Wednesday, 23 April 2014

Lisa Surihani Jadi Hos HBO Sentral



Oleh Izzat Ismail. Sumber dari Murai, foto oleh Rotikaya.

Rezeki Lisa Surihani didalam bidang pengacaraan terus ditagih oleh sesetengah pihak. Terbaru, pelakon kesayangan ramai ini telah diberi peluang oleh syarikat penyiaran antarabangsa HBO untuk menjadi hos dalam satu slot khas HBO Sentral. Program bual bicara tersebut akan dibawakan dalam Bahasa Melayu sekaligus menjadikan Lisa sebagai hos pertama bagi slot berkenaan.

Program yang bertujuan khas untuk memberi peluang kepada para penonton mengenai rancangan-rancangan hebat atau blockbuster Hollywood bakal memberi pendedahan awal untuk penonton bagi membuat persediaan selain membantu mereka memilih filem yang berkualiti. Bakat Lisa didalam program bual bicara mula menyerlah setelah dia dijemput untuk berkongsi kejayaan menerusi  E! News Asia Special: Lisa Surihani,

Bukan itu saja, selebriti tempatan turut diberi peluang untuk muncul di dalam program tersebut sekaligus bakal mencerna idea selain berkongsi pendapat didalam industry perfileman Hollywood agar dapat diterapkan ke dalam industri tempatan. Diantara beberapa selebriti popular tanah air yang telah dijemput ialah Erra Fazira, Sherry Ibrahim, Hafiz Hamidun, Nabil Ahmad, Mila Jirin, Adam Korie, Raja Azura, dan Sharifah Shahirah .

Lisa sempat berkongsi kegembiraan dengan memberitahu ia merupakan satu penghormatan besar kerana dapat bekerjasama dengan saluran antarabangsa yang sudah terkenal di seluruh dunia. Bukan itu saja, dia cukup teruja untuk mula bekerja selain dapat memperluaskan lagi pengetahuan didalam industri perfileman terutama di Hollywood.

Untuk makluman, slot khas HBO Sentral  akan ditayangkan di saluran HBO/HBO HD atau Astro saluran 411/431 bermula 27 April ini pada  jam 7:15 malam dan siaran ulangannya pada 1 Mei ini (11 pagi) dan 2 Mei pada jam 8 malam. Episod bulanan seterusnya akan disiarkan pada 25 Mei, jam 7:20 malam dan ulangan pada 276 Mei, jam 9:40 malam

No comments:

Post a Comment

Nyatakan komen dan pendapat anda di sini ..