Tuesday 25 December 2018

(TSUNAMI) Tragedi Tsunami Sunda : Isteri Ifan Seventeen Meninggal Dunia

Isteri vokalis kumpulan muzik  Seventeen, Riefian Fajarsyah atau Ifan yang sebelum ini dilaporkan hilang dalam bencana tsunami Selat Sunda disahkan meninggal dunia.
Berita kematian Dylan Sahara diumumkan oleh Ifan sendiri menerusi satu muat naik di akaun Instagramnya. Ifan bersyukur akhirnya mayat isterinya itu berjaya dijumpai dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang tidak berhenti memberikan kata-kata semangat kepadanya.
Ifan turut memuat naik video di Insta Stories yang menunjukkan beliau bersama jenazah isterinya itu dalam perjalanan ke Jakarta.
Pada masa yang sama Ifan juga mengesahkan pemain dram Seventeen iaitu Andi turut terkorban menjadikan kesemua anggota kumpulan itu meninggal dunia. Mereka termasuk Bani (pemain bes), Herman (gitaris) termasuk kru, Ujang dan pengurus kumpulan itu, Oki Wijaya.
Vokalis itu bagaimanapun terselamat selepas berpaut kepada sebuah kotak selepas mereka dirempuh ombak ketika membuat pertunjukan di Tanjung Kesung Beach Resort kelmarin.

No comments:

Post a Comment

Nyatakan komen dan pendapat anda di sini ..