Monday, 17 February 2014

ZIZAN RAZAK DAN EMMA MAEMBONG BAKAL BERNIKAH

gambar-selebriti-sekitar-karpet-merah-anugerah-meletop-era-2013-1
Pastinya peminat pelakon dan pengacara terkenal, Zizan Razak dan pelakon cantik Emma Maembong mengetahui hubungan mesra pasangan ini. 
Jika sebelum ini mereka menafikannya, namun sekarang Zizan tidak menafikan akan menamatkan zaman bujang dengan kekasihnya Emma dalam masa terdekat.
Memetik sumber, Zizan berkata, dia memberi tempoh selama setahun untuk melihat perjalanan kerjaya masing-masing sebelum membuat keputusan mendirikan rumah tangga.
“Saya masih berfikir jauh untuk berkahwin, takut kalau cakap tidak jadi pula, kalau ada rezeki Insya-Allah saya akan beritahu.
“Buat masa ini saya ingin lihat perjalanan kerjaya kami selama setahun ini terlebih dahulu, lagi pula kedua-dua pihak belum lagi menetapkan sebarang tarikh untuk adakan apa-apa majlis sepanjang tahun ini,” katanya.
Sementara itu, Zizan yang baru sahaja terkait dengan gosip kononnya bersekedudukan dengan wanita itu menganggap ia sebagai cabaran sebagai seorang selebriti. Dia juga reda dan bersedia menjawab perkara tersebut dengan tenang.
p/s: bertuahnya jadi Zizan, dah la popular.. bakal isteri pun cantik orangnya, hehe

No comments:

Post a Comment

Nyatakan komen dan pendapat anda di sini ..