Wednesday, 2 July 2014

(BERITA-TERKINI) Runtuhan Tanah Di Simpang Empat Jalan Imbi



Projek yang dah bertahun-tahun masih tak siap-siap ini beberapa hari lalu Oh! Media lalu nampaknya memperlihatkan hasil seperti yang dijanjikan di mana satu terowong bawah tanah dibina bagi membolehkan mereka yang datang dari arah Jalan Pudu untuk terus melalui terowong tersebut dan mereka yang datang dari Jalan Imbi dapat berlalu terus seperti biasa.

Namun sebentar tadi OH! MEDIA dimaklumkan akan runtuhan yang berlaku di persimpangan antara Berjaya Times Square dan tapak Penjara Pudu ini. Akibat runtuhan terowong yang masih dalam pembinaan ini, perkhidmatan KL Monorail dari stesen Hang Tuah ke stesen Imbi dihentikan serta-merta kerana lokasi kejadian yang benar-benar hampir dengan tiang landasan monorail.




Mujurlah dia runtuh sekarang atau nanti bila dah siap dan dibuka kepada umum lebih buruk pula padahnya. Punca runtuhan masih disiasat. KUMPULANCERITAKINI

No comments:

Post a Comment

Nyatakan komen dan pendapat anda di sini ..