Friday 4 April 2014

Respon Adi Putra isu penyebaran gambar separa bogel di Instagram


Respon Adi Putra isu penyebaran gambar separa bogel - Nampaknya, kontroversi membabitkan Adi Putra, Nooraida dan Amiruddin Othman belum reda sepenuhnya meskipun pihak polis sudah mengklasifikasikan tersebut sebagai No Further Action.

Pernah senyap beberapa bulan namun isu tersebut timbul semula selepas bekas suami Nooraida tiba-tiba memuatnaik foto separabogel Adi Putra di laman Instagram miliknya. Niat pendedahan itu tidak diketahui namun beliau mungkin masih tidak berpuas hati.

Baru-baru ini, pelakon teater Di Bawah Lindungan Kaabah itu telah ditemubual oleh pihakmedia berhubung penyebaran foto separa bogelnya oleh Amiruddin. Kata Adi Putra, dia terlalu kerdil untuk memarahi lelaki itu.

“Saya terlalu kerdil nak marah. Kalau ikutkan amarah, semua manusia ada amarah. Tapi fikir kembali kemana amarah itu pergi. Saya tak nak komen. Ungkapan pendek yang boleh saya ungkapkan hanyalah sabar.”


Tambah Adi, tindakan saman tidak akan diambil kerana perkara tersebut tidak menyentuh maruah isteri, ibu dan nama Allah.

“Saya tak hirau apa orang cakap. Janji jangan berkenaan isteri saya, jangan ibu saya, jangan Allah S.W.T. Bagi saya bila orang salahkan saya, takpelah. Saya teruskan perjuangan sebagai manusia. Tanggungjawab dan ibadah saya masih ada lagi."

"Saya sebenarnya tak baca pun, saya berada di Mekah masa itu bawa jemaah. Bila saya tahu, saya tak rasa apa-apa. Bagi saya jemaah lagi penting.”


No comments:

Post a Comment

Nyatakan komen dan pendapat anda di sini ..