Saturday, 12 April 2014

Terkini: The Rock Maut Terjatuh Ketika Penggambaran Fast & Furious 7 Di New Zealand

Sebuah fanpage Facebook mendakwa pelakon dan penggusti terkenal, Dwayne Johnson meninggal dunia selepas terjatuh ketika penggambaran Fast & Furious 7 di New Zealand. 

Bagaimanapun, dakwaan itu disahkan tidak benar dan hanya merupakan satu penipuan bertujuan mendapatkan trafik banyak ke satu website yang tidak diketahui nama dan isi kandungannya. Mari baca penafian penuh pemalsuan berita kematian The Rock yang dikongsikan oleh portal theepochtimes beberapa hari lepas. 

Untuk info penting, jika newsfeed Facebook anda menerima perkongsian sebuah video tentang kematian pelakon kacak ini, jangan buka dan kongsi sama sekali kerana video tersebut akan memuat-turun dan menyebarkan virus malware atau software tidak berguna di akaun Facebook anda.

No comments:

Post a Comment

Nyatakan komen dan pendapat anda di sini ..