
Seorang gadis berusia 17 tahun bernasib baik apabila terselamat walaupun cedera teruk akibat tertusuk 3 batang besi setelah jatuh dari bumbung sebuah bangunan yang masih dalam pembinaan.
Gadis yang dikenali sebagai Lovely itu bagaimanapun tidak cemas dan terselamat walaupun dengan besi menembusi perut dan pahanya dan terpaksa menahan sakit selama hampir 12 jam.
Lovely yang berasal dari kampung Basantpur di daerah Saran, India mengalami kemalangan itu selepas jatuh pada tiang simen ketika hendak tidur.
Kejadian dikatakan berlaku ketika ramai tetamu berada di rumahnya kerana menghadiri satu majlis perkahwinan.
Anggota keluarganya memotong batang besi berkenaan dan membawa mangsa ke Hospital Ruban di Patna.
Pakar bedah berjaya mengeluarkan besi dari badan mangsa selepas pembedahan selama lima jam dan keadaan Lovely kini dilapor stabil.
“Kami berjaya menyelamatkannya kerana dia menunjukkan keberaniannya dan tidak sedikitpun cemas. Ia sangat menakjubkanMenurut doktor berkenaan, sebelum diselamatkan, mangsa dalam keadaan serius.
“Dia selamat kerana keberaniannya. Ramai pesakit lain akan panik,” kata Dr KN Sinha.
KUMPULANCERITAKINI
No comments:
Post a Comment
Nyatakan komen dan pendapat anda di sini ..