Monday 26 May 2014

(LUAR NEGARA) Klorin melimpah masuk kolam renang, 37 pelancong cedera

Lebih 30 orang, kebanyakannya pelancong luar negara, dikejarkan ke hospital Thailand selepas terdedah kepada cecair klorin yang melimpah masuk ke dalam sebuah kolam renang di sebuah hotel di pulau Phuket semalam.
Ketua polis penyiasat, Leftenan Kolonel Chavalit Pethsripia berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 10 pagi (11 pagi waktu Malaysia) di Hotel Phuket Orchid Resort dan Spa yang terletak di pantai Karon.
Katanya, kesemua mangsa mengalami kecederaan kecil selepas terdedah kepada tahap klorin tinggi yang boleh memudaratkan.
Pengarah Hospital Patong, Phumin Silapan berkata, mangsa boleh mengalami kegatalan pada kulit dan sakit mata.
“Terdapat 37 mangsa, termasuk 26 pelancong asing dimasukkan ke hospital,” katanya. (KUMPULANCERITAKINI)

No comments:

Post a Comment

Nyatakan komen dan pendapat anda di sini ..