Friday 28 February 2014

Pemuda Mati Telefon Bimbit Meletup Ketika Sedang Menjawab Pangilan

Hari ini seorang remaja  meninggal dunia karena menjawab pangilan ketika telefon bimbitnya sedang dicas untuk penuhkan bateri.

menurut sumber semasa menjawab pangilan tiba-tiba baterinya bergegar dengan kuat tiba-tiba ia meledak kemudian meletup dan terbakar menyebabkan tangan serta pipi beliau terbakar 

Jadi kesimpulannya jangan menjawab telefon anda ketika sedang dicas  Bila bateri hanfond rendah cas dulu dan jangan melakukan panggilan atau menjawab panggilan masuk, karena radiasi sa'at pengisian bateri naik hingga menjadi 1000 kali lebih kuat.

Hal ini dapat terjadi pada setiap telefon bimbit di luar sana. Tolong sebarkan info ini kepada teman2 yang lain, supaya kita lebih waspada...!!


sumber rakan fb 

Kursus Dan Tips Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam Bagi Bulan Mac 2014


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia akan menganjurkan Kursus Tips Dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam yang akan diadakan sepanjang Tahun 2014. Kursus ini merupakan Transformasi SPA yang bertujuan memberi pendedahan awal dan panduan kepada calon-calon dalam membuat persediaan untuk menghadapi urusan Peperiksaan, Assessment Center dan Temu Duga memasuki Perkhidmatan Awam.


Jadual Kursus Tips Dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam Bagi Bulan Mac 2014
BIL.NEGERITEMPATTARIKHTARIKH TUTUP PENYERTAAN
1.Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur;
Putrajaya dan
Selangor
Dewan Temuduga,
Aras 6, Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62520 Putrajaya
08 Mac 2014
(Sabtu)
05 Mac 2014
(Rabu)
15 Mac 2014
(Sabtu)
12 Mac 2014
(Rabu)
29 Mac 2014
(Sabtu)
26 Mac 2014
(Rabu)
2.Negeri Sembilan/MelakaAuditorium
Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara
Negeri Sembilan
Jalan sungai Ujong
70200 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus
08 Mac 2014
(Sabtu)
05 Mac 2014
(Rabu)
3.PerakBilik Mesyuarat Utama
Pusat Transformasi Bandar (UTC Perak)
Off Jalan Dato’ Onn Jaafar
30300 Ipoh
Perak Darul Ridzuan
08 Mac 2014
(Sabtu)
05 Mac 2014
(Rabu)
4.Pulau PinangAuditorium
Politeknik Seberang Perai
Jalan Permatang Pauh
13500 Permatang Pauh
Pulau Pinang
15 Mac 2014
(Sabtu)
12 Mac 2014
(Rabu)
5.PahangAuditorium
Institut Kemahiran Belia Negara Temerloh
Kampung Bongsu
28500 Lanchang
Pahang
15 Mac 2014
(Sabtu)
12 Mac 2014
(Rabu)
6.JohorAuditorium
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Sri Gading
Jalan Kluang, Batu 11, Parit Raja
86400 Batu Pahat
Johor Darul Takzim
15 Mac 2014
(Sabtu)
12 Mac 2014
(Rabu)
7.KelantanAuditorium
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Negeri Kelantan
Lot 1993, Section 49, Tanjong Chat
15200 Kota Bharu
Kelantan Darul Naim

* Sila ambil perhatian akan perubahan tempat terbaru
15 Mac 2014
(Sabtu)
12 Mac 2014
(Khamis)
8.SabahDewan Masyarakat Pekan Sook
89007 Keningau
Sabah
22 Mac 2014
(Sabtu)
19 Mac 2014
(Rabu)
9.SarawakDewan Suarah Sibu
Jalan Suarah
96000 Sibu
Sarawak
15 Mac 2014
(Sabtu)
* Sila ambil perhatian akan perubahan tarikh terbaru
12 Mac 2014
(Rabu)
10.TerengganuDewan Syarahan
Pejabat SUK Terengganu
Wisma Darul Iman
Terengganu
22 Mac 2014
(Sabtu)
19 Mac 2014
(Rabu)
11.PerlisAuditorium
Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jalan Penjara
01000 Kangar
Perlis
29 Mac 2014
(Sabtu)
26 Mac 2014
(Rabu)


Atur Cara Kursus Tips dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam (Terkini/Baru) [ Muat Turun ]


  • Penyertaan terbuka kepada semua Warganegara Malaysia, pencari pekerjaan dan sesiapa yang berminat untuk berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam.

  • i)
Tiada sebarang bayaran dikenakan;
  • ii)
Berpakaian kemas; dan
  • iii)
Nota-nota kursus disediakan.


  • Encik Anwar bin Umar Ruszaman : 03-8885 6459
  • Cik Diana Amira binti Mustapa : 03-8885 6062
  • Encik Akmal Firdaus bin Aziz : 03-8885 6069 


Lelaki Berhabis RM35,000 Untuk Lulus Ujian Memandu



Seorang lelaki warga India terpaksa bersusah-payah selama empat tahun untuk memperoleh lesen memandu di Emiriah Arab Bersatu. 

Kini, dia bercadang untuk menerbitkan filem mengenai kesusahan yang dihadapinya itu. Selepas menghabiskan hampir Dh40,000 (RM35,747) untuk mengambil ujian memandu sebanyak 27 kali, termasuk terpaksa menangguhkan perkahwinannya, Namsheed Muringolihas akhirnya berjaya mendapatkan lesen memandu pada 18 Februari lalu. 

Namsheed, 28, berkata, dia bertukar jurulatih sebanyak 13 kali dan pernah tidak menghadiri upacara pengebumian ahli keluarganya sepanjang tempoh empat tahun itu. “Saya tidak pernah berputus asa. Selepas setiap kali gagal, saya kumpulkan wang untuk menjalani ujian berikutnya,” katanya. 

Namsheed memberitahu dia tidak dapat bercakap dan menggeletar seluruh tubuh setiap kali menjalani ujian memandu. “Malah, pada 18 Februari lalu, ketika saya mengambil ujian memandu buat kali ke-27, bapa tunang saya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di India. Tumpuan saya terganggu, tetapi saya berjaya lulus. 

“Saya bertunang dengan Shabeena pada Ogos 2012. Tetapi perkahwinan kami terpaksa ditunda kerana saya mahu mendapatkan lesen memandu terlebih dulu. 

Kini, saya boleh pulang dan berkahwin dengan senang hati,” katanya. 

Namsheed yang berasal dari Kasargode, Kerala sebelum ini berniat untuk mendermakan sejumlah wang jika berjaya lulus ujian memandu. 

“Sebelum ini, apabila gagal dalam bidang muzik dan filem, kawan-kawan mengejek saya. “Bila percubaan saya untuk mendapatkan lesen memandu juga mengambil masa yang lama, saya sekali lagi menjadi bahan gurauan. 

“Namun, kini semua kawan mengucapkan tahniah kepada saya. “Mungkin saya akan menghasilkan filem berdasarkan pengalaman saya untuk mendapatkan lesen memandu. 

“Tetapi sebelum itu saya perlu tunaikan hajat yang dibuat dan mendermakan wang untuk tujuan kebajikan,” katanya.

Samsung Lancar Galaxy S5 Secara Rasmi

CEO Samsung J.K. Shin melancarkan Samsung Galaxy S5 di Mobile World Congress.
Samsung menampilkan Samsung Galaxy S5 dengan sistem camera canggih, rangkaian hubungan pantas selain ciri keselamatan terkini, pada persidangan dan pameran Mobile World Congress 2014 di Barcelona, Sepanyol, awal pagi tadi. 

Dengan resolusi kamera 16 megapiksel, S5 turut menawarkan sistem fokus automatik terpantas di dunia sehingga 0.3 saat selain menaik taraf kualiti High Dynamic Range (HDR) untuk menghasilkan pencahayaan serta warna yang lebih terang. 

Presiden merangkap Ketua Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi Mobile Samsung, JK Shin berkata, S5 direka khusus untuk memenuhi keperluan sebenar pengguna tanpa mengabaikan ciri-ciri asas yang menobatkan siri gajet berkenaan sebagai salah satu peranti paling popular di dunia. 

"Pengguna tidak mahu teknologi yang terlalu kompleks dan rumit. Mereka mahu kamera yang ringkas tapi mempunyai keupayaan tinggi," jelasnya. 

Samsung Galaxy S5 (kiri), Samsung Galaxy Gear 2 (tengah) dan Samsung Galaxy Fit (kanan)
Dari segi fizikal, ia sama seperti model terdahulu dengan bahan plastik premium namun dengan rekaan yang lebih moden seperti liang kecil untuk tampak lebih elegan dan mudah dipegang. 

Skrin lebih besar iaitu 5.1 inci Full HD Super AMOLED pastinya menjanjikan kepuasan pengguna ditambah dengan pemproses 2.5 GHz Quad-core dan generasi kelima Wi-Fi 802.11ac serta 2X2 MIMO yang menyokong frekuensi LTE kategori 4. 

Untuk pengguna yang mendambakan kepantasan Internet, S5 didatangkan dengan Download Booster, teknologi Wi-Fi yang menggabungkan kelajuan Wi-Fi dan LTE untuk meningkatkan kelajuan data. 

Gajet yang ditawarkan dalam empat warna iaitu hitam, putih, biru dan emas ini juga tahan percikan air serta debu IP67 dan ditambah baik dengan fungsi keselamatan menggunakan pengimbas cap jari, yang mana turut boleh digunakan untuk tujuan pembayaran online. 

Spesifikasi
Produk: Samsung Galaxy S5
OS: Android 4.4.2 Kitkat
Dimensi: 5.60 x 2.85 x 0.31 inci
Berat: 145g
Paparan: 5.1 inci HD Super AMOLED
Kamera: 16MP
Kamera depan: 2MP
CPU: 2.5GHz Quad Core
Memori: 16/32/64GB
Slot kad: microSD
Bateri: 2,800mAh
RAM: 2GB

'Si Gemok' Belasah Lelaki Gara-Gara Cemburu Bini Dijeling

Akibat cemburu, seorang lelaki bertindak memukul seorang lelaki yang didakwa memandang isterinya dalam kejadian di hadapan sebuah bank di Cheras, tengah hari semalam. 

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, mangsa dipercayai sedang menaip SMS kemudian mendongakkan kepalanya ketika lelaki terbabit bersama isteri lalu di hadapannya. 

Bagaimanapun, tindakan mangsa itu disalah erti menyebabkan lelaki berusia 27 tahun itu menjadi berang sebelum berhenti lalu mencekik dan memukul mangsa bertubi-tubi di bahagian kepala. 

Menurut sumber, dalam insiden itu, lelaki terbabit mengaku dirinya gengster di kawasan berkenaan dan turut mengambil alat pembuka skru tayar di dalam kenderaannya sebagai ugutan untuk memukul mangsa. 


“Orang ramai yang berada di tempat kejadian cuba meleraikan pergaduhan itu, namun lelaki itu terus memukul mangsa selain turut meludah ke arah mangsa sebelum beredar,” katanya. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. 

“Suspek sudah menyerah diri di Balai Polis Sungai Besi petang tadi (semalam). 

“Pihak kami akan menjalankan kawad cam sebelum suspek dituduh di mahkamah. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK) kerana ugutan jenayah dan Seksyen 323 KK kerana mencederakan dengan niat, “katanya.

Pelajar Berebut Naik Bas Belum Berhenti Maut Digilis

Seorang pelajar lelaki tingkatan satu maut setelah terjatuh dan digilis bas sekolah ketika mengejar kenderaan itu untuk pulang di dataran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semambu di Kuantan semalam. 

Dalam kejadian pukul 3 petang itu, Adam Daniel Abdullah, 13, dikatakan berlari bersama sekumpulan pelajar lain sebelum dia terjatuh di bawah bas lalu digilis. 

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusof, bas sekolah tersebut bergerak untuk mencari tempat letak kenderaan dan pintunya juga masih belum dibuka. 

"Mangsa yang cedera parah di muka dan perut meninggal dunia di tempat kejadian. Pihak polis juga telah menahan pemandu bas tersebut yang berumur 45 tahun untuk siasatan lanjut. 

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut mengenai kejadian ini masih diteruskan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. 


Ibu saudara mangsa, Norhidayu Nordin, 30, berkata, insiden itu mengejutkan mereka sekeluarga malah tidak terlintas anak saudara yang dijaga sejak umur setahun menemui ajal secara tragis. 

"Saya dimaklumkan mengenai kejadian tersebut oleh pihak sekolah dan bergegas ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan kira-kira pukul 3 petang. 

"Saya terkejut namun tidak memaklumkan kepada ibu, Ana Musa, 57, kerana bimbang dia terkejut, kesihatannya juga tidak berapa baik kerana baru diserang angin ahmar," katanya. 

Menurutnya, sebelum kejadian, Adam lebih banyak tersenyum dan sering bergurau dengan anak-anaknya beberapa hari sebelum kejadian. 

"Saya dan ibu menjaga Adam sejak dia berumur setahun selepas kedua ibu bapanya berpisah.

"Dia seorang yang peramah dan periang malah disenangi ahli keluarga yang lain. Sebagai cucu yang tinggal bersama nenek, dia sangat rapat dengan ibu saya," katanya. 

Tambahnya, jenazah Adam telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Setali petang semalam.

Pelajar Kolej Diperkosa Dua Kenalan Lelaki Ketika Sambut Hari Kekasih

Dua pelajar lelaki sebuah kolej swasta dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merogol kenalan wanita mereka secara bergilir-gilir di sebuah rumah, sehari selepas sambutan Hari Kekasih, dua minggu lalu. 

Muhammad Afiq Zulkifli dan rakannya, Mohamad Khaizie Hassan, masing-masing berusia 20 tahun, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa kepada mereka secara berasingan. 

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu terhadap seorang pelajar tingkatan empat berusia 16 tahun di sebuah pangsapuri di Jalan Genting Klang, Setapak, di sini antara pukul 9 pagi dan 9.45 pagi, 15 Februari lalu. 


Pertuduhan terhadap kedua-dua mereka yang tidak diwakili peguam bela dikemukakan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. 

Hakim Azman Mustapha membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nadiah Malek Fauzie supaya kedua-dua tertuduh tidak dibebaskan dengan jaminan dengan alasan mereka mengenali mangsa. 

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 27 Mac ini.

5 Gambar Lelaki Gantung Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasih

Seorang lelaki ditemui mati di kawasan siar kaki berdekatan dengan Kilang Jabil, Batu Maung, Pulau Pinang. Gambar yang diperolehi dari Facebook Daily Traffic Report itu bagaimana pun tidak disertakan dengan laporan penuh mengenai kejadian itu. 

Namun, menurut sumber tidak rasmi, lelaki berkenaan didakwa bergaduh dengan kekasihnya. Gagal mencapai kata pendamaian, lalu lelaki berkenaan bertindak membunuh diri dengan mengantungkan dirinya di sebatang pokok di siar kaki. 

Kekasihnya cuba membantu dan menyelamatkan lelaki tersebut. Malangnya sudah terlambat, lelaki berkenaan meninggal di tempat kejadian. 

UPDATE JAWATAN KOSONG TERKINI - 28 FEBRUARI 2014 (JUMAAT)


Berikut adalah senarai jawatan kosong terkini :


[+] Temuduga Terbuka di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
---> CLICK SINI

[+] Jawatan Kosong di Institut Penyelidikan dan Perhutanan Malaysia (FRIM)
---> CLICK SINI

[+] Jawatan Kosong di Lembaga Tabung Haji
---> CLICK SINI

[+] Jawatan Kosong di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
---> CLICK SINI

[+] Jawatan Kosong di Pejabat Tanah dan Galian Selangor
---> CLICK SINI

[+] Jawatan Kosong di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM)
---> CLICK SINI



Pastikan anda lihat tarikh tutup setiap jawatan terlebih dahulu sebelum memohon.

Job Vacancies 2014 at Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO)

Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO)

Job Vacancies 2014 at Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO)

Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad, also known as KOPETRO was incorporated under the Cooperative Acts (revised 1993) on 30th October 1980 with a noble intention and objective of providing financial aids for PETRONAS staff. We are one of the established co-operative society in Malaysia for almost 33 years.

Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) invites qualified Malaysians to fill the positions as below: -

1. General Clerk

2. Contract Administrative Executive
For more information on these vacancies and how to apply, please visit the link below.
Click here for more information

Due Date: 16 and 21 March 2014

Temuduga Terbuka Pramugari MAS 2014


Temuduga Terbuka Pramugari MAS 2014

Temuduga Terbuka Pramugari MAS 

Tarikh temuduga: Lihat di bawah.

Malaysia Airlines (MAS) adalah syarikat penerbangan primer negara yang beroperasi di tiga lapangan terbang termasuk di KLIA dengan hub keduanya di Kota Kinabalu dan Kuching. Ibupejabat MAS ialah di tingkat bawah Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz di Subang, Selangor.

Malaysia Airlines (MAS) dengan sukacitanya mempelawa warganegara Malaysia (perempuan sahaja) untuk menyertai mereka dengan menghadiri temuduga terbuka yang akan diadakan seperti tarikh dan tempat yang disenaraikan di bawah:

Tarikh: 8 Mar 2014 dan 5 Apr 2014
Lokasi: Hilton Kuching, Jalan Tinku Abdul Rahman, Kuching.

Tarikh: 15 Mar 2014 dan 19 Apr 2014
Lokasi: Royal Penang, No.3, Jln Larut, Penang.

Tarikh: 22 Mar 2014
Lokasi: The Pacific Sutera, Sutera Harbour Resprt, Sutera Harbour Boulevard, Kota Kinabalu.

Tarikh: 12 Apr 2014
Lokasi: Promenade Hotel, No. 4, Lorong Api-Api 3, Api-Api Centre, Kota Kinabalu.

Pendaftaran:
08.30 pagi hingga 12.00 tengahari

Pakaian:
Kebaya atau office attire yang sopan.

Dokumen diperlukan:
- Kad Pengenalan.
- SPM dan sijil akademik tertinggi lain.
- Resume lengkap dan dikemaskini.
- Gambar passport terkini.
- Borang permohonan MAS yang telah diisi.

Sekirnya anda berminat, sila baca iklan penuh temuduga terbuka MAS ini di pautan berikut:


Borang permohonan MAS boleh dimuaturun melalui pautan yang kami sediakan:


----------------------

Thursday 27 February 2014

Daftar Borang Rumah PR1MA Malaysia 2014 : Perumahan PRIMA RM100K-RM400K. RM200K Bulanan RM400-RM500 sahaja?

PRiMA 1Malaysia
Daftar Borang Rumah PR1MA Malaysia 2014. Perumahan PRIMA : Berita Semasa mendapatkan aduan daripada kalangan pembaca, yang mana portal PR1MA Malaysia sedang mengalami masalah akses ketika ini, yang mana beberapa halaman pada portal PR1MA mengalami gangguan dan tidak boleh dibuka.
Berita Semasa diberitahu bilangan yang mula daftar borang permohonan rumah PR1MA Malaysia (SEPERTI DI SINI) semakin meningkat & melonjak naik dengan projek perumahan PRIMA semakin meluas dan rancak ketika ini. Walaubagaimanapun…
Walaubagaimanapun, Berita Semasa difahamkan masalah tersebut sedang cuba diperbaiki secepat mungkin oleh pihak PR1MA Malaysia sendiri. Harap bersabar…..Yang mana belum daftar borang PR1MA Malaysia 2014 secara online dan dalam pada masa yang sama memiliki pendapatan isi rumah bulanan (suami dan isteri), anda boleh hantarkan borang permohonana PR1MA Malaysia secara online dengan cara dengan seperti di bawah ini:
prima malaysia
  • Rumah teres PR1MA Malaysia berukuran dari 1,400 kps hingga 1,700 kps
  • Apartmen PR1MA Malaysia berukuran dari 670 kps hingga 1,300 kps
  • Projek perumahan PR1MA Malaysia berharga dalam lingkungan RM100,000 hingga RM400,000. 

Cara Daftar Borang Pr1ma 1 Malaysia : Projek Perumahan PRiMA

rumah pr1ma malaysia
  1. Anda perlu daftar terlebih dahulu, dan selepas itu anda akan mendapat akses bagi borang permohonan PR1MA 2014 secara online.
  2. Untuk daftar PR1MA, anda boleh layari layari http://www.pr1ma.my/howtoapply.html
  3. Sila baca syarat kelayakan permohonan PR1MA Malaysia terlebih dahulu dan dokumen yang diperlukan.
  4. Dan apabila anda sudah bersedia, anda boleh lakukan proses daftar borang rumah PR1MA Malaysia ini.

Daftar Borang PR1MA Malaysia 2014 : Senarai Projek Perumahan PRIMA Malaysia

  1. Rumah PRIMA 1 Malaysia di Negeri Sembilan (6,174 unit rumah)
  2. Rumah PR1MA 1 Malaysia di Selangor (8,872 unit rumah)
  3. Perumahan PRIMA 1 Malaysia di Kuala Lumpur (4,636 unit rumah)
  4. Rumah PRIMA 1 Malaysia di Johor (7,539 unit rumah)
  5. Rumah PR1MA Malaysia di Pulau Pinang (2,510 unit rumah)
  6. Rumah PRIMA 1 Malaysia di Kedah (1,349 unit rumah)
  7. Perumahan PR1MA Malaysia di Perak (208 unit rumah)
  8. Perumahan PRIMA 1 Malaysia di Pahang (1,152 unit rumah)
  9. Perumahan PRIMA Malaysia di Sabah (9,910 unit rumah)
  10. Rumah PR1MA Malaysia di Sarawak (1,877 unit rumah)
Bagi yang berminat daftar borang rumah PR1MA Malaysia ini, anda wajib untuk tinggal di rumah PRiMA tersebut dan anda tidak dibenarkan sesekali jual rumah tersebut atau pindah milik tanpa kebenaran pihak PR1MA.
Lonjakan jumlah yang berminat untuk daftar PR1MA Malaysia (Projek perumahan PriMA) sejak akhir-akhir disebabkan lonjakan harga rumah di beberapa bandar-bandar utama di Malaysia dan juga dikatakan Perdana Menteri akan melancarkan skim bayaran bulanan pinjaman serendah RM400-RM500 untuk harga rumah PR1MA sekitar RM200,000 (KLIK SINI BERITANYA). Nantikan…..