Thursday, 13 February 2014
Black Sangka Isteri Hamil Tapi Rupanya Demam Denggi
Mengharapkan berita baik, Tapi berita buruk yang diterima.. Inilah yang berlaku kepada Black penyanyi yang popular dengan lagu ‘Takkan Terpisah’.
Pada awalnya isteri Black, Naquia yang mengalami simptom demam dan muntah-muntah disangkakan telah hamil, Namun apabila demamnya semakin teruk pemeriksaan mendapati isteri Black telah dijangkiti demam denggi.
“Pada mulanya saya sangka isteri mengandung kerana sebelum itu doktor memberitahu terdapat simptom Naquia hamil tetapi kami perlu tunggu sebulan lagi untuk mendapatkan kepastian.
“Bagaimanapun keadaannya semakin buruk sejak dua hari lalu apabila demamnya tidak kebah dan sentiasa muntah-muntah membuatkan saya cemas dan membawanya ke hospital,”
Menurut Black, dia bernasib baik kerana membawa isterinya mendapatkan rawatan awal memandangkan demam denggi boleh membawa maut jika tidak dirawat.
Difahamkan, keadaan isterinya sudah semakin pulih dan dibenarkan pulang, namun Black meminta isterinya berehat di hospital bagi mendapatkan rawatan susulan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Nyatakan komen dan pendapat anda di sini ..