KUALA LUMPUR:Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberi jaminan operasi mengesan pesawatMalaysia Airlinespenerbangan MH370 yang disahkan hilang di selatan Lautan Hindi akan diteruskan.
Beliau memberikan jaminan itu melalui mesejnya diTwittermalam tadi, tidak lama selepas kedudukan terakhir pesawat Boeing 777-200 itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada dunia.
"Saya sangat memahami tidak ada kata-kata yang dapat mententeramkan ahli keluarga #MH370. Seluruh dunia bersama anda pada saat-saat sukar ini," katanya dalam mesej pertama.
Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan mengetuai jawatankuasa teknikal operasi mengesan dan menyiasat kehilangan pesawat yang gagal dikesan sejak 8 Mac lalu memberikan sidang media perkembangan operasi hampir setiap hari.
Dalam sidang medianya lebih kurang empat jam sebelum pengumuman Najib malam tadi, Hishammuddin antara lain memaklumkan mengenai penemuan dua objek di kawasan carian di selatan Lautan Hindi yang mungkin ada kaitan dengan pesawat MH370 oleh pasukan pencari dari Australia.

Berita mula diterbitkan pada: Mac 25, 2014 01:15 (MYT)
No comments:
Post a Comment
Nyatakan komen dan pendapat anda di sini ..