Tuesday, 1 July 2014

(ARTIS) Kemelut Krisis Antara Ibu dan Diana Danielle

Kemelut hubungan anak beranak antara Diana Danielle dan ibunya masih tidak menemui titik penyelesaiannya. ‘No comment. Terima kasih’. Hanya empat patah perkataan itu diucapkan olehnya apabila ditanya oleh pihak media berkenaan status perhubungan mereka.

Krisis perhubungan mereka berlaku agak panjang. Lebih-lebih lagi suami Diana, Farid Kamil Zahari pernah menyindir ibu mertuanya itu dan meminta si ibu tampil bersemuka dengannya sebelum berjumpa dengan Diana serta cucunya, Muhammad.

Dalam masa yang sama, Diana juga memilih tidak mengulas lanjut tentang entri di laman Instagramnya yang memerli tindakan Nora Danish memuat naik gambar promosi filem Pengantin Malam yang memperlihatkan aktres itu memegang tangan suaminya.

‘Banyak lagi gambar yang lebih elok boleh upload untuk promosi filem kamu.. Gambar pegang tangan suami say juga nak dikongsi. Oh faham… Mungkin itu akan membuat orang teruja utk (untuk) tengok filem kamu. Hati oh hati, bersabarlah.’ Begitulah luahan Diana dalam Instagramnya, @dianadanielleb yang kemudiannya dipadam tidak lama selepas itu.

Farid pula dilaporkan telah memberi kenyataan meminta supaya orang ramai memaafkan perlakuan isterinya itu. Dia menyifatkan sifat cemburu adalah perkara biasa dalam perhubungan suami isteri.

Diana yang ditemui di majlis pelancaran produk penjagaan bibir, LipIce dan turut diperkenalkan sebagai wajah baru jenama itu untuk setahun ditemani adik iparnya Fadzil Zahari, hanya berlalu pergi dengan senyuman meninggalkan pihak wartawan apabila ditebak dengan soalan panas berkenaan.

KUMPULANCERITAKINI

No comments:

Post a Comment

Nyatakan komen dan pendapat anda di sini ..