Friday, 7 February 2014

Terdesak Mahu Berkahwin, Fahrin Ahmad Buat Iklan Tepi Jalan

Jika disebut nama Fahrin Ahmad, pasti ramai wanita yang terbayangkan wajah seorang jejaka yang cukup kacak dan bergaya. Tidak dinafikan nama Fahrin Ahmad dikalangan aktres tempatan cukup dikenali dan dipuja oleh kaum hawa.
Namun jejak ini tidak terlepas dari terpalit soalan cepumas dari sesetengah orang baik media mahupun kenalan rapatnya mengenai isu rumahtangga.
Sedangkan bekas teman wanitanya iaitu Linda Onn dan Scha Alyahya juga sudah bergelar isteri dan berbahagia dengan pilihan masing-masing.
Sekitar tahun lepas, Fahrin pernah meluahkan hasratnya untuk mencari teman hidup dari kalangan guru sekolah namun sehingga kini masih belum ura-ura yang pelakon itu akan mengakhiri zaman bujangnya.
Bagaimanapun pada minggu lepas, Fahrin secara tiba-tiba memuat naik sekeping foto di Instagram menunjukkan dirinya sedang melamar di tepi jalan.
Foto yang berserta caption ‘The Proposal…. Will you???’ itu telah menarik perhatian sebahagian besar pengikutnya di laman sosial tersebut dan kebanyakannya menyatakan kesudian mereka untuk berkahwin dengan Fahrin.
Adakah Fahrin sudah bersedia untuk bergelar suami atau ianya sekadar gimik lakonannya untuk sesebuah drama atau filem sahaja?

No comments:

Post a Comment

Nyatakan komen dan pendapat anda di sini ..