Saturday 29 November 2014

(ARTIS) Tahniah isteri Johan Raja Lawak selamat bersalin

Dikhabarkan, Ozlyn, isteri kepada Johan Raja Lawak, telah selamat bersalin hari ini. Ozlyn dikatakan telah selamat melahirkan bayi perempuan dengan berat 4 kilogram!

Berita gembira itu didedahkan oleh seorang jururawat, @east_rynna melalui akaun Instagram pasangan tersebut.

Followers² pasangan itu berebut-rebut mendesak agar jururawat itu mengambil gambar dan kongsikan dengan mereka. Sehingga ada yang begitu terdesak meminta jururawat terbabit menghantar gambar bayi pasangan terbabit secara Direct Message (DM).

Bagaimanapun, akaun jururawat berkenaan telah dipadamkan. Mungkin beliau bimbang jika Johan & Ozlyn mengambil tindakan undang-undang terhadapnya kerana mengambil gambar bayi mereka tanpa kebenaran.

Apa-apa pun, tahniah buat pasangan Johan & Ozlyn. Semoga kehadiran orang baru ini meriuhkan lagi keluarga anda.

P/s : Foto-foto bayi perempuan mereka akan dikemaskini kemudian. Harap bersabar ya.

Sumber asal : Blog Mymediahubonline & Portal Ohbulan





No comments:

Post a Comment

Nyatakan komen dan pendapat anda di sini ..