Tuesday, 24 June 2014

(BERITA) Jiran selalu dengar tangisan pada waktu malam, tidak tahu itu OKU dikurung

Jiran selalu dengar tangisan pada waktu malam, tidak tahu itu OKU dikurung
Beberapa jiran memberitahu bahawa mereka hanya mengetahui keadaan Muhamad Firdaus setelah keluar berita mengenainya -Foto Bernama


KUALA LUMPUR: Penduduk rumah pangsa di Taman Semarak, Nilai, tempat remaja OKU, Muhamad Firdaus Dullah, 15 dikurung mendakwa ada mendengar tangisan mangsa pada waktu malam.

Namun, rata-rata penduduk yang berkata mereka tidak menyangka bahawa ia datangnya dari Muhamad Firdaus.

Antara jiran yang ditemui Astro AWANI memberitahu bahawa mereka hanya mengetahui keadaan Muhamad Firdaus setelah keluar berita mengenainya.

Ada beberapa kanak-kanak yang mengenali Muhamad Firdaus turut mengakui bahawa mereka pernah terlihat mangsa memanggil dan menangis dari tingkap rumah, ketika mereka sedang bermain bola di padang flat berkenaan. KUMPULANCERITAKINI

No comments:

Post a Comment

Nyatakan komen dan pendapat anda di sini ..