Wednesday 2 January 2019

(BSH) Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 : Semakan Permohonan Rayuan BSH Online


Bagaimana Cara Buat Semakan Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019. Check Status Lulus atau Tidak selepas permohonan rayuan bantuan sara hidup rakyat
Nampaknya berita gembira buat rakyat Malaysia, apabila kerajaan Pakatan Harapan akan teruskan bantuan Rakyat 1 Malaysia atau BRIM tetapi digantikan dengan nama baru.
Dengan peruntukkan dana yang bernilai berbilion ringgit Malaysia, anda yang layak akan menerima pembayaran pada tarikh yang telah ditetapkan walaupun negara Malaysia kita sekarang ini sedang berhadapan dengan masalah hutang negara Malaysia yang cukup tinggi.
Ini kerana kerajaan Pakatan Harapan, golongan gaji dan pendapatan rendah perlu dibantu buat masa sekarang ini bagi meningkat perbelanjaan boleh guna rakyat Malaysia hari ini.
Tindakan ini memberikan kesan baik kepada rantaian ekonomi setempat dan tidak membebankan
Pengumuman Bantuan Sara Hidup Rakyat di Bajet 2019


  • Yang isi rumah gaji dan pendapatan RM2 ribu ke bawah : RM1 Ribu
  • Yang isi rumah gaji dan pendapatan RM2,001 hingga RM3 ribu : RM750
  • Yang isi rumah bawah RM4 ribu : RM500
Bagaimana Cara Permohonan Rayuan Bantuan Sara Hidup Rakyat

1. Apa yang perlu anda lakukan dengan melayari portal rasmi yang telah disediakan buat masa ini seperti pada pautan yang dikongsikan di bawah ini :
2. Masukkan nombor kad pengenalan yang telah anda daftarkan dan tekan butang Log masuk
3. Bagi memastikan sistem online yang disediakan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF Malaysia) tidak diceroboh sewenang-wenangnya, anda perlu menjawab dua soalan keselamatan. Jika berjaya, anda akan dibawa ke halaman yang anda mula melakukan semakan bantuan sara hidup rakyat terhadap info dan maklumat yang anda perlukan
4. Anda perlu tekan menu pada Semakan Status secara online samada anda lulus atau tidak
5. Jika anda menghadapi sebarang masalah boleh cuba hubungi kakitangan Kementerian Kewangan Malaysia yang bertugas seperti yang tertera pada butiran di bawah ini :
Ataupun anda boleh juga terus pergi ke mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN yang berhampiran dengan anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Berdasarkan pembentangan Bajet 2019 ini adalah pengumuman terkini bayaran BSH seperti di bawah ini :
NOTA : Berita baik untuk sesiap yang ada anak anda akan dapat tambahan RM120 untuk setiap seorang (maksimum 4 orang sahaja tetapi tida had jikalau anda ada anak oku)
Buat makluman anda semua, KumpulanCeritaKini difahamkan sebarang rayuan tidak akan diterima muktamad. Jikalau anda gagal, buat makluman anda sebarang rayuan bantuan sara hidup rakyat ditutup buat masa ini.
5 Langkah dan Cara Semakan Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019
  • Semakan Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 Online : KLIK SINI
  • Sekretariat Bantuan Sara Hidup Rakyat Pejabat Bajet Negara Malaysia Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) Presint 65292 Putrajaya Malaysia,
  • Hotline MOF : 03-88824565 dan 03-88824566
  • Hotline LHDN : 1-800-88-2716
  • NOTA : Nasihat kami adalah, supaya anda mesti kemaskini butiran terkini mengenai diri anda dengan info yang terkini supaya tiada sebarang kesulitan dan masalah

No comments:

Post a Comment

Nyatakan komen dan pendapat anda di sini ..