Wednesday, 23 April 2014

Sah! Fiza Elite failkan permohonan cerai dengan Adam AF



Kontroversi keretakan rumah tangga Fiza Elite dan Adam AF akhirnya terungkai apabila satu sumber menyebut Fiza sudahpun menfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam minggu lalu.

Menurut sumber yang dipetik dari akhbar tabloid Harian Metro itu, kes permohonan cerai mereka bakal disebut pada isnin depan di mahkamah yang sama.

Fiza dan Adam selepas berkahwin
Ketika ini, cubaan untuk mendapat penjelasan daripada pasangan ini gagal kerana kedua-duanya mematikan telefon bimbit masing-masing.

Walaupun Adam dalam kenyataannya beberapa hari lepas mengatakan hubungan mereka baik-baik sahaja, namun satu luahan hati Fiza Elite di dalam Instagram beliau seolah-seolah membayangkan hubungan mereka yang kini kian goyah.

No comments:

Post a Comment

Nyatakan komen dan pendapat anda di sini ..