Thursday 20 February 2014

Pulang Dari Umrah, Johan Elak Cerita Perkara Menakutkan Di Mekah



Sedia maklum, baru-baru ini pelawak dari kumpulan Jozan iaitu Johan telah mengerjakan Umrah bersama isteri pada bulan Januari lalu.

Selepas pulang dari tanah suci Mekah, pelawak kelahiran Ampang, Selangor ini mengakui cuba mengelak dari bercerita perkara menakutkan kepada rakan-rakan seagama yang belum belum pernah lagi menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah.

Menurut Johan atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim berkata dia tidak mahu perkara-perkara menakutkan itu akan membataskan niat umat Islam yang lain untuk mengerjakan Umrah atau Haji kelak.

"Sesungguhnya kota suci Mekah merupakan tempat yang paling tenang yang pernah saya jejak dan saya bersyukur kerana segala urusan saya di sana dipermudahkan.

"Malah sepanjang di sana saya dapat rasa inilah nikmat yang paling baik yang pernah Allah kurniakan terhadap diri saya.

"Saya tahu ada orang yang punya kisah tersendiri apabila berada di sana tetapi saya sendiri tidak pernah menceritakan perkara-perkara yang menakutkan di sana. Yang penting niat kita," ujar Johan ketika Majlis Wrap Part Propaganza baru-baru ini.

Beberapa hari sebelum tiba di tanah suci Mekah, mahkamah telah memutuskan Johan memenangi saman RM1 juta terhadap pengarah filem Mohd Javed Mohd Nizar dan produksi Juara Film Production Sdn Bhd berikutan kes pergaduhan sehingga melibatkan kecederaan.

Dalam pada itu, Jozan turut memberi semangat dan kata-kata positif kepada rakan-rakannya bahawa semua umat Islam layak menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah dan tidak timbul soal sudah bersedia atau tidak.
"Sebenarnya nak pegi sana bukan tunggu sudah bersedia atau tidak. Cuma orang yang hendak menjejakkan kaki ke sana pasti takut dengan dosa yang banyak yang pernah di lakukan.

"Bagi saya itu tidak ada masalah kerana tujuan kita ke sana pun hendak mencuci dosa-dosa lalu dan sesungguhnya  Allah itu Maha Pengampun," luahnya lagi sebelum mengakhiri perbualan.
Johan dan isterinya Ozlyn Wati mengerjakan Umrah pada 10 Januari lalu. 

No comments:

Post a Comment

Nyatakan komen dan pendapat anda di sini ..