Monday, 17 February 2014

SHUHADA AF2013 DITANGKAP POLIS KERANA CURI BASIKAL?

artis Akademi Fantasia1
Seorang artis lelaki kelahiran program realiti popular dicekup bersama tiga rakannya selepas dipercayai cuba menjual basikal curi sebelum perbuatan mereka dikesan polis yang melancarkan Op Cantas Khas. 
Artis berusia 22 tahun itu ditahan bersama tiga rakannya jam 2.30 petang kelmarin di sebuah kafe di bandar raya ini bersama sebuah basikal jenis ‘Bianchi’ dipercayai barangan dicuri dalam kejadian di sebuah rumah di Kingfisher, Menggatal, dekat sini, Rabu lalu.
Difahamkan, semua suspek berusia antara 19 dan 27 tahun dikesan berada di kafe di Lintas sebelum dihampiri sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.
artis Akademi Fantasia4
Sebaik memperkenalkan diri, semua mereka terkejut dan gagal meloloskan diri lalu ditahan. Pemeriksaan menemui beberapa barangan dipercayai hasil kegiatan pecah rumah. Semua mereka kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Jauteh Dikun ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan siasatan lanjut sedang dilakukan.
p/s: artis pun dah terdesak sampai sanggup mencuri..

No comments:

Post a Comment

Nyatakan komen dan pendapat anda di sini ..