Thursday, 13 February 2014

Tahniah ! warga Pakistan dalam kes merogol Norikoh telah dibebaskan.

Masih ingatkah kita lagi berkaitan seorang peniaga warga Pakistan berusia 40 tahun didakwa di atas 
pertuduhan menyebabkan kematian seorang gadis berusia 16 tahun di Kota Marudu tahun 2012?Arwah bernama Norikoh. 

Ucapan TAHNIAH! kerana........

Hari ini dalam akhbar harian express bersamaan 13 Februari 2014, menyatakan Kota Kinabalu, Mahkamah Sesyen, di sini, sebentar tadi membebaskan seorang warga Pakistan yang dituduh menyebabkan kematian seorang remaja perempuan berusia 16 tahun di Kota Marudu, dua tahun lalu.

Hakim Ishak Bakri, membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan wujud kes prima facie terhadap tertuduh. Tertuduh, Amir Ali Khan Nawatay sebelum ini dituduh mengikut Seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 10 tahun, denda atau kedua-duanya atas dakwaan menyebabkan kematian Norikoh Saliwa pada 25 November 2012.

Ishak bagaimanapun memerintahkan Amir dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut selepas Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin memberitahu mahkamah pasport Amir tamat tempoh sepanjang ditahan reman.


No comments:

Post a Comment

Nyatakan komen dan pendapat anda di sini ..