Lelaki warga emas yang menjadi mangsa amukan seorang wanita muda yang berang akibat kereta Peugeot 208 miliknya dilanggar telah memaafkan wanita tersebut.
Lihat Video : (WOW!!!!) Video Perempuan Mengamuk Kereta Kena Langgar Dikeji Pengguna Media Sosial
Lihat Video : (WOW!!!!) Video Perempuan Mengamuk Kereta Kena Langgar Dikeji Pengguna Media Sosial
Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abd Aziz Salleh berkata lelaki warga emas dalam lingkungan awal 60an itu memandu kereta Proton Wira dan secara tidak sengaja terlanggar kereta wanita dalam lingkungan akhir 20an berkenaan di sebuah tempat letak kereta di daerah tersebut.
“Wanita itu sudah pun membuat laporan polis berkenaan kemalangan itu namun lelaki tersebut tidak mahu membuat laporan polis kerana tidak mahu memanjangkan perkara tersebut malah dia juga telah memaafkan perbuatan wanita berkenaan,” kata Abd Aziz.Abd Aziz turut menjelaskan bahawa perkara ini masih lagi disiasat dan akan memanggil kedua-dua wanita dan lelaki warga emas berkenaan untuk tujuan siasatan.
Kemalangan kecil itu berlaku pada tengahari 14 Julai lalu telah menaikkan darah wanita tersebut kerana keretanya dilanggar lalu mengeluarkan pengunci stereng dan mengertak lelaki warga emas itu untuk membayar kepadanya ganti rugi sebanyak RM2000.
Video yang dirakamkan oleh Jessica Qie itu mula menjadi viral dan trending di laman sosial yang mengkeji tindakan yang amat biadap terhadap orang yang lebih berusia. Orang ramai marah dan kesal diatas sikap kasar perempuan itu yang memaki hamun lelaki tersebut dihadapan orang ramai seperti orang hilang pedoman.
No comments:
Post a Comment
Nyatakan komen dan pendapat anda di sini ..