Monday 26 May 2014

(BERITA) Padahnya gadis umur 23 tahun lari ikut teman lelaki!



Panggilan telefon terakhir diterima seorang ibu di Kuala Terengganu daripada anak perempuannya yang sudah berada di Lombok kerana mengikut teman lelaki menjadi perbualan terakhir dua beranak itu sehingga kini. 

Panggilan jam 7.30 pagi, Selasa lalu tambah merunsingkan Tijah Paksa, 59, memikirkan keselamatan anaknya, Sanija Jusoh, 23, yang dipercayai hidup dalam kesusahan. 

Tijah berkata, anaknya menangis memberitahu ingin pulang ke kampung, tetapi tidak tahu cara dan berjanji menghubunginya semula. 

“Sebelum menamatkan perbualan, Sanija beritahu mahu memujuk keluarga teman lelakinya Parhan Jayadi, 29, supaya menghantarnya pulang ke kampung di Ladang Sentosa, Tepuh dan berjanji menghubungi saya semula. 

“Namun, sehingga kini belum ada panggilan telefon daripadanya. Saya cuba menghubunginya pada jam 9.30 malam Selasa lalu, namun telefon bimbitnya dimatikan. 

“Naluri saya kuat mengatakan dia kini dalam kesusahan apatah lagi ketika menghubungi saya, dia hanya ada RM30 saja,” katanya yang ditemui ketika membuat aduan di Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Teluk Pasu semalam. 

Menurut Tijah, dia menyedari anak kedua daripada empat beradik itu meninggalkan rumah selepas tidak pulang dari bekerja di ladang sehingga jam 6.30 petang Sabtu lalu. 

Katanya, dia tidak mengesyaki anaknya mahu meninggalkan rumah kerana ketika keluar pada sebelah pagi, Sanija berpakaian kerja dan bersalaman seperti kebiasaan. 

“Apabila dia tidak pulang sehingga jam 6.30 petang, saya menyuruh anak lelaki, Zamani, 15, mencarinya di ladang tetapi gagal sebelum diberitahu pekerja ladang itu anak saya tidak datang bekerja, malah mengambil cuti sakit untuk esok (Ahad). 

“Saya mengetahui Sanija ke Lombok bersama teman lelakinya selepas menerima SMS daripadanya memberitahu berada bersama keluarga Parhan di Lombok,” katanya yang terkejut dengan berita berkenaan. 

Sejak kehilangan anaknya itu, Tijah yang bekerja sebagai buruh di kilang bata, Lingai, Tepuh, di sini, sentiasa menangis mengenangkan nasib anaknya 

“Saya sedia memaafkannya dan Parhan serta menerima sekiranya mereka sudah berkahwin. Jika belum berkahwin, saya sedia berbincang dan merestuinya tetapi biarlah perkahwinan itu dilakukan di sini,” katanya. 

Sementara itu, Penyelaras DUN Teluk Pasu Che Mansur Salleh berkata, pihaknya akan berusaha menyelesaikan masalah Tijah dan membawa anaknya pulang.(KUMPULANCERITAKINI)

(LUAR NEGARA) Klorin melimpah masuk kolam renang, 37 pelancong cedera

Lebih 30 orang, kebanyakannya pelancong luar negara, dikejarkan ke hospital Thailand selepas terdedah kepada cecair klorin yang melimpah masuk ke dalam sebuah kolam renang di sebuah hotel di pulau Phuket semalam.
Ketua polis penyiasat, Leftenan Kolonel Chavalit Pethsripia berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 10 pagi (11 pagi waktu Malaysia) di Hotel Phuket Orchid Resort dan Spa yang terletak di pantai Karon.
Katanya, kesemua mangsa mengalami kecederaan kecil selepas terdedah kepada tahap klorin tinggi yang boleh memudaratkan.
Pengarah Hospital Patong, Phumin Silapan berkata, mangsa boleh mengalami kegatalan pada kulit dan sakit mata.
“Terdapat 37 mangsa, termasuk 26 pelancong asing dimasukkan ke hospital,” katanya. (KUMPULANCERITAKINI)

(INFO) Bekas Pelumba Moto3 Negara Maut Nahas Di Kota Tinggi

Bekas pelumba Moto GP negara, Husni Aizat Abdul Malik maut dalam kemalangan di Jalan Tanjung Buai, Teluk Sengat, Kota Tinggi,jam 8.30 pagi tadi. 

Mangsa berusia 20 tahun maut selepas motosikal ditunggang terbabas lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar lori. 

Mangsa yang menggunakan motosikal jenis Modenas Kriss meninggal dunia ketika dikejarkan ke sebuah klinik berhampiran. (KUMPULANCERITAKINI)

(BUNUH DIRI) 2 Gambar Kes Bunuh Diri Di Jambatan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu

Seorang jurujual lelaki berusia 28 tahun dikhuatiri lemas apabila dilihat terjun dari Jambatan Sultan Yahya Petra ke dalam Sungai Kelantan di Kota Bharu, malam tadi. 

Dalam kejadian 9.20 malam itu, mangsa dikatakan memandu Honda City sebelum memberhentikan kenderaannya di tepi jambatan berkenaan. 

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman, berkata saksi yang melalui l lokasi kejadian melihat mangsa kemudian terjun ke dalam sungai. 

"Sejurus mendapat maklumat polis dan bomba terus bergegas ke lokasi kejadian. Setibanya di lokasi kejadian, hanya kenderaan mangsa berada di tepi jambatan," katanya. 

Azham berkata, sejurus selepas itu usaha mencari dan menyelamat dijalankan di sekitar lokasi kejadian. 

"Sehingga ini, mangsa yang dikhuatiri lemas masih belum ditemui. Motif kejadian masih dalam siasatan," katanya. (KUMPULANCERITAKINI)

(INFO) Senarai 20 Orang Paling Kaya Di Malaysia 2014

Jutawan Malaysia, Robert Kuok, sekali lagi mengetuai senarai orang paling kaya di Malaysia buat kali kesembilan berturut-turut dengan kekayaan berjumlah AS$11.5 bilion, susut AS$1 bilion berbanding tahun lepas. Jumlah minimum untuk layak disenarai ialah AS$220 juta, meningkat berbanding AS$145 juta tahun lepas. 

Berikut ialah senarai terkini 20 Orang Paling Kaya Malaysia yang dikeluarkan oleh Forbes bagi tahun 2014. (KUMPULANCERITAKINI)

KedudukanNamaKekayaan (Bilion)
1Robert Kuok Hock Nien54,480.00
2T Ananda Krishnan33,193.88
3Tan Sri Teh Hong Piow18,066.20
4Tan Sri Quek Leng Chan14,110.81
5Tan Sri Lee Shin Cheng13,115.37
6Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary11,070.00
7Tan Sri Lim Kok Thay9,434.18
8Puan Sri Lee Kim Hua7,467.00
9Datuk Mokhzani Mahathir4,222.26
10Tan Sri Azman Hashim 4,108.45
11Tan Sri Tiong Hiew King3,790.00
12Ong Beng Sheng3,530.00
13Tan Sri Yeoh Tiong Lay3,220.83
14Tan Sri Lau Cho Kun3,120.67
15Tan Sri Shahril Shamsuddin2,506.03
16Datuk Shahriman Shamsuddin2,468.65
17Tan Sri Jeffrey Cheah Fook Ling2,153.15
18Datuk Lee Yeow Chor2,033.81
19Lee Yeow Seng2,006.13
20Tan Sri Vincent Tan1,924.12

(KEMALANGAN) 4 Remaja Maut, Seorang Parah Dalam Nahas Di Hentian Juru

 
Empat remaja maut manakala seorang cedera parah dalam kemalangan di KM141.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan malam ini. 

Dalam kejadian 9.28 malam ini. kereta mangsa dipercayai terbabas dan merempuh pokok. 

BERITA MENYUSUL (KUMPULANCERITAKINI)

(LUAR NEGARA) Gadis Paling Tinggi Di Dunia Bakal Kahwini Tunang Lebih Pendek

Gadis tertinggi di dunia, Elisany da Cruz Silva, 18, yang mempunyai ketinggian 6 kaki 8 inci akhirnya bersetuju menikahi tunangnya, Francinaldo da Silva Carvalho yang cuma memiliki ketinggian 5 kaki 4 inci. 

Pasangan unik ini menjalinkan hubungan sejak tiga tahun lalu. 

Di sebalik perbezaan ketinggian sebanyak satu kaki empat inci, Francinaldo tidak berasa sukar untuk melutut melamar kepada tunangnya di sebuah pesisir pantai di sana malah cukup berbangga dengan ketinggian unik yang dimiliki Elisany. 

Pasangan ini juga sudah merancang untuk mengambil anak angkat sekiranya Elisany tidak boleh mengandung kelak. 

Ini kerana Elisany menghidap ketumbuhan dalam otak yang berkemungkinan besar menyebabkan dia tidak boleh mengandung. 

Pasangan ini juga sudah merancang majlis perkahwinan di sebuah gereja tempatan dengan kehadiran tetamu termasuk pengapit untuk kedua-dua belah pihak. (KUMPULANCERITAKINI)

(KISAH BENAR) Luahan Hati Suami Termakan Nasi Kangkang Isteri



"Saya tak tahulah sama ada cerita nasi kangkang itu betul atau tidak, tetapi melalui pembacaan dan rujukan, saya terasa nasib diri saya sebagai suami ada kaitan dengan nasi kangkang." 

Itu permulaan cerita Saifuddin Bahari dari Pandamaran, Kelang yang kesal tidak mampu berbuat apa-apa selain mengikut sahaja apa kata isteri sejak berkahwin empat tahun lalu. 

"Usia perkahwinan kami masih muda dan kami pun masih belum dikurniakan zuriat. Tetapi selama berkahwin, saya jadi seperti pak turut yang disuruh duduk saya duduk, disuruh berdiri, saya berdiri. 

"Saya langsung tak berani bersuara dan hanya mendiamkan diri melihat perangai isteri saya memang tidak seperti isteri-isteri rakan-rakan yang begitu menghormati suami,” cerita lelaki berusia 32 tahun ini. 

Bekerja sebagai kerani di sebuah jabatan kerajaan, Saifuddin berkata, rumahtangganya dibina atas dasar cinta yang terjalin selama dua tahun. 

"Ketika berkawan, isteri saya merupakan seorang gadis yang penuh sopan santun dan kalau bercakap suaranya amat perlahan. 

"Memang itulah yang menjadi tarikan saya untuk menjadikan Laila suri hidup dan dia tidak menolak apabila saya menyuarakan isi hati. 

"Segalanya berjalan lancar sehinggalah tiba hari pernikahan yang disambut penuh meriah dengan dihadiri saudara mara dan sahabat handai," katanya. 

Jelas Saifuddin, dia merasakan dirinya amat bertuah kerana berjaya memiliki Laila yang disifatkan cukup sempurna sebagai isteri. 

"Kami berbulan madu di Cheng Mai, Thailand selama satu minggu dan hidup saya ketika itu amat bahagia apa lagi isteri tersayang ada bersama. 

"Saya sering berangan agar hubungan kami ini akan kekal selamanya begitu dan tidak putus berdoa agar cepat dikurniakan zuriat untuk menyerikan lagi kebahagiaan kami. 

"Malangnya, hubungan yang diharapkan itu cuma dirasai selama satu bulan sahaja selepas kami menjadi suami isteri," jelasnya. 

Menurut Saifuddin, dia tiba-tiba merasakan dirinya terlalu kecil dan semakin hari semakin takut untuk bertentang mata dengan isterinya sehinggalah ke hari ini. 

"Saya tidak diperlakukan seperti seorang suami, sebaliknya saya sering dijadikan seperti budak suruhan untuk buat itu dan ini. 

"Hairannya, saya tidak pernah membantah dan tidak boleh bersuara pun untuk mengatakan tidak pada setiap arahannya. 

"Hubungan kelamin sempat berlaku selama setahun sahaja dan selepas itu, saya tidak berupaya untuk bersamanya seperti orang hilang selera makan," ujarnya lagi sambil meneguk minuman yang dipesan. 

Saifuddin berkata, keluarganya tidak pernah tahu masalah yang dialaminya kerana Laila cukup pandai berlakon bila mereka pulang ke kampung. 

"Arwah ibu saya perah bertanya kenapa saya seperti orang sakit dan tidak setegas dulu tetapi saya bagi alasan umur yang semakin meningkat menyebabkan perangai asal turut berubah. 

"Laila cukup baik dengan keluarga saya dan memang tidak akan nampak ada masalah dalam hubungan kami selama ini. 

"Lagi pun dia tak pernah meninggikan suara pada saya dalam keadaan apa sekali pun menyebabkan saya tidak mahu berpisah dengannya," ceritanya lagi. 

Soal makan minum kata Saifuddin, sejak mereka tidak berhubung kelamin, Laila tidak lagi menyediakan makan minumnya. 

"Sesekali kalau dia masak, pandai-pandailah saya ambil dan makan sendiri. Untuk makan bersama memang sangat jarang berlaku. 

"Sebenarnya saya tidak patut bercerita hal rumahtangga pada orang lain tetapi saya sangat tertekan memikirkan apa kesudahan nasib saya. Adakah saya dayus dan tidak layak bergelar suami? 

"Adakah benar saya termakan 'nasi kangkang' hasil perbuatan isteri sendiri menyebabkan saya sukar untuk melepaskannya?," soal Saifuddin. 

Bukan untuk menuduh isteri sendiri tetapi apa yang dibaca selama ini semakin mencelarukan fikirannya. (KUMPULANCERITAKINI)

(ARTIS) Abby Abadi Respon Isu Krisis Rumahtangga

Umum mengetahui, bekas pelakon terkenal Abby Abadi pernah memuatnaik status di laman Instagram yang seakan membayangkan perkahwinannya dengan suami, Farhan sedang bergolak.

Ramai peminat dan haters terkejut dengan khabar angin itu sebaik sahaja mula tersebar secara meluas di laman sosial, blog hiburan dan akhbar tempatan. Penulis juga tidak terkecuali untuk terperanjat dan tidak pernah menyangka mahligai perkahwinan yang dibina pada September tahun lalu kini bermasalah.

Abby Abadi yang dihubungi Harian Metro semalam bagaimanapun enggan memberikan ulasan lanjut berhubung statusnya minggu lalu. Bekas isteri Norman Hakim itu hanya memaklumkan bahawa kehidupan mereka baik-baik sahaja.

"Tak ada apa nak cakap buat masa ini. Minta maaf, buat masa ini, saya tak ada apa-apa nak kongsi dulu. Tunggu nanti apabila saya sedia dan kalau ada apa-apa perkembangan saya sendiri akan beritahu. Tak ada apa nak komen dulu. Cukuplah saya katakan, kehidupan berjalan seperti biasa."

Pada penulis, apapun masalah peribadi yang menjadi penyebab pergolakan rumahtangga mereka dapat diselesaikan dengan baik dan tidaklah hingga melibatkan kes penceraian. (KUMPULANCERITAKINI)

(ARTIS) Sindiran Sinis Zed Zaidi Atas Kemenangan Aaron Aziz Sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 2013

 

Masih ingat lagi dengan kontroversi yang melanda Aaron Aziz dan Zed Zaidi?

Semalam, Aaron Aziz sekali lagi berjaya merangkul anugerah yang sama dan menariknya peminat hiburan menanti-nantikan reaksi Zed Zaidi.

Penantian itu tidak mengecewakan apabila Zed Zaidi mengulas kemenangan Aaron Aziz itu tidak perlu dibanggakan, katanya menerusi laman Twitter.

Walaupun Zed Zaidi tidak menyebut nama Aaron Aziz, namun, orang ramai tahu siapa yang dimaksudkan olehnya.

Ramai yang tidak faham mengapa Zed Zaidi begitu menentang kemenangan Aaron Aziz. Barangkali Zed Zaidi mahu melihat anak bangsa sendiri yang memenangi anugerah tersebut, siapa tahu kan?

Kita juga faham, industri hiburan di Singapura, tidaklah sebesar mana dan apalah sangat nak cari makan di Singapura untuk bakat seperti Aaron Aziz yang nyatanya seorang melayu?

Faham-faham sajalah.. - My Media Hub

Senarai penuh pemenang ABPBH-2013

1) BINTANG PALING POPULAR: AARON AZIZ

2) PENYANYI LELAKI POPULAR: HAFIZ

3) PENYANYI WANITA POPULAR: STACY

4) ARTIS DUO/ BERKUMPULAN POPULAR: STACY & AKIM

5) ARTIS BARU LELAKI POPULAR: ACHEY

6) ARTIS BARU WANITA POPULAR: ZARA ZYA

7) PELAKON FILEM LELAKI POPULAR: AARON AZIZ

8) PELAKON FILEM WANITA POPULAR: SITI SALEHA

9) PELAKON TV LELAKI POPULAR: SHAH ISKANDAR

10) PELAKON TV WANITA POPULAR: SITI SALEHA

11) ARTIS KOMEDI LELAKI POPULAR: JEP SEPAHTU

12) ARTIS KOMEDI WANITA POPULAR: JIHAN MUSA

13) PENGACARA TV LELAKI POPULAR: AC MIZAL

14) PENGACARA TV WANITA POPULAR: NEELOFA

15) PENYAMPAI RADIO LELAKI POPULAR: JOHAN RAJA LAWAK (Era FM)

16) PENYAMPAI RADIO WANITA POPULAR: FARA FAUZANA (Hot FM)

ANUGERAH KHAS

1) ANUGERAH KHAS PENCAPAIAN SEPANJANG HAYAT: DATUK RAHIM RAZALI
(KUMPULANCERITAKINI)

(ROGOL) Pendedahan! Video Rakaman CCTV Pelajar Malaysia Diperkosa Di Indonesia


Kisah berkenaan seorang mahasiswi Malaysia di Universiti Padjadjaran di Bandung yang diculik dan di#r0g0I oleh 3 lelaki di dalam kereta, merupakan sesuatu yang mengejutkan dan di luar dugaan.

Pelajar itu kemudiannya telah ditinggalkan dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah tempat letak kereta kira-kira 40 kilometer dari tempat beliau diculik, Sabtu lalu.

Walau bagaimanapun, pelajar itu pertama kali telah diselamatkan oleh sepasang suami isteri yang menemuinya dalam keadaan terhujung-hayang sebelum menghantarnya ke hospital berdekatan.

Ikut seterusnya cerita suami isteri tersebut, seperti yang dilaporkan ,

Mahasiswi Unpad Korban Pe#merk0saan itu Menangis dan Mengaku Diculik... 


#Bandung – Di pagi buta itu Tata Sumitra (45) dan Tuminah (43), suami isteri peniaga kopi di Lembang tak menyangka boleh menemui kejadian yang di luar dugaan.

Seorang perempuan terhuyung meminta pertolongan. Perempuan itu mengaku di#perk0sa dan diminta dibawa ke doktor.

Pada Sabtu (17/5) pukul 03.30 WIB, Tuminah sang isteri selama beberapa minit sempat bercakap berdua dengan mahasiswi Unpad mangsa #r0g0I itu, kala sang suami mencari angkot untuk korban. (KUMPULANCERITAKINI)

Saturday 24 May 2014

(CERITA) KALAU TAK SUKA, PULANGKAN ** Minta tolong baca sampai abes, jgn malas !!**

KALAU TAK SUKA, PULANGKAN ** Minta tolong baca sampai abes, jgn malas !!**
Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj.
“Horey! Papa balik!” Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.
“Tepi! Bahaya tau tak?” Jeritnya.
Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.
“Aimin bawa adik ke belakang.” Arahnya pada anak yang sulong.
Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.
“Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita,” pujuk Laila.
Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.
“Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!” Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya.
“Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?” sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.
“Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman.” Balas isterinya lembut.
“Fail saya kat depan tu mana?”
“Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.”
“Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi.” Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.
Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya. “Laila” Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.
—————————————————————————-
“Saya nak ke out station minggu depan.”
“Lama?” Soal Laila.
“Dalam seminggu.”
“Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?”
“Budak-budak? “
“Ikut jugalah.”
“Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu..”
“Masa tu Amirul kecik lagi.” Balas Laila.
Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi.
” Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana.”
“Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung,” Muktamad!
Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.
“Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!”
“Manalah saya ada masa..”
“Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!” Dia tersentak dari khayalannya.
“Kalau tak suka pulangkan balik!” Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir.
Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..
“Mizi, makan!” Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. “Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah.”
———————————————————————————-
“Papa! Makan!” Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya.
“Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?”
Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.
“Awak masak apa?”
“Mama masak sup tulang dengan sambal udang!” jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.
“Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!”
“Papa nak ke mana?” Soal isterinya perlahan.
“Keluar!”
“Mama dah masak Pa!”
“Awak saja makan!”
“Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!”
Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan.
“Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?” Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi.
“Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan.”
“Abang tak suka tengok papa marah-marah. .”
“Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?”
Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris.Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?
Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.
“Laila..” serunya
“Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti.” Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.
“Sunyi pulak rumah ni mak,”
“Lama-lama kau biasalah.”
Airmatanya menitis laju. “Kalau tak suka pulangkan!” Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.
———————————————————————————-
“Papa beli apa untuk Aiman?” Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.
“Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu.”
“Tak ada lah?”
“Ingat papa ni cop duit?”
Aiman termangu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.
Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya.
“Awak tak sihat ke?”
Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.
“Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi.” Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.
Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.
“Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!” Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.
Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.
“Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!”
Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.
“Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. ” Ujar Laila perlahan
“Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?” Omelnya kembali.
Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.
———————————————————————————–
“Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni.”
Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang.
Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah.
“Celaka betul!” Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja.
“Abang!”
“Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!” Getusnya kasar.
Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.
Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.
“Pak Ngah, Eddie nak balik!” Shamizi terpana. Dia mengangguk.
“Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti.”
Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A.
“Laila”
—————————————————————————————————-
“Papa nak ke mana hensem-hensem gini?” Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. “Wangi-wangi lagi. Dating ye?”
“Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff.” Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.
“Ikut boleh?”
“Dia tak ajak family. Staff only!” Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.
“Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami.”
“Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. “
“Papa pesanlah..”
“Nantilah besar sikit.” Dalihnya.
“Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun.”
“Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,”
Laila terdiam. “Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki.”
“Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik.”
“Mama tanya sikit boleh?” Dia mengangguk
“Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?”
Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.
“Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik,” ujar Mr. Kwai, tuan rumah. Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.
“Kalau tak suka pulangkan!” Kata-kata itu semakin keras di fikirannya. Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian.
“Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! ” Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil.Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa..
“Kalau tak suka pulangkan,”
Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.
Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila. Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya. Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah.
Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..
Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan…….(KUMPULANCERITAKINI)

Friday 23 May 2014

(NGERI!) 4 Gambar Kulit Kepala Wanita Tercabut Dipasang Semula

Entah apakah sebabnya dan apa yang berlaku sehingga kulit kepala seorang wanita tercabut. Tetapi alhamdulillah, doktor berjaya menyatukan kembali kulit kepala wanita itu kembali. Saksikan gambar-gambar ngeri itu di bawah. Anda rasa apakah kemalangan yang boleh mengakibatkan kengerian seperti ini?

(CERITA BENAR) Bongkar! Guru Tahfiz Suruh Pelajar Urut Badan Kemudian Hisap Punainya

 

JASIN 21 Mei - Kelakuan sumbang seorang guru di sebuah pusat tahfiz al-Quran di daerah ini yang menyuruh seorang murid lelaki melakukan #sek-s o-ral akhirnya terbongkar apabila perkara itu diadukan sehingga membawa kepada penahanan guru agama berkenaan Ahad lalu.

Lelaki berumur 20 tahun itu ditahan pihak polis selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri sejurus laporan mengenai kelakuan tidak bermoralnya dibuat oleh ibu mangsa.

Menurut sumber, guru berkenaan telah mengajak mangsa yang berumur 12 tahun masuk ke biliknya dengan alasan meminta bantuan untuk mengurut badannya pada awal bulan ini.

Jelas sumber itu, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa kemudian disuruh pula melakukan perbuatan sumbang itu selain turut di#cium di bahagian mulut.

"Bimbang akan dimarahi jika menolak, mangsa kemudian menuruti sahaja permintaan suspek," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mangsa yang bimbang kejadian sama akan berulang kemudian terus menghubungi ibunya melalui telefon memaklumkan bahawa dia mempunyai masalah namun tidak menyatakan masalah dihadapi pada awalnya.

"Setelah dipaksa, barulah murid itu memberitahu perkara sebenar dilakukan ustaz tersebut terhadapnya dan ibu mangsa kemudian mengambilnya dari pusat tahfiz berkenaan pada 16 Mei lalu sebelum membuat laporan di Balai Polis Merlimau," kata sumber itu.

Ujar sumber itu, menyedari ibu mangsa telah mengambil anaknya dari pusat tahfiz, suspek yang mengajar sejak Februari lalu kemudian mengambil cuti panjang untuk pulang ke kampungnya di Dungun, Terengganu.

"Namun apabila dia mengetahui polis sedang memburunya, dia kemudian menyerah diri ke IPK negeri dan ditahan untuk siasatan," tambah sumber itu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Katanya, suspek yang ditahan sejak Ahad lalu akan direman sehingga hari ini dan siasatan terperinci masih dijalankan di bawah Seksyen 377E iaitu melakukan kelucahan melampau," katanya. - Utusan Malaysia 

(NGERI) GAMBAR: Lengan Koyak Tersangkut Pagar

GAMBAR: Ngeri.. Lengan Koyak Tersangkut Pagar


Seperti kita tahu, tugas Jabatan Bomba & Penyelamat tidak terhad hanya memadamkan kebakaran dan menyelamatkan mangsa kemalangan sahaja.
Kadangkala bomba terpaksa bergegas datang untuk menyelesaikan kes-kes yang agak unik dan jarang berlaku.
Menerusi Facebook mereka, Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia hari ini berkongsi khidmat khas yang dilakukan anggota mereka iaitu memotong besi pagar SMK Rantau Panjang untuk membolehkan seorang lelaki dibawa ke hospital.
Daripada gambar dapat dilihat lengan mangsa tercucuk pada besi pagar yang terpaksa dipotong menggunakan pemotong hidraulik.
1
2

4

5
Memang ngeri namun kami percaya sesiapa sahaja yang melihat gambar di atas pasti tertanya-tanya, “Macam mana sampai boleh jadi macam ini?” – KUMPULANCERITAKINI

(ARTIS) Serba Sendat Serba Ketat, Fesyen Terbaru Ziana Zain

Penyanyi tersohor negara, Ziana Zain, 46, telah berkongsi dua keping gambar fesyen terkininya di laman Instagram sebagai langkah promosi bagi menarik minat prospek atau pelanggan.

Difahamkan, fesyen pakaian yang ditampilkan beliau adalah rekaan terkini dari seorang pereka terkenal yang amat elegan dan mengikut bentuk badan. Bagi sesiapa yang berminat dengan fesyen-fesyen ini korang boleh skodeng Instagram Ziana untuk mendapatkan maklumat lanjut.





(KUMPULANCERITAKINI)

Thursday 22 May 2014

(TERKINI) Jawatan Kosong di Institut Integriti Malaysia - Tarikh Tutup : 01 JUNE 2014


The Malaysian Institute of Integrity (MII) is the brainchild of the 5th Prime Minister of Malaysia , Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, declared on 5 November 2003. It was established as a company limited by guarantee under the Companies Act 1965 on 4 March 2004. The Malaysian Institute of Integrity (MII), was established as a coordinating agency for the implementation of the National Integrity Plan (NIP). The main objective of MII is to develop a nation of high integrity, that is resilient and embraces universal good values.

Job Vacancies at Institut Integriti Malaysia :
1. Pembantu Tadbir Kewangan Gred IIM17
Closing Date : 01/06/2014 

(CERITA) c Biol....Orang Sakit Mental

gambar sekadar hiasan

Kisah ini adalah berkenaan Orang Sakit Mental di Hospital Bahagia Tanjung
Rambutan.

Zulhairi telah menjalani rawatan hampir 5 tahun di Hospital Bahagia. Dan
melalui pemeriksaan yang dijalankan menunjukkan Zulhairi dah makin pulih. Dan
Dr buat keputusan untuk benarkan Zulhairi pulang. Zulhairi dipanggil untuk
pemeriksaan terakhir.

“Zulhairi saya nak tanya satu soalan sebelum saya benarkan Zulhairi pulang. Kalau
Zulhairi jawab eluk saya benarkan Zulhairi pulang..kalau tidak Zulhairi akan tunggu
sini sedikit masa lagi” Terang Doktor pada Zulhairi.

“Baik Doktor Zulhairi sedia menjawab” jawab Zulhairi dengan tenang.

Doktor mengambil Lampu suluh dan menyalakannya..dan dihalakan ke
dinding..(cahaya lampu tersebut berbentuk bulat didinding bilik Doktor).

“Awak nampak cahaya tu” tanya Doktor

“Nampak Doktor” jawab Zulhairi tersenyum.

“Awak panjat dan tangkap cahaya tu Zulhairi” arah Doktor tu pada Zulhairi.

“Kat Dinding tu?” tanya Zulhairi tersenyum.

“Ye laaa” jawab Doktor.

“Hi hi hi saya tak gila lah Doktor……tak nak lah saya buat..” jawab Zulhairi

“mm..oklah Zulhairi..awak dibebaskan hari ini…awak lulus ujian saya..” Doktor
berpuas hati.

Zulhairi pun keluar dengan bag nya diiringi oleh pembantu kesihatan ke pintu
gate.

“Tunggu tunggu Zulhairi” Doktor memanggil balik Zulhairi.

“Kenapa awak tak nak panjat dinding tu Zulhairi?” tanya Doktor tu sebagai
soalan terakhir.

“Hi hi hi…Doktor ingat saya bodoh ker Doktor…..kalau saya
panjat…..saya pegang cahaya tu….Doktor tutup lampu suluh tu nanti..tentu
saya akan terjatuh…” jawab Zulhairi selamba

“mm..Zulhairi tidur sini setahun lagi lah yer Zulhairi” kata Doktor pada Zulhairi.

SEMUA CERITA ADALAH REKAAN SEMATA-MATA...X DA KENA MENGENA DENGAN YG HIDUP OR MATI.. (KUMPULANCERITAKINI)