Harapan dan impian pelajar #AF2014 Azwan musnah apabila namanya diumumkan sebagai peserta tersingkir di konsert separuh akhir yang berlangsug sebentar tadi.
Walaupun sejak dari minggu pertama konsert bermula, kedudukan Azwan sering berada ditangga teratas dan tidak pernah digugat oleh mana-mana pelajar #AF2014, namun Azwan gagal ke peringkat akhir apabila dia menjadi mangsa penyingkiran setelah mendapat undian terendah.
Azwan atau nama sebenarnya Azwan Satar telah menyampaikan lagu berjudul ‘Cinta Sesungguhnya’ nyanyian asal Sabhi Sadhi dan sebuah lagu duet bersama penyanyi Noraniza Idris iaitu ‘Tanda Kasih’.
Konsert separuh akhir #AF2014 berlangsung dengan meriah menyaksikan setiap pelajar membuat dua tugasan iaitu secara solo dan duet.
Untuk tugasan solo, empat pelajar lain iaitu Ewal telah menyampaikan lagu ‘Rude’ (Magic), Aman ‘Sedetik Lebih’ (Anuar Zain), Nuha ‘Ku Pendam Sebuah Duka’ (Dato’ Khadijah Ibrahim) dan Firman ‘ Nur Nilam Sari’ (Awie).
Manakala bagi lagu duet pula ialah ‘Kalau Cinta’ (Aman & Masya Popstar), ‘Muara Hati’ (Ewal & Adira), ‘Cinta Mu Mekar Di Hati’ (Nuha & Mus May) serta ‘Seribu Tahun Takkan Mungkin’ (Firman & Joey BPR).
Konsert separuh akhir ini juga menyaksikan persembah oleh Dato’ M.Daud Kilau, Rahmad Mega, Nizam Laksamana, Black dan RJ.
Selain itu, pengumuman mengenai AF Serap iaitu membawa masuk salah seorang pelajar tersingkir untuk kembali bertanding.
Adel merupakan pelajar yang dipilih oleh tenaga pengahar dan pihak fakulti untuk kembali bertarung di pentas #AF2014. Namanya telah diumumkan oleh pengetua #AF2014 Dato’ Hattan.
Konsert minggu kesembilan menyaksikan penyanyi cantik Fauziah Latiff menjadi juri jemputan manakala Dato’ Ramli MS dan Raja Azura selaku juri tetap.
Dengan penyingkiran Azwan itu, kini tinggal lima lagi bintang #AF2014 yang akan meneruskan perjuangan mereka sehingga bergelar juara.
Jangan lupa untuk mengundi pelajar #AF2014 kegemaran anda dengan menaip:
AFUNDI (NAMA SINGKATAN PELAJAR) ke 32777 atau AFUNDI10 (NAMA SINGKATAN PELAJAR) KE 32777.
#AF2014 bersiaran secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) dan Maya HD (saluran 135).
Saksikan Diari AF pada setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 9.00 malam manakala Konsert Mingguan AF akan bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setiap Ahad, jam 9.00 malam.
Bagi merancakkan lagi musim ini, Konsert Pertama dan Minggu akhir #AF2014 akan ditayangkan secara serentak di tiga buah saluran iaitu Astro Ria (saluran 104), Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135).
Untuk maklumat lanjut seperti berita terkini, gambar dan video menarik #AF2014, sila layariwww.af.com.my atau tekan butang merah 'R' di alat kawalan jauh anda.

Sumber: ASTRO GEMPAK
No comments:
Post a Comment
Nyatakan komen dan pendapat anda di sini ..