pada Khamis 12.15 tengah hari (waktu Netherlands) dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) hari Jumaat.

Najib pada awal Jumaat berkata pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat Boeing 777 itu telah ditembak jatuh, dan Malaysia akan berusaha menyiasat punca sebenar pesawat terhempas.

Najib dalam pada itu menyelar percaturan geopolitik sesetengah negara yang akhirnya menyebabkan rakyat Malaysia yang tidak berdosa menjadi mangsa.

"Inilah akibatnya kalau ada konflik. Apa juga bentuk konflik yang tidak boleh diselesaikan dengan rundingan, dengan aman. Akhirnya siapa yang jadi mangsa?" katanya.

Justeru, Perdana Menteri mengajak rakyat Malaysia bersyukur dan terus mempercayai pihak yang dapat menjamin masa depan dan mengekalkan keamanan negara.

Najib menyertai lebih 5,500 warga Wilayah Persekutuan berbuka puasa sebelum menunai solat Maghrib berjemaah di masjid berkenaan.

Sementara itu di majlis sama, seramai 2,100 orang fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal, Orang Kurang Upaya, warga emas dan golongan yang memerlukan menerima bantuan wang tunai dan keperluan asas dari kementerian, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Yayasan Wilayah Persekutuan.

Pihak kementerian turut menyampaikan sumbangan kit jenazah kepada setiap kawasan parlimen di Wilayah Persekutuan yang akan diedarkan kepada 58 masjid dan 127 surau. KUMPULANCERITAKINI

(BERITA-MH17) Malaysia Boleh Ambil Tindakan Undang-Undang - Pakar Perundangan

MH17: Malaysia boleh ambil tindakan undang-undang - Pakar perundangan
SIVANANTHAN: Dalam keadaan kita, isu pertama ialah siapa yang bertanggungjawab.
KUALA LUMPUR: Malaysia mempunyai peluang untuk membawa kes nahas pesawat MH17 ke muka pengadilan tetapi amat penting untuk mendapatkan bukti terlebih dahulu mengenai jenis peluru berpandu yang menembak pesawat  Malaysia Airlines (MAS) itu hingga menyebabkannya terhempas selain mendedahkan fakta-fakta lain, kata pakar-pakar perundangan.

Peguam Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) Datuk N.Sivananthan berkata untuk berbuat demikian, adalah penting untuk memasuki tapak nahas dengan segera untuk memastikan bukti tidak dicemari.

"Ia membolehkan pemerhatian dari dekat dan mungkin mendedahkan keadaan yang menyebabkan peluru berpandu ditembak serta sebab untuk berbuat demkian. 

"Banyak lagi yang perlu dilakukan bagi menjawab persoalan yang bermain dalam fikiran semua keluarga mereka yang berada dalam pesawat itu," kata beliau kepada Bernama hari ini.

Beliau diminta menjelaskan mengenai tindakan undang-undang yang harus diambil oleh Malaysia berhubung dengan insiden MH17.

Sivananthan yang juga Naib Presiden Badan Peguam Jenayah Antarabangsa menegaskan insiden MH17 telah mencabuli Artikel 3 Konvensyen Chicago yang melarang sebarang serangan ke atas pesawat awam.

Tuntutan yang dikemukakan ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa adalah hanya tuntutan yang melibatkan pampasan dan ganti rugi, katanya. 

"Dalam keadaan kita, isu pertama ialah siapa yang bertanggungjawab. Ada tiga pihak yang memungkinkan untuk disaman sebagai contoh Kerajaan Ukraine, puak pemberontak yang pro Rusia dan Rusia.

"Dengan satu atau lebih daripada tiga pihak itu harus bertanggungjawab,  ia adalah permulaan yang baik untuk mendapatkan bukti tentang jenis peluru berpandu yang menjatuhkan pesawat dan lokasi peluru berpandu ditembak," kata beliau.

Sivanathan berkata tindakan boleh diambil secara bersama oleh Malaysia dan semua negara yang warganya berada dalam pesawat MH17, supaya bidang kuasa ICJ benar-benar berlandasakan sivil.

Beliau menjelaskan  opsyen lain ialah membawa pembabitan ICC tetapi dalam kes ini, Ukraine bukan pihak yang bersifat negara, oleh itu, ICC tidak mempunyai bidang kuasa.

"Bagaimanapun, Ukraine boleh bersetuju untuk tertakluk di bawah bidang kuasa ICC berhubung insiden itu atau Majlis Keselamatan boleh merujuk insiden itu kepada ICC.

"Buat masa ini, insiden ini boleh ditakrifkan sebagai tindakan pengganas dalam definisi jenayah terhadap kemanusiaan atau jenayah perang. Saya berpendapat jika Ukraine menyatakan bahawa puak pemberontak bertanggungjawab, mereka lebih daripada bersedia untuk bersetuju supaya ICC turut terlibat" kata peguam itu.

Sivananthan menjelaskan ini bermakna penyiasatan boleh bermula dan mungkin berakhir dengan waran tangkap dikeluarkan tetapi untuk menguatkuasakan waran memerlukan bantuan kerajaan Ukraine.

Beliau berkata sebaik  ditangkap, mereka boleh dipindahkan ke The Hague untuk menghadapi perbicaraan dan penyiasatan ini mungkin menunjukkan dari mana senjata dibekalkan, dan jika jika tiada tuduhan dikenakan terhadap Rusia, implikasi antarabangsanya boleh menjadi teruk.

Menurutnya pencabulan Artikel 3 Konvensyen Chicago boleh menjadi asas untuk membuat aduan ke ICJ dan juga menjadi asas bagi Majlis Keselamatan untuk merujuk perkara itu kepada ICC, jika Ukraine tidak mengakuinya secara sukarela.

"Saya fikir atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas, Malaysia mempunyai peluang untuk berbuat demikian. Tindakan ICJ ialah untuk menentukan pihak-pihak yang bertanggungjawab dan mendapatkan penghakiman terhadap mereka," kata beliau, dan menambah walaupun penguatkuasaan adalah satu isu, sekurang-kurngnya pihak-pihak yang bersalah boleh dikenal pasti.

Peguam itu juga berkata tindakan berhubung ICC membolehkan Malaysia meletakkan nama dan wajah atau nama-nama dan wajah-wajah mereka yang bertanggungjawab, yang membolehkan pendedahan mengenai keadaan yang menyebabkan penembakan peluru berpandu dan sebab untuk berbuat demikian.

Ketika ditanya mengenai kotak hitam, Sivananthan berpendapat sudah tentu Malaysia berhak mendapatkan kotak hitam itu dan pihak berkuasa Ukraine mempunyai hak untuk menyiasat maklumat yang terkandung di dalamnya kerana insiden itu berlaku di bawah bidang kuasa mereka.

Tidak ada sebab mengapa penyiasatan tidak boleh dijalankan bersama dan pihak berkuasa antarabangsa yang lain, katanya.

"Jika kotak hitam berada di pihak Rusia seperti andaian beberapa laporan berita, maka mereka harus menyerahkannya kerana mereka tidak ada kena-mengena menyimpannya.

"Jika mereka mempunyainya dan tidak mahu menyerahkannya, ini akan menguatkan tanggapan bahawa mereka terlibat dan akan menjadi asas untuk PBB dan masyarakat antarabangsa bertindak. Ini juga terpakai bagi semua bukti yang dijumpai di tempat kejadian," kata beliau.

Kepada soalan lain, beliau berkata Jabatan Peguam negara tidak mempunyai bidang kuasa untuk bertindak mengenai insiden itu kerana ia berlaku di bawah bidang kuasa lain.

"Apa yang terbaik ialah meneruskan kes ini ke ICJ dan ICC dan di peringkat diplomatik untuk memujuk Kerajaan Ukraine tertakhluk situasi ini di bawah bidang kuasa ICC. Ini juga akan memastikan insiden ini disiasat di peringkat antarabangsa dan memberi tekanan hebat ke atas mereka yang terlibat," kata beliau.

Bagaimanapun, Sivanathan menarik perhatian bahawa perkara ini tidak boleh dibiarkan dan mereka yang bertanggungjawab perlu dipertanggungjawabkan.

Beliau berkata mereka (pihak-pihak yang terlibat menembak pesawat itu) telah bertindak sewenang-wenangnya tanpa mengambil kira atau menghormati nyawa manusia.

Pihak-pihak yang secara sengaja atau secara membuta tuli menyokong mereka juga harus dipaksa bertanggungjawab dan identiti mereka didedahkan, katanya. KUMPULANCERITAKINI

(BERITA-MH17) Datuk Kepada Pembantu Juruterbang MH17 Mahu Jenazah Cucunya Dibawa pulang

Datuk kepada pembantu juruterbang MH17 mahu jenazah cucunya dibawa pulang
Daud Abdul Kadir berkata Allah lebih menyayangi cucunya.
MELOR: Datuk kepada pembantu juruterbang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terbabit dalam tragedi nahas, Ahmad Hakimi Hanapi hari ini pilu apabila cucunya itu pernah dijadual mengendali pesawat MH370 yang hilang empat bulan lalu.

Daud Abdul Kadir, 80, menjelaskan, Allah lebih menyayangi cucunya itu dan mengambilnya dalam nahas MH17.

Beliau berkata cucunya pernah memberitahu beliau yang dia bersyukur kerana tidak menjadi mangsa kehilangan  pesawat MH370 itu.

Semasa datang melawatnya selepas beberapa minggu selepas kehilangan mh370 Ahmad Hakimi ada  memberitahunya yang dia sepatutnya turut terlibat dalam mengendalikan pesawat itu, namun tugas Ahmad Hakimi  ditukar dengan seorang pembantu juruterbang yang berasal dari Pasir Mas.

Katanya apa yang beliau harapkan ialah supaya jenazah cucunya dapat dibawa pulang dan disempurnakan pengebumiannnya di sini. KUMPULANCERITAKINI

Ahmad Hakimi Hanapi
Pembantu juruterbang pesawat Malaysia Airlines  (MAS) MH17, Ahmad Hakimi Hanapi

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob di kediamannya.

Datuk Ahmad Yakob mengutuk tindakan tidak berperikemanusiaan sehingga mengorbankan mangsa-mangsa yang tidak berdosa.

Beliau mahu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertanggungjawab untuk mencari dalang sebenar dan perlu dibentuk segera sebuah badan bebas penyiasat.

“Kita harapkan semua pihak terutama masyarakat dunia mengutuk dan mendesak pihak  PBB supaya dapat membawa mereka yang tidak bertanggungjawab ini ke muka pengadilan dan perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku lagi,” kata Ahmad Yakob.

Tambah beliau, pihak berkuasa diharap dapat menguruskan bangkai pesawat dan semua barang bernilai milik mangsa dengan lebih tersusun supaya ianya dapat dikembalikan kepada Malaysia dan ahli keluarga mangsa.

Ahmad Yakob juga mahu kotak hitam diserah kepada kerajaan Malaysia kerana pesawat itu adalah milik kerajaan Malaysia.

“Kotak hitam tidak boleh diambil oleh mana-mana negara kerana ia bercanggah dengan undang undang antarabangsa. Kita bimbang jika kotak hitam dikuasai oleh pihak lain, segala bukti akan dilenyapkan,” katanya

(BERITA-MH17) Sepatutnya Naik MH370 dan MH17, Pelumba Terengganu Cycling Team Dua Kali Elak Tragedi

Sepatutnya naik MH370 dan MH17, pelumba Terengganu Cycling Team dua kali elak tragedi
DE JONGE: Saya telah dua kali bertuah. -foto Twitter @maartenmaleis
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki Belanda dua kali terselamat daripada tragedi apabila dia menukar tiket penerbangan MH370 dan MH17 yang sepatutnya beliau naiki kepada penerbangan lain pada saat akhir.

Maarten De Jonge, seorang pelumba basikal untuk Terengganu Cycling Team (TSG) dari Oldenzaal di Belanda berusia 29 tahun berkata, dia sepatutnya menaiki penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 pada Mac lalu untuk ke Taiwan untuk satu pertandingan namun menukarnya kepada penerbangan lain untuk mengelakkan transit.

Dalam satu lagi ‘keajaiban’, dia juga sepatutnya menaiki pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal, yang dipercayai terhempas setelah ditembak berhampiran sempadan Ukraine-Rusia pada 17 Julai lalu.

De Jonge bagaimana pun menukar tiket penerbangan tersebut untuk mengambil pesawat pada hujung minggu bagi menjimatkan duit.

Dalam satu kenyataannya dalam bahasa Belanda kepada stesen penyiaran RTV Oost, De Jonge berkata: “Ia amat sukar dibayangkan. Saya bersedih untuk penumpang dan keluarga mereka, namun saya bersyukur yang saya terselamat.”

De Jonge juga meminta agar perhatian terus diberikan kepada ahli keluarga penumpang dan anak kapal.

Beliau turut berkata bahawa dia masih merancang untuk menggunakan MAS untuk kembali ke Malaysia melalui Frankfurt dan tidak langsung mempunyai apa-apa kerisauan.

“Saya telah dua kali bertuah,” katanya.

“Kita tidak sepatutnya terlalu risau, atau kita tidak akan ke mana-mana,” tambahnya mengakhiri teumbual. KUMPULANCERITAKINI

(BERITA-MH17) Antara Wajah-Wajah Penumpang Dan Anak Kapal

KUALA LUMPUR: Seramai 298 penumpang dan anak kapal terkorban dalam nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 yang dipercayai ditembak jatuh oleh anggota puak pemisah Rusia.

298. Ini bukan sekadar angka tetapi ini adalah jumlah nyawa yang terkorban dalam nahas malang yang menimpa dunia ini.

Nyawa-nyawa ini terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk ahli akademik, pelakon teater, aktivis AIDS, pelajar perubatan, penuntut Doktor Falsafah dan sebagainya. Ada yang membuat perjalanan bersendirian, bersama pasangan masing-masing atau dengan seluruh keluarga.

Ada yang tidak sabar untuk bertemu semula bersama ahli keluarga untuk Hari Raya, dan ada juga menggunakan Kuala Lumpur sebagai destinasi transit sebelum menyambung perjalanan ke negara masing-masing.

Siapa mereka? Apa kisah mereka? KUMPULANCERITAKINI

Ng Shi Ing
Ng Shi Ing

Ng Shi Ing, 33, merupakanPensyarah Fakulti Psikologi Dan Pendidikan Dalam Jurusan Teaching English As A Second Language (TESL), UMS.

Beliau menghadiri  persidangan di University of Antwerp, Belgium sebagai pembentang kertas kerja.

Pensyarah tersebut yang sepatutnya dijadual kembali bertugas pada Isnin depan turut ditemani anaknya yang berusia satu tahun serta adik perempuannya yang dipercayai sama-sama berada dalam pesawat itu.


Shuba Jay
Shuba Jay

Shuba Jay merupakan bekas peserta program realiti Mari Menari. Beliau yang juga aktif sebagai pelakon teater dan drama televisyen dalam perlajalan ke Kuala Lumpur bersama suaminya Paul Goes, seorang warganegara Belanda dan juga anak mereka berusia 21 bulan.


Tambie Jiee
Tambie Jiee dan keluarga

Tambi Jiee, 49, isterinya Ariza Ghazalee, 46, bersama anak-anak mereka Muhammad Afif, 19, Muhammad Afzal, 19, Marsha Azmeena, 15 dan Muhammad Afruz, 13 sedang dalam perjalanan pulang ke tanah air selepas lebih tiga tahun berada di luar negara.

Tambi Jiee bertugas dengan sebuah syarikat milik Shell di Kazakhstan dan baru mendapat kebenaran untuk berpindah tempat kerja dari Kazakhstan ke Kuala Lumpur.


Md Ali Md Salim
Md Ali Md Salim
 
Md Ali Md Salim, 30, merupakan penuntut Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Development Neuropsychopathology di Erasmus University Rotterdam di Belanda.

Menerusi akaun Instagram beliau (@masa1777), gambar terakhirnya mempunyai mesej: "Bismillah...#hatiadasikitgentar".


Ahmad Hakimi Hanapi
Ahmad Hakimi Hanapi

Ahmad Hakimi Hanapi, 29, disifatkan sebagai payung emas kepada keluarga. Hakimi  ada menghubungi datuknya Daud Kadir tiga hari lalu untuk memaklumkan bahawa beliau akan pulang untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga pada 25 Julai ini

Ahmad Hakimi meninggalkan seorang isteri yang dikenali sebagai Hasmat dan seorang anak lelaki berusia setahun lebih.

Beliau menyertai MAS lebih empat tahun lalu sebagai pembantu juruterbang.


Sanjid Singh
Sanjid Singh Sandhu

Sanjid Singh, 41, tidak sepatutnya bertugas dalam pesawat MH17 tetapi bertukar syif dengan rakan setugasnya.

Sebelum ini, isterinya yang merupakan seorang pramugari bertukar syif dengan rakan setugas dan terselamat daripada insiden MH370.


Yuli Hastini
Yuli Hastini  dan keluarga

Yuli Hastini dari Indonesia sepatutnya pulang ke negara asalnya bersama suami John Paulisen dan anak-anaknya iaitu Arjuna Martin Paulisen, 5, & Sri Paulisen, 3.

Menurut seorang ahli keluarga, Yuli sudah enam tahun tinggal di Belanda dan bekerja di farmasi yang berbeza dari suaminya.


Elaine Teoh dan Emiel Mahler
Elaine Teoh dan Emiel Mahler

Elaine Teoh, 27, berasal dari Pulau Pianang dan merupakan bekas pelajar Universiti Melbourne, Australia.

Beliau dan teman lelakinya Emiel Mahler dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk menghadiri satu majlis perkahwinan. Kedua-duanya menetap di Melbourne.


Nick Norris
Nick Norris

Nick Norris, 68, merupakan seorang pelayar terkenal Australia dan pengarah urusan di sebuah syarikat perunding di Perth.

Cucu kepada Nick Norris
 
Norris ditemani cucu-cucu beliau iaitu  Mo Maslin (12), Otis Maslin (8) dan Evie Maslin (10)
 

Robert Ayley
Robert Ayley

Satu-satunya warga New Zealand di dalam MH17, Rob Ayley, 29, berada di Eropah selama sebulan untuk melihat penternak anjing Rottweiler. Ayley meninggalkan seorang isteri Sharlene dan dua anak iaitu Seth, 4, dan Taylor, 2.

Dalam emel terakhir beliau kepada ahli kelaurganya dia tulis “Saya tidak sabar untuk bertemu anak-anak dan juga Sharlene. Saya harap semua okay, kalau kita tidak dapat berhubung lagi, saya akan jumpa anda pada hari Sabtu.


Andrei Anghe dan Olga Ioppa
Andrei Anghe dan Olga Ioppa

Andrei Anghel, 24, merupakan seorang pelajar perubatan yang mempunyai cita-cita tinggi tentang penyelidikan penawar kanser.

Beliau ditemani teman wanitanya iaitu Olga Ioppa, seorang warganegara Jerman, dan dalam perjalanan untuk bercuti  ke Bali, Indonesia. Ahli keluarga memberitahu bahawa Andrei menyukai aktiviti luar dan juga pantai.


Dr. Joep Lange
Dr. Joep Lange

Dr. Joep Lange, 59, dari Belanda merupakan penyelidik veteran HIV/AIDS yang dalam perjalanan ke Persidangan AIDS Antarabangsa di Melbourne, Australia.

Beliau ditemani 5 delegasi yang lain dalam pesawat MH17.