Wednesday, 19 March 2014

MH370: Hasil siasatan simulator milik Kapten Zaharie akan didedahkan - Hishammuddin

SEPANG: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjelaskan pendedahan hasil siasatansimulatormilik Kapten Zaharie Ahmad Shah akan dibuat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam masa terdekat.

Hishammuddin berkata pendedahan mengenai hasil siasatan berhubung simulator yang diambil di rumah juruterbang pesawat MH370 itu akan dibuat oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Pihak Ketua Polis Negara akan membuat pendedahan mengenai simulator yang kini masih dalam siasatan," katanya pada sidang media di hotel Sama-Sama di sini, hari ini.

Sabtu lalu, pegawai penyiasat PDRM mengambil simulator penerbangan Kapten Zaharie Ahmad Shah di rumahnya diShah Alam.

Ia kemudian dipasang semula semalam di ibu pejabat Bukit Aman bagi mencari petunjuk kehilangan MH370 yang masih misteri.

Berita Harian dalam laporannya hari ini mendedahkan landasan lapangan terbangDiego Garciamilik Amerika Syarikat antara lima penemuan pasukan penyiasat dalam program simulator milik Zaharie.

Akhbar itu memetik sumber yang berkata,penyiasatan mengambil kira penemuan itu sebagai satu daripada elemen siasatan berhubung kehilangan pesawat MH370 yang dipandu oleh Zaharie.

Selain landasan lapangan terbang Diego Garcia, siasatan itu juga menemui landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives dan tiga lagi landasan di India danSri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan 1,000 meter.

Pesawat Boeing 777-200ER milikMalaysia Airlines(MAS) yang dalam penerbangan ke Beijing hilang sejak awal pagi Sabtu dan masih belum ditemui sehingga hari ini.

Berita mula diterbitkan pada: Mac 18, 2014 18:26 (MYT)


Read more at:ASTRO AWANI

No comments:

Post a Comment

Nyatakan komen dan pendapat anda di sini ..