Minggu kedua Skool of Lawak menerima kejutan besar selepas enam pelajar iaitu Alang, Zahir, Ramli, Pian, Ateh dan Ku telah diumumkan sebagai peserta yang tersingkir.
Dengan bertemakan “Lawatan Sambil Belajar”, sebelas kumpulan iaitu Jasmin, Melati, Dahlia, Kenanga, Kekwa, Orkid, Mawar, Seroja, Kemboja, Melur dan Cempaka mereka bersaing hebat untuk membuktikan idea persembahan mereka mendapat perhatian barisan juri sekaligus mendapat undian yang tinggi daripada para penonton.
Tiga kumpulan yang menerima undian terendah pada minggu kedua Skool of Lawak adalah Kemboja, Cempaka dan Mawar. Nama mereka yang tersingkir telah diumumkan sendiri oleh pengetua Skool of Lawak iaitu Othman Hafsham selepas memberi peluang kepada para pelajar untuk memperbaiki persembahan mereka sejak di minggu pertama bermula Skool of Lawak.
Dengan penyingkiran enam pelajar sebentar tadi, maka secara automatik membuka ruang kepada 27 pelajar yang lain untuk terus bersaing hebat merebut tempat sehingga ke gelanggang akhir Skool of Lawak.
Jangan lupa untuk teus menonton dan menyokong program Skool of Lawak yang dihoskan oleh Jep Sepahtu dan Johan, setiap hari Jumaat bermula jam 10 malam di Studio Satu, Astro menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).
Layari www.skooloflawak.com.my untuk info terkini!
No comments:
Post a Comment
Nyatakan komen dan pendapat anda di sini ..