Siapa yang tidak cemburu bila kekasih hati bermesraan dengan lelaki lain??
Begitula juga Qi Razali iaitu kekasih kepada Nelydia Senrose yang masih belum boleh menerima hakikat kemesraan gadisnya itu bersama Sharnaaz Ahmad dalam lakonan mereka menerusi drama terbitan Astro "Bukan Kerana Aku Tak Cinta"
Bagaimanapun, pengacara program ‘Art Attack’ ini memaklumkan dia masih berusaha untuk menerima situasi itu.
Sebelum ini tindakan Sharnaaz memuat naik beberapa keping gambar mesra bersama Nelydia di Instagram dengan tujuan untuk mempromosikan lakonan mereka menerusi drama tayangan Astro ‘Bukan Kerana Aku Tak Cinta’ membuatkan Qi bengang sehingga meluahkan perasaan yang tidak sepatutnya terhadap Sharnaaz menerusi laman sosial Twitter miliknya.
Namun setelah menyedari perbuatannya itu melebihi batasan, Qi telah memohon maaf terhadap Sharnaaz dan kini dia cuba untuk menerima perkara itu atas alasan kerja.

No comments:
Post a Comment
Nyatakan komen dan pendapat anda di sini ..