KUALA LUMPUR: Siasatan awal polis mendapatienam pengunjung konsert matidalam tempoh 10 minit selepas mengambil dadahecstacyjenis baharu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata dadah jenis baharu itu didapati baru berada dalam pasaran negara ini dan kemungkinan sedang diuji sindiket dadah.
Katanya, siasatan polis mendapati mereka berkongsi dadah itu yang dijual kepada pengunjung konsert FestivalFuture MusicAsia 2014 (FMFA) di Stadium Nasional Bukit Jalil di ibu negara dengan harga tertentu.
"Hasil siasatan dan saringan awal daripada ujianhospital, kesemua mereka positif dadah jenis methampetamine dan ampetamine," kata Noor Rashid kepada pemberita, Isnin.
Awal pagi Sabtu lepas, enam orang termasuk tiga wanita, meninggal dunia akibat pengambilan dadah selepas mengalami sesak nafas ketika menonton konsert berkenaan manakala 15 individu lagi dirawat di hospital. Ekoran insiden itu, konsert itu yang sepatutnya berlangsung tiga hari dibatalkan pada hari terakhir Ahad.
Mereka dirawat di Hospital Kuala Lumpur, Pusat PerubatanUniversiti Kebangsaan Malaysiadan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) manakala seorang dibenarkan keluar daripada PPUM, Ahad.
Noor Rashid berkata sebelum insiden itu, polis telah menahan 40 orang iaitu sembilan orang, masing-masing memilikiecstacydan ganja manakala 22 orang disyaki mengambil dadah yang jenisnya belum dikenal pasti.
"Mereka yang ditahan kerana memilikiecstacyiaitu empat warga asing dan lima warga tempatan, memiliki ganja dua warga asing dan tujuh warga tempatan manakala 22 orang lagi iaitu enam warga tempatan dan 16 warga asing antaranya dari Zimbabwe, Australia, Indonesia danIndia," katanya.
Beliau berkata berdasarkan kajian Pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) mendapati dadah baharu terhasil setiap dua minggu.

Berita mula diterbitkan pada: Mac 17, 2014 21:16 (MYT)
No comments:
Post a Comment
Nyatakan komen dan pendapat anda di sini ..