Wednesday 2 January 2019

(BSH) MAKLUMAT PENTING! Sila Semak Cara Kemaskini kerana Pembayaran Fasa Pertama BSH 2019 akan dibuat mulai 28 Januari 2019

Butiran Cara Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2019
  • Kerajaan akan guna database lama. Ini bermakna sesiapa yang dapat duit bayaran bantuan sara hidup pada tahun 2018 lepas, 28 Januari 2019 akan dapat juga.
  • Kerajaan Malaysia tidak sempat untuk kemaskini database mereka untuk membolehkan anda dapat pembayaran bantuan sara hidup BSH lebih awal sebelum Raya Cina
  • RM300 akan diberikan pada sesiapa yang layak
  • Duit bayaran melibatkan setiap anak dapat Rm120 (4 orang anak maksimum) akan diberikan pembayaran bantuan sara hidup rakyat pada FASA 2 dan FASA 3

4 Langkah Check Duit Bantuan Sara Hidup Masuk Akaun

  1. Yang tiada nombor akaun bank, sila tunggu surat kelulusan beserta baucar untuk anda tunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran dengan anda
  2. Jikalau belum menerima sebarang surat kelulusan boleh maklumkan kepada pihak LHDN untuk tindakan selanjutkan
  3. Yang mana ada nombor akaun, lebih mudah mekanismenya. Duit bantuan sara hidup masuk akaun bank lebih cepat kredit berbanding yang terima baucer.
  4. Jikalau anda masih tidak menerima bayaran bantuan sara hidup (BSH malaysia), sila laporkan kepada kakitangan Lembaga Hasil Dalam negeri LHDn yang bertugas. Anda perlu bawa penyata bank terkini untuk tujuan pengesahan
Nasihat kami biar berpada ketika berbelanja wang ini. Gunakan pada keperluan yang penting terlebih dahulu. Ini kerana bermula tahun hadapan, sistem baru akan diperkenalkan oleh kerajaan baru pimpinan Tun Mahathir Mohamad.
Hanya yang benar-benar layak diutamakan. Ini bermakna jikalau anda dapat tahun ini, bukan bermakna anda dapat kelayakan dan keistimewaan untuk dapat pada tahun 2019 juga.
P/S : Nanti kemaskini terus daripada dengan share di Whatapps dan Facebook anda.

MAKLUMAN PENTING
  1. Semua maklumat yang dilaporkan dalam permohonan Bantuan Sara Hidup Rakyat menjadi hak milik Kerajaan dan boleh digunakan untuk tujuan rasmi Kerajaan.

MAKLUMAN TERKINI
  1. Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) boleh dibuat dimana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
  2. Cetakan Salinan Surat Makluman Lulus Fasa 3 boleh dibuat di Cawangan LHDNM mulai:
    1. 24 September 2018 - Permohonan Lulus Fasa 3 yang tidak mempunyai maklumat akaun.
    2. 1 Oktober 2018 - Permohonan Lulus Fasa 3 dengan status pembayaran gagal kredit ke akaun.
  3. Pembayaran Fasa 3 BSHR 2018 adalah mulai 15 Ogos 2018 (Rabu) yang akan dibuat secara berperingkat. Pemohon yang mengemukakan maklumat akaun bank dan berjaya kredit semasa pembayaran Fasa 2 atau ada mengemaskini maklumat akaun bank, pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank yang telah didaftarkan. Manakala bagi pemohon yang tiada akaun bank, surat baucar akan diposkan kepada pemohon dan pembayaran adalah secara tunai di kaunter BSN dengan membawa surat baucar berkenaan.
  4.  Tarikh akhir penunaian BSH 2018 dilanjutkan sehingga 14 Disember 2018. Penunaian boleh dibuat di mana-mana Cawangan BSN.
  5.  Tempoh kemas kini waris BSH 2018 di LHDNM adalah sehingga 15 Januari 2019. Manakala tarikh akhir tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BSH 2018 di mana-mana Cawangan BSN adalah sehingga 31 Januari 2019.
  6.  Makluman rasmi tarikh pendaftaran permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) dalam tempoh terdekat.
  7.  Talian bebas tol BSH akan ditukar daripada 1-800-88-2716 (BR1M) kepada 1-800-88-2747 (BSHR) mulai 27 Disember 2018.
  8.  Pembayaran Fasa Pertama BSH 2019 akan dibuat mulai 28 Januari 2019 bagi pemohon yang lulus semasa BSH 2018.
    1. Kategori pemohon lulus BSH 2018 yang layak menerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019 adalah seperti berikut:
      • • Berkahwin (Pemohon dan Pasangan adalah warganegara Malaysia); atau
        • Ibu bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; atau
        • Warga emas sebatang kara
    2. Kategori Pemohon lulus BSH 2018 yang tidak layak menerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019 adalah seperti berikut:
        • Berkahwin (Pasangan bukan Warganegara Malaysia); atau
        • Bujang / Ibu bapa tunggal tiada tanggungan; atau
        • Bujang yang mempunyai tanggungan

    Bagi pemohon yang tidak layak menerima pembayaran Fasa pertama BSH 2019, perlu membuat permohonan baru BSH 2019 sekiranya memenuhi syarat kelayakan. Manakala pemohon yang layak menerima Fasa pertama BSH 2019, perlu membuat kemas kini permohonan BSH 2019 dengan maklumat yang betul dan terkini. Permohonan baru dan kemas kini BSH 2019 boleh dibuat semasa tempoh pendaftaran yang akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF).

No comments:

Post a Comment

Nyatakan komen dan pendapat anda di sini ..