Friday, 4 April 2014

Respon Adi Putra isu penyebaran gambar separa bogel di Instagram


Respon Adi Putra isu penyebaran gambar separa bogel - Nampaknya, kontroversi membabitkan Adi Putra, Nooraida dan Amiruddin Othman belum reda sepenuhnya meskipun pihak polis sudah mengklasifikasikan tersebut sebagai No Further Action.

Pernah senyap beberapa bulan namun isu tersebut timbul semula selepas bekas suami Nooraida tiba-tiba memuatnaik foto separabogel Adi Putra di laman Instagram miliknya. Niat pendedahan itu tidak diketahui namun beliau mungkin masih tidak berpuas hati.

Baru-baru ini, pelakon teater Di Bawah Lindungan Kaabah itu telah ditemubual oleh pihakmedia berhubung penyebaran foto separa bogelnya oleh Amiruddin. Kata Adi Putra, dia terlalu kerdil untuk memarahi lelaki itu.

“Saya terlalu kerdil nak marah. Kalau ikutkan amarah, semua manusia ada amarah. Tapi fikir kembali kemana amarah itu pergi. Saya tak nak komen. Ungkapan pendek yang boleh saya ungkapkan hanyalah sabar.”


Tambah Adi, tindakan saman tidak akan diambil kerana perkara tersebut tidak menyentuh maruah isteri, ibu dan nama Allah.

“Saya tak hirau apa orang cakap. Janji jangan berkenaan isteri saya, jangan ibu saya, jangan Allah S.W.T. Bagi saya bila orang salahkan saya, takpelah. Saya teruskan perjuangan sebagai manusia. Tanggungjawab dan ibadah saya masih ada lagi."

"Saya sebenarnya tak baca pun, saya berada di Mekah masa itu bawa jemaah. Bila saya tahu, saya tak rasa apa-apa. Bagi saya jemaah lagi penting.”


"Kalau itu jodoh Kita, tak ke mana.. Finally" - Uqasha Senrose

Uqasha Senrose kongsi foto bersanding di Instagram - Nampaknya, bukan setakat Qi Razali sahaja yang berkongsi foto persandingannya dalam drama bersiri Kalau itu jodoh Kita di laman Instagram malah Uqasha juga.

Mungkin merupakan salah satu cara untuk mempromosi drama berkenaan kepada penonton, Uqasha Senrose kelihatan begitu cantik dan anggun ketika menggayakan gaun pengantin. Beliau tidak ubah seperti Nelydia sehingga membuat segelintir peminat confuse.

Sekali lagi penulis tertipu, nasib baiklah pemilik Instagram itu ialah Uqasha Senrose yang menggunakan nama uqashasenrose2. Kalau tak, memang confirm terkejut.

Sebab sebenar Rozita Che Wan pakai baju dan gaun ketat

Sebab sebenar Rozita Che Wan pakai baju dan gaun ketat - Sememangnya penampilan Rozita Che Wan di mana-mana majlis sinonim dengan pakaian dan gaun yang ketat serta mengikut bentuk tubuh badannya.

Jarang sekali atau tidak pernah langsung kita lihat beliau mengenakan pakaian yang berbentuk jubah dan tidak ketat sejak bergelar artis.

Dengan usia pelakon dan pengacara itu yang sudah mencecah usia awal 40-an, penjagaan bentuk badannya sentiasa menjadi keutamaan. Ini ditambah pula dengan Cik Ta yang baru sahaja berkahwin dengan Zain Saidin, penampilannya dianggap sangat penting.

Bagaimanapun, mungkin kerana terlalu kerap mengenakan pakaian dan gaun yang ketat, Rozita tidak lari dari menerima kecaman dan kritikan peminat yang memintanya berubah dan belajar tampil kurang seksi.

Rozita Che Wan yang ditemui wartawan mStar online mempunyai jawapan dan penjelasan sendiri berhubung kecenderungannya memakai gaun ketat. Katanya, mengenakan pakaian ketat dapat membantu dirinya mengesan tanda-tanda awal kegemukan.

"Sebenarnya dari dahulu lagi saya suka memakai baju-baju yang mengikut tubuh badan. Memakai baju-baju ketat dapat memudahkan kita kesan kegemukan kita."

"Dan bila kita pakai baju ketat, ia sekali gus membuatkan kita berdisiplin dalam pemakanan dan hanya memakan makanan dalam jumlah sedikit agar perut tidak nampak menggelebeh."

Tuesday, 1 April 2014

Gambar resepsi perkahwinan Syamsul Yusof & Puteri Sarah Liyana


Resepsi perkahwinan Syamsul Yusof & Puteri Sarah Liyana - Penulis sebenarnya tidak pasti samada beberapa keping gambar yang dipaparkan di bawah ialah majlis resepsiperkahwinan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana secara tertutup atau bukan.

Namun, menurut portal rotikaya, majlis tersebut diadakan di N’dah CateringShah Alammalam tadi yang hanya dihadiri oleh kaum keluarga dan juga rakan artis yang rapat.