Friday, 21 February 2014

Dua Cara Untuk Buat Semakan BR1M 3.0 Online 2014 bagi yang belum dapat.

Memang ramai orang tertanya2 apakah keputusan BR1M 3.0 2014? Samada layak atau tidak? Kerana sistem kerajaan sekarang mudah dengan menyalur masuk ke dalam akaun bank kepada mereka yang layak. 

Tetapi bagaimana pula bagi mereka yang was-was samada layak atau tidak? Orang lain sudah dapat duit tapi ada yang masih bertanya-tanya "saya ni layak ka dpt BR1M?" ,"macam mana nak tahu ya?", "di mana saya boleh semak keputusan ni?", "takkan sudah masanya masuk duit baru nak semak?", "mcm mana ni?" dan mcm2 lagi persoalan. 

Jika kita buat carian di internet tiada juga jawapan.. :( terpaksalah tunggu sehinggala waktu duit BR1M masuk sendiri ke dalam akaun dan juga bagi yang tiada akaun terpaksa tunggu 20 hari untuk tuntut. 

Apapun, s
etakat ini terdapat dua cara untuk membuat semakan  Semakan BR1M 2014. Iaitu:

  • 1) Talian Hotline BR1M 3.0 2014 : Hubungi talian BR1M 2014 di nombor 1-800-88-2716 (jam 9 pagi – petang, ISNIN – JUMAAT Mulai FEBRUARI 2014.) 
  • 2) Emel BR1M 3.0 2014 : Anda juga boleh semak keputusan Br1M 2014 menerusi emel ke br1m3@treasury.gov.my atau br1m2@treasury.gov.my Mulai FEBRUARI 2014. Maklumkan nama penuh & nombor kad pengenalan anda di mana setiap emel yang dihantar anda akan dibalas antara 2-3 hari bekerja.
Oleh kerana masa pun suntuk, anda boleh lah guna cara yang pertama iaitu terus telefon ke talian hotline BR1M.

Di harap dapat lah membantu anda semua. Tahniah kepada yang layak dan kepada yang tidak dapat cuba lagi di tahun hadapan sementara Najib & BN masih memerintah selama itulah dapat bantuan.

Link Berkaitan : 
semakan BR1M 2014 online , 
mari semak semakan status br1m online.html#

No comments:

Post a Comment

Nyatakan komen dan pendapat anda di sini ..