Monday 26 May 2014

(LUAR NEGARA) Gadis Paling Tinggi Di Dunia Bakal Kahwini Tunang Lebih Pendek

Gadis tertinggi di dunia, Elisany da Cruz Silva, 18, yang mempunyai ketinggian 6 kaki 8 inci akhirnya bersetuju menikahi tunangnya, Francinaldo da Silva Carvalho yang cuma memiliki ketinggian 5 kaki 4 inci. 

Pasangan unik ini menjalinkan hubungan sejak tiga tahun lalu. 

Di sebalik perbezaan ketinggian sebanyak satu kaki empat inci, Francinaldo tidak berasa sukar untuk melutut melamar kepada tunangnya di sebuah pesisir pantai di sana malah cukup berbangga dengan ketinggian unik yang dimiliki Elisany. 

Pasangan ini juga sudah merancang untuk mengambil anak angkat sekiranya Elisany tidak boleh mengandung kelak. 

Ini kerana Elisany menghidap ketumbuhan dalam otak yang berkemungkinan besar menyebabkan dia tidak boleh mengandung. 

Pasangan ini juga sudah merancang majlis perkahwinan di sebuah gereja tempatan dengan kehadiran tetamu termasuk pengapit untuk kedua-dua belah pihak. (KUMPULANCERITAKINI)

No comments:

Post a Comment

Nyatakan komen dan pendapat anda di sini ..