Tuesday, 18 February 2014

Pelakon Erra Fazira sah bercerai talak satu dengan Engku Emran

Pelakon, penyanyi dan pengacara, Erra Fazira baru sahaja sah bercerai talak satu dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Syariah.

Berita penceraian itu disahkan oleh Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain selepas Engku Emran membuat pengakuan lafaz di hadapannya.

Sebelum lafaz cerai, Erra Fazira dan Engku Emran masing-masing sudah bersetuju untuk berpisah secara baik. Bagaimanapun, punca penceraian mereka tidak diketahui setakat ini.

No comments:

Post a Comment

Nyatakan komen dan pendapat anda di sini ..