Sedikit ralat menerusi artikel sebelum, pelawak Nabil Ahmad yang dikecam gara-gara kandungan lawaknya
terhadap juri tetap Luna Maya minggu lalu telah tampil memohon maaf secara terbuka menerusi program
MeleTOP episod 67 yang lalu.
Menurut Nabil menerusi video berdurasi 50 saat ini, dia meminta maaf secara terbuka kepada Luna Maya dan para penonton MLM 2013 kerana lawaknya yang agak agresif dan melukakan hati umum yang menonton gelanggang separuh akhir MLM 2013.
Tahniah buat Nabil Ahmad yang sedia meminta maaf secara terbuka kepada Luna Maya dan para penonton MLM 2013. Diharapkan isu yang berlaku tidak diperbesarkan dan semoga semuanya berjalan lancar di gelanggang akhir MLM 2013.
Kepada para pembaca jom tonton video Nabil Ahmad memohon maaf secara terbuka ini sekarang!

No comments:
Post a Comment
Nyatakan komen dan pendapat anda di sini ..