Friday 28 March 2014

Tabah Bergelar Ibu Tunggal, Rita Rudaini Kongsi Pahit Manis Kehidupan Bersama Anaknya

Tabah Bergelar Ibu Tunggal, Rita Rudaini Kongsi Pahit Manis Kehidupan Bersama Anaknya
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Walaupun begitu, Rita Rudaini dilihat amat tabah dan kuat untuk menggalas tanggungjawabnya itu dengan sebaik mungkin.
Dikurniakan 2 orang cahaya mata yang comel, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Rafqa Arjuna, wanita cantik ini kelihatan bahagia dan tenang dengan kehidupannya kini.
Malah, pelakon berusia 37 tahun ini tidak lekang untuk memuat naik foto dirinya bersama 2 orang putera kesayangan itu di laman Instagram.
Tabah Bergelar Ibu Tunggal, Rita Rudaini Kongsi Pahit Manis Kehidupan Bersama Anaknya
Antara foto yang dimuat naik oleh Rita Rudaini
Semakin cantik dan berseri pula wajah Rita kan? Menerusi ruangan komen, para peminat turut menyatakan rasa kagum mereka terhadap semangat dan kecekalan yang ditunjukkan oleh pelakon ini.
Menganggap kedua orang anaknya itu sebagai nyawa, beberapa caption foto yang ditulis oleh Rita juga telah membuatkan peminatnya terharu dan mendoakan yang terbaik untuk mereka.
Tiada siapa dpt pisahkan kami. mommy korbankan hidup mommy utkmu ank2…mommy xmintak balasan tp mintak di kenang saja #ryanarjunarudaini.
Alhamdulillah.. Arjuna2 mommy da tido..bila ank2 da tido,automatik hati kita sbgai ibu sebak melihat dorg kan.  xsangka dulu kecik je skrg da besar da ble suap mkn sendiri. mmm..jap lg jenuh mommy nk cari pot selit kt mana nk tido..slalunye pot mommy kt tgh2 sbb nk bg adil sbb dua2 mintk mommy usap belakang sblm tido. ‘korg buat mommy bahagia ank2ku..tkasih’ ? #ryanarjunarudaini
Diharapkan Rita terus bahagia dengan kehadiran kedua orang puteranya dan sekaligus terus sukses dalam kerjaya. Apakata mari kita lihat sebuah video beberapa foto comel mereka di bawah!

Kredit : Instagram Rita Rudaini & Aidil Zafuan

No comments:

Post a Comment

Nyatakan komen dan pendapat anda di sini ..