Monday 30 June 2014

(ARTIS-PANAS!!) Emma Maembong punca kemelut Zizan & Marina?

27 Jun – Permasalahan yang melibatkan Zizan Razak dan rakan kongsinya Marina Juki kembali menjadi perhatian umum selepas Zizan dikhabarkan telah membekukan dua akaun syarikatnya Wire Fame Entertainment Sdn. Bhd. (WFE) sehingga urusan pembayaran gaji artis naungan dan pekerja tertunggak sejak bulan lalu.
Menurut laporan Sinar Harian, sidang media telah diadakan semalam oleh Marina bersama peguamnya, Harjit Singh Sandhu dan Wan Nurliyana daripada Tetuan Harjit Sandhu bersama Sasha Lyna Abdul Latif dari Tetuan Sasha Lyna yang merupakan peguam syarikat WFE serta juruaudit akaun WFE Azlan Karim.
Marina menjelaskan bahawa dia sangat terkejut apabila mendapat tahu kedua-dua akaun syarikat dibekukan atas arahan Zizan ketika mahu mendepositkan cek pada awal Jun iaitu selepas seminggu Zizan mengeluarkan arahan berkenaan.
"Zizan langsung tidak berbincang mengenai hal itu dengan saya biarpun dia pemegang saham terbesar dalam syarikat.
"Lebih mengejutkan saya, apabila ada pihak menyampaikan kepada saya, Zizan mendakwa saya menyeleweng duit syarikat. Padahal penyata akaun bagi 2013 belum lagi dikeluarkan. Namun, bagi penyata akaun 2011 dan 2012 tidak ada sebarang masalah penyelewengan," katanya.
Akhirnya Marina turut mengakui sememangnya hubungannya dengan Zizan bermasalah semenjak Februari yang lalu.
"Sebenarnya ada sedikit salah faham membabitkan saya dan Zizan, ketika kami bersama Emma serta beberapa individu lain berada di Amerika Syarikat pada Februari lalu.
"Balik sahaja dari bercuti, Emma menyatakan hasrat untuk berundur. Jadi dari satu salah faham, ia seperti berpanjangan kerana kami masih belum sempat untuk duduk berbincang," ujarnya.
Dalam pada itu, Marina berharap agak hal ini dapat diselesaikan segera dan berasa agak sedih dan terkilan kerana dirinya dan Zizan berkawan rapat sejak empat tahun lalu dan hubungan seperti adik-beradik dan jatuh bangun bersama.
"Saya harap Zizan dapat luangkan masa bertemu saya dan jelaskan beberapa perkara mengenai pembekuan akaun syarikat dan tampilkan bukti penyelewengan andai benar saya lakukannya serta penjelasan mengenai hasratnya untuk berundur dari WFE," jelasnya yang mengharapkan isu ini tidak berpanjangan dan dapat diselesaikan dengan cara baik. KUMPULANCERITAKINI

No comments:

Post a Comment

Nyatakan komen dan pendapat anda di sini ..