Friday 28 March 2014

Tidak Lupa Jasa, Najwa Latif Bawa Keluarga Melancong Ke Sydney

Tidak Lupa Jasa, Najwa Latif Bawa Keluarga Melancong Ke Sydney
Nampaknya walaupun sibuk dengan kerjaya sebagai seorang penyanyi dan juga pelajar universiti, Najwa Latif masih mampu mencuri masa untuk diluangkan bersama ahli kelurganya.
Terkini, sebagai tanda penghargaan kepada ibunya, Najwa yang pernah dikatakan berpendapatan RM 1 juta setahun itu telah membawa ahli keluarganya melancong ke Sydney, Australia.
Penyanyi yang mula popular menerusi lagu Cinta Muka Buku ini dipercayai bertolak ke Australia pada 22 Mac yang lalu bersama ibu dan 3 orang adik beradik perempuannya.
Tidak Lupa Jasa, Najwa Latif Bawa Keluarga Melancong Ke Sydney
Antara foto yang dimuatnaik menerusi laman Instagram
Menariknya, ada peminat memberi komen agak sukar untuk membezakan wajah Najwa dan adik beradiknya kerana mereka benar-benar seiras.
Najwa juga telah memuatnaik sekeping gambar bersama ibunya dengan caption yang menyatakan kasih sayangnya yang tidak terhingga buat wanita itu.
Tidak Lupa Jasa, Najwa Latif Bawa Keluarga Melancong Ke Sydney
Najwa Latif berada di Echo Point Katoomba
Bakal berada di Australia sehingga 26 Mac ini, Najwa dilihat sangat seronok menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga tercinta.
Antara tempat menarik yang dikunjungi oleh Najwa dan ahli keluarganya ialah Sydney Harbour Bridge, Featherdale Wildlife Park dan Echo Point Katoomba. Mari kita lihat beberapa lagi foto Najwa dan keluarganya!







Kredif foto: Instagram Najwa Latif

No comments:

Post a Comment

Nyatakan komen dan pendapat anda di sini ..