diguna oleh Malaysia Airlines (MAS) untuk laluan Kuala Lumpur-Beijing-Kuala
Lumpur akan diganti kod baharu bermula esok.
Syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini, berkata langkah menghentikan
penggunaan kedua-dua kod tersebut sebagai menghormati 239 penumpang dan kru
pesawat MH370 yang dilapor hilang pada 8 Mac lepas ketika dalam penerbangan dari
ibu negara Malaysia ke Beijing.
Operasi mencari besar-besaran antarabangsa yang dilakukan dari udara dan
laut sehingga kini belum membuahkan hasil.
Menurut kenyataan itu MAS akan menggunakan kod MH318 bagi penerbangan Kuala
Lumpur-Beijing dan MH319 untuk Beijing-Kuala Lumpur.
"Kekerapan penerbangan kami tidak berubah dan kami akan terus melakukan dua
penerbangan sehari ke Beijing.
"Ingatan dan doa kami kekal bersama-sama keluarga rakan-rakan sekerja kami
dan juga penumpang MH370," kata MAS.
-- BERNAMA
CS MAM NM
03/13/2014 13-24ST
No comments:
Post a Comment
Nyatakan komen dan pendapat anda di sini ..