Friday 14 November 2014

(MaharajaLawakMega2014): Sepahtu Ekori Rapat Peratusan Undian Virus

Belum lagi bermula gelanggang minggu pertama MLM 2014, undian terkini di lamanwww.maharajalawakmega.commenyaksikan saingan sengit antara dua kumpulan yang mempunyai pengaruh yang cukup besar menerusi program komedi di Astro.
Kumpulan Virus dan Sepahtu dilihat sedang memberi saingan sengit selepas beza satu peratusan undian yang hingga setakat hari ini. Jika sebelum ini Virus terus berada di tempat pertama dengan undian 33 peratus meninggalkan Sepahtu di tempat ketiga dengan 16 peratus, undian kini telah berubah dan menampakkan persaingan sengit antara dua kumpulan yang cukup berpengalaman ini.
Kumpulan Shiro kini berada di tangga ketiga selepas peratusan undian jatuh dari 17 peratus kepada 12 peratus. Namun lima kumpulan yang mendapat undian tertinggi masih lagi kekal seperti sebelum ini iaitu Virus, Sepahtu, Shiro, Bocey dan Sayot.


Belum lagi tirai minggu pertama MLM 2014 dibuka, persaingan atau perang undian kini telah bermula dan bakal menyaksikan siapa akan terus kekal di tempat pertama sehingga diumum keputusan undian terkini malam ini.
Apa pun, undian bergantung kepada persembahan mereka pada malam ini dan kedudukan serta peratusan undian akan sentiasa berubah mengikut prestasi 15 kumpulan yang bersaingan hebat di gelanggang MLM 2014.
Adakah kumpulan Virus akan kekal berada di tangga pertama undian atau bakal dipintas oleh kumpulan Sepahtu malam ini? Kumpulan mana pula bakal tersingkir akibat menerima undian terendah di minggu pertama MLM 2014?
Juga nantikan kemunculan empat barisan pengkritik dan juri yang akan mengadili 15 kumpulan hingga ke gelanggang akhir MLM 2014. Pastikan ada menonton program Maharaja Lawak Mega 2014 dengan tema bebas dan teruskan mengundi kumpulan kegemaran anda.
Maharaja Lawak Mega 2014 dihoskan oleh Dato’ Ac Mizal dan mula bersiaran secara langsung dari Dewan Teater Selangor, Shah Alam pada 14 November bermula jam 10 malam di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134). KUMPULANCERITAKINI

No comments:

Post a Comment

Nyatakan komen dan pendapat anda di sini ..