Wednesday, 26 February 2014

DUIT BR1M 3.0 DIBAYAR PALING LEWAT 15 MAC 2014 -JANGAN RISAU-

BR1M 2014

JIKA ANDA MASIH BELUM DAPAT DUIT BR1M 3.0 PADAHAL TAHUN LEPAS (2013) ANDA MENERIMA BR1M 2.0 KERAJAAN AKAN BANK IN DUIT KEPADA ANDA SEBELUM ATAU PADA 15 MAC 2014 UNTUK SEMUA JENIS BANK
Kerajaan telah mula membayar BR1M 3.0 pada hari Jumaat yang lalu 21 Februari 2014 untuk penerima yang berstatus bujang. Namun ada juga rakan-rakan admin yang merupakan pengguna laman sosial Facebook merungut kerana duit BR1m 2014 masih belum masuk padahal tahun 2013 yang lalu, mereka layak menerima dan diberi melalui baucer.

Begini, kerajaan Malaysia pimpinan Barisan Nasional menerusi akaun Facebook telah membuat pengumuman yang berkata, ” Jika sesiapa yang masih belum menerima BR1M, ia akan diagihkan dalam tempoh 20 hari bermula dari 22 Feb 2014.”
Jadi anda semua yang masih belum dapat duit Bantuan Rakyat 1 Malaysia 3.0 tak perlu gusar. Kerana duit anda akan dibayar sebelum atau pada 15 Mac nanti. =)

Untuk Sebarang Pertanyaan, Anda Boleh Hubungi talian Berikut
TALIAN BR1M : 1-800-88-2716
INSURAN BR1M (i-BR1M) : 03-2716 2716


Sumber : BELUM DAPAT DUIT BR1M 2014 JANGAN RISAU KERAJAAN BAYAR 

No comments:

Post a Comment

Nyatakan komen dan pendapat anda di sini ..