Tuesday, 18 February 2014

SHARING IS CARING: Cegah Melayari dan Memuat Turun Aplikasi Berunsur Pornografi

SHARING IS CARING: Cegah Lawat dan Muat Turun Aplikasi Berunsur Pornografi

Kebebasan yang diberikan oleh ibu bapa terhadap anak-anak mengguna gajet  tanpa pemantauan mampu mengundang bahaya dan masalah sosial lain. Ramai ibu bapa menganggap anak-anak berusia lingkungan 5 hingga 15 tahun ini adalah naif dan tidak berani melayari laman sesawang yang tidak sesuai dengan umur mereka.

Hakikatnya seperti yang dilaporkan dalam sebuah akhbar baru-baru ini, anak-anak pada peringkat umur begitu bukan sahaja cekap mengendalikan gajet seperti telefon pintar dan tablet, malahan mereka berani memuat turun aplikasi berunsur lucah kerana rasa ingin tahu dan tiadanya pengawasan oleh golongan yang lebih dewasa.

Berikut disertakan beberapa tip yang boleh membantu ibu bapa mengawasi dan memantau kegiatan anak-anak ketika menggunakan gajet:

1. Tetapkan peraturan di dalam keluarga supaya setiap kali anak-anak ingin bermain atau menggunakan gajet tersebut, pastikan ibu bapa ada disisi mereka dan jangan benarkan mereka bermain bersendirian di dalam bilik atau sudut yang sukar dilihat.

2. Tetapkan enjin carian anda kepada mod “carian selamat” (safe search): Kepada pengguna Google sila ke http://www.google.com/familysafety/; pengguna Bing boleh ke http://www.bing.com/preferences.aspx; dan jika anda menggunakan lain-lain enjin carian, sila ke tetapan keselamatan yang disediakan dan cari fungsi seperti yang dinyatakan.

Jika anak-anak menggunakan perkhidmatan seperti Youtube, pastikan anda membuat tetapan mod “selamat” (safe) yang sama juga ke atas platform tersebut. 

3. Secara berkala, periksa browser history pada gajet anak-anak anda. Jika terdapat alamat sesawang yang mencurigakan, periksa laman tersebut. 

Terdapat juga fungsi-fungsi di dalam browser seperti  “Clear browsing history”, “Clear download history”, “Delete cookies and other site and plug-in data” atau “Empty the cache” yang membantu memadam sejarah lawatan ataupun data yang tidak diingini.

4. Terhadkan capaian anak-anak di dalam rangkaian sosial hanya kepada rakan-rakan yang mereka kenali sahaja. Buat tetapan “sulit” (private) kepada akaun peribadi mereka supaya orang luar tidak semudahnya mencuri gambar atau maklumat yang terdapat di dalam akuan tersebut bagi tujuan yang tidak baik. 

5. Periksa semua gambar dan aplikasi yang dimuat turun di dalam telefon pintar atau tablet milik anak-anak. Anda boleh memuatnaik perisian yang boleh mengesan dan menghalang aplikasi yang tidak sesuai daripada dimuat naik ke dalam gajet anak-anak.

6. Sebagai ibu bapa, anda merupakan penyelesaian yang paling berkesan. Luangkan masa dengan anak-anak dan adakan perbualan hati ke hati dengan mereka. Beritahu mereka mengapa memiliki gambar atau aplikasi yang berunsur pornografi itu salah dan kesannya kepada mereka apabila dewasa nanti. 

Pasti dengan kaedah yang sesuai serta penjelasan yang jelas anak-anak akan faham dan mereka tidak akan melakukannya lagi.Kebebasan yang diberikan oleh ibu bapa terhadap anak-anak mengguna gajet tanpa pemantauan mampu mengundang bahaya dan masalah sosial lain. Ramai ibu bapa menganggap anak-anak berusia lingkungan 5 hingga 15 tahun ini adalah naif dan tidak berani melayari laman sesawang yang tidak sesuai dengan umur mereka.

Hakikatnya seperti yang dilaporkan dalam sebuah akhbar baru-baru ini, anak-anak pada peringkat ...umur begitu bukan sahaja cekap mengendalikan gajet seperti telefon pintar dan tablet, malahan mereka berani memuat turun aplikasi berunsur lucah kerana rasa ingin tahu dan tiadanya pengawasan oleh golongan yang lebih dewasa.

Berikut disertakan beberapa tip yang boleh membantu ibu bapa mengawasi dan memantau kegiatan anak-anak ketika menggunakan gajet:

1. Tetapkan peraturan di dalam keluarga supaya setiap kali anak-anak ingin bermain atau menggunakan gajet tersebut, pastikan ibu bapa ada disisi mereka dan jangan benarkan mereka bermain bersendirian di dalam bilik atau sudut yang sukar dilihat.

2. Tetapkan enjin carian anda kepada mod “carian selamat” (safe search): 
Kepada pengguna Google sila ke http://www.google.com/familysafety/;
 pengguna Bing boleh ke http://www.bing.com/preferences.aspx
dan jika anda menggunakan lain-lain enjin carian, sila ke tetapan keselamatan yang disediakan dan cari fungsi seperti yang dinyatakan.

Jika anak-anak menggunakan perkhidmatan seperti Youtube, pastikan anda membuat tetapan mod “selamat” (safe) yang sama juga ke atas platform tersebut.

3. Secara berkala, periksa browser history pada gajet anak-anak anda. Jika terdapat alamat sesawang yang mencurigakan, periksa laman tersebut.

Terdapat juga fungsi-fungsi di dalam browser seperti “Clear browsing history”, “Clear download history”, “Delete cookies and other site and plug-in data” atau “Empty the cache” yang membantu memadam sejarah lawatan ataupun data yang tidak diingini.

4. Terhadkan capaian anak-anak di dalam rangkaian sosial hanya kepada rakan-rakan yang mereka kenali sahaja. Buat tetapan “sulit” (private) kepada akaun peribadi mereka supaya orang luar tidak semudahnya mencuri gambar atau maklumat yang terdapat di dalam akuan tersebut bagi tujuan yang tidak baik.

5. Periksa semua gambar dan aplikasi yang dimuat turun di dalam telefon pintar atau tablet milik anak-anak. Anda boleh memuatnaik perisian yang boleh mengesan dan menghalang aplikasi yang tidak sesuai daripada dimuat naik ke dalam gajet anak-anak.

6. Sebagai ibu bapa, anda merupakan penyelesaian yang paling berkesan. Luangkan masa dengan anak-anak dan adakan perbualan hati ke hati dengan mereka. Beritahu mereka mengapa memiliki gambar atau aplikasi yang berunsur pornografi itu salah dan kesannya kepada mereka apabila dewasa nanti.

Pasti dengan kaedah yang sesuai serta penjelasan yang jelas anak-anak akan faham dan mereka tidak akan melakukannya lagi.
See More

No comments:

Post a Comment

Nyatakan komen dan pendapat anda di sini ..