Friday 4 January 2019

(PANAS) RON95, RON97 turun 27 sen bermula selepas tengah malam ini 5 Januari 2019



KUALA LUMPUR: Mulai tengah malam ini, harga petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun sebanyak 27 sen.

Penurunan itu akan menyaksikan harga runcit bagi RON95 akan diturunkan daripada RM2.20 kepada RM1.93 seliter, manakala RON97 akan diturunkan daripada RM2.50 kepada RM2.23 seliter.

Harga runcit diesel pula akan diturunkan daripada RM2.18 kepada RM2.04 seliter.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata penetapan harga itu adalah bagi tempoh mulai esok sehingga 11 Januari ini.

No comments:

Post a Comment

Nyatakan komen dan pendapat anda di sini ..