Seperti yang dijangkakan, hari gaji Bantuan Rakyat 1 Malaysia 3.0 (Pembayaran BR1M 3.0 2014) akan bermula pada pertengahan bulan Februari 2014 setelah tamat pembayaran Bantuan RM100 kepada pelajar.
Najib mengumumkan kira-kira 7.9 juta pemohon yang layak menerima BR1M 3.0 pada tahun 2014.
Proses pembayaran akan dilakukan lebih cepat berbanding tahun-tahun sebelumnya dimana rakyat akan menerima bantuan tersebut dalam tempoh 2 minggu.
"Majlis Tertinggi Umno telah diberitahu bahawa pembayaran BR1M 3.0 akan dilakukan dalam masa dua minggu, iaitu pada pertenghan bulan Februari untuk melegakan rakyat dengan masalah kenaikan harga barang."
Dibawah pembayaran BR1M 3.0, penerima bantuan yang berpendapatan RM3,000 dan ke bawah akan menerima RM650, manakala mereka yang berpendapatan antara RM3,001 dan RM4,000 sebulan akan menerima RM450.
Bantuan juga kan diberikan kepada goglongan persorangan iaitu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan RM2,000 dan ke bawah.
Najib juga dengan yakin mendakwa ekonomi Malaysia berada dalam keadaan baik dan berkata bahawa kerajaan komited untuk membenteras kenaikan harga barangan bagi mengurangkan beban kewangan rakyat.
Pelbagai program sedang berlaku dari semasa ke semasa.

No comments:
Post a Comment
Nyatakan komen dan pendapat anda di sini ..