Pasangan suami isteri Bansir Aban, 60, dan Painah Tambanan, 58, memanjatkan rasa syukur ke hadrat ilahi sebaik sahaja anak kesayangan mereka iaitu Firman dinobatkan sebagai juara Akademi Fantasia 2014 (#AF2014).
"Terus-terang saya tak sangka dia (Firman) jadi juara. Namun, saya bersyukur kerana akhirnya rezeki berpihak kepadanya. Insya Allah, sebaik saja pulang ke Tawau, Sabah pada hari Selasa (esok), mungkin kami sekeluarga akan adakan sedikit kenduri kesyukuran.
"Buat masa ini, kami tak dapat bincang apa-apa lagi dengan Firman, tapi sama ada dia pulang atau tidak dalam waktu yang terdekat, itulah yang mungkin akan kami rancang (kenduri).
"Kami juga sudah bersedia berdepan dengan apa saja kemungkinan selepas ini. Kami tahu, Firman pasti akan jarang pulang ke rumah, kami juga tahu dia pasti akan sibuk dengan kerjayanya seninya. Semua itu, sudah kami fikirkan," kata ibu Firman iaitu Painah seperti yang dilapor portal Murai.
Selain itu, Painah juga mengakui dia kini tidak perlu risau tentang masa depan Firman dan hanya mendoakan yang terbaik buat anak lelakinya itu.
"Saya sebak dan tak dapat menahan tangis. Selama ini, saya seringkali risau bila memikirkan tentang soal masa depan Firman kerana masa depannya sebelum ini agak kabur.
"Sebagai ibu, saya mahu lihat Firman berjaya dalam hidupnya dan saya juga sering mendoakan agar dia akan berjaya meraih apa jua impiannya.
"Tapi bila melihat kejayaan yang ditempuhinya, saya rasa sangat-sangat gembira dan bersyukur... Saya juga tidak risau lagi tentang masa depan Firman kerana saya tahu inilah jalan kehidupan yang dipilihnya," kata ibu Firman seperti yang dilapor Portal Murai.
Sementara itu, bapa Firman iaitu Bansir pula berkata, dia ingin melahirkan rasa terima kasih yang tidak terhingga buat pihak Astro kerana sanggup menerbangkan dia suami isteri ke Kuala Lumpur untuk menyaksikan anak mereka itu beraksi konsert Final #AF2014.
"Terima kasih juga buat semua yang menyokong Firman. Selepas ini, kami reda dengan apa jua yang bakal kami hadapi. Lebih-lebih lagi sewaktu kepulangan Firman nanti.
"Kami tahu pasti akan ada penyokong Firman yang turut membanjiri rumah kami nanti. Insya Allah, kedatangan mereka akan kami terima dengan hati yang terbuka," katanya Bansir.
Firman memiliki 10 adik-beradik kesemuanya dan dia adalah anak kelapan serta anak lelaki bongsu.
KUMPULANCERITAKINI

No comments:
Post a Comment
Nyatakan komen dan pendapat anda di sini ..