Monday 21 July 2014

(BERITA-GAZA) Jumlah Kematian di Gaza Melebihi 425 Orang

Gaza: Lebih daripada 87 maut setelah Israel serang Shejaiya
Anggota paramedik membawa keluar mereka yang cedera ketika serangan di Shejaiya. -AP Photo/Lefteris Pitarakis
GAZA: Lebih dari 87 orang terbunuh pada Ahad selepas tentera Israel melancarkan serangan di utara Gaza, di mana ribuan lagi melarikan diri dalam ketakutan selepas serangan paling dahsyat di kawasan berkenaan dalam masa lima tahun.

Serangan ini terus mendorong Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah untuk menghentikan gencatan senjata buat sementara waktu untuk membenarkan paramedik untuk membawa mayat dan yang cedera dalam satu perjanjian yang diterima oleh kedua-dua belah pihak.

Kawasan kejiranan Shejaiya menjadi lokasi pembunuhan beramai-ramai dan keadaan menjadi huru-hara. Sementara itu konvoi ambulans bergegas apabila keadaan mula menjadi tenang, kata seorang wartawan AFP.

Ia berlangsung kurang daripada satu jam, di mana pihak Israel menuduh penjuang Hamas melanggar perjanjian dengan memulakan penembakan, dan berkata pasukannya telah "bertindak balas dengan sewajarnya."

Setelah jumlah kematian di Gaza melebihi 425, ketua Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ban Ki-Moon menuju ke rantau ini atas usaha gencatan senjata dan Presiden Palestin Mahmud Abbas akan  mengadakan perbincangan di Qatar bersama ketua Hamas Khaled Meshaal.

Setakat ini, usaha-usaha gencatan senjata telah ditolak oleh Hamas, yang merupakan kuasa yang dominan di Gaza.

Tidak gentar dengan serangan Israel melalui darat, laut dan udara, ia telah menekankan serangan sendiri yang mengorbankan dua lagi tentera Israel semalam, kata tentera. KUMPULANCERITAKINI


'Shejaiya terus diserang'

Serangan Israel ke atas Shejaiya tidak menunjukkan tanda berkurangan, ribuan boleh dilihat melarikan diri selepas serangan Israel meninggalkan mangsa terbaring di jalan raya, seorang wartawan AFP melaporkan.

Rakaman dari kawasan itu menunjukkan asap hitam tebal di langit ketika serangan yang berterusan, menyebabkan sayap timur Gaza dibakar.

Ambulans tidak dapat mencapai banyak kawasan di sepanjang sempadan Israel kerana serangan berat.

Namun apabila konvoi ambulans dimasukkan, pasukan perubatan dilihat mengambil sekurang-kurangnya tiga mayat, termasuk seorang lelaki dengan ususnya terkeluar dan kepalanya musnah, kata wartawan.

Sekurang-kurangnya empat orang lelaki yang membawa senapang dapat dilihat ketika orang ramai cuba melarikan diri, sebahagian daripada mereka bertopeng, kata wartawan.

Antara yang mati adalah wanita dan kanak-kanak, dan juga seorang paramedik Palestin dan seorang jurukamera yang terbunuh apabila ambulans yang dinaiki mereka diserang.

"Dia bukan seorang pejuang, beliau adalah seorang pejuang kemanusiaan," meraung seorang saudara ketika upacara pengembumian .

"Dia adalah seorang pekerja ambulans, dia berhak untuk mati?"


'Kesakitan di hospital'

Di hospital Shifa, Gaza mangsa dibawa masuk setiap minit. Ada di antara mereka menaiki ambulans, yang lain dalam kereta dan lori.

Antaranya ialah ramai kanak-kanak menjerit dalam kesakitan, beberapa dipenuhi dengan serpihan luka.

"Ini adalah yang paling teruk pernah saya lihat," kata Doktor Hassan Said, yang telah bekerja di hospital itu selama lapan tahun.

Pergaduhan tercetus di dalam bilik kecemasan dengan ibu bapa dalam keadaan histeria sehingga ada yang bertindak untuk menumbuk dinding sebagai tanda marah dan sedih.

"Serangan ini adalah tanpa henti, ia adalah di mana-mana," kata Sabah Mamluk, 40, kepada AFP.

"Kami berlari dan kemudian berjalan. Ia situasi yang menakutkan," katanya.

Sementara itu, tentera Israel mengesahkan sebanyak empat askar mereka terbunuh pada hari Sabtu.


'Jumlah pelarian meningkat'

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah menyalahkan korban awam kepada Hamas, menuduh kumpulan itu "menggunakan orang awam yang tidak berdosa sebagai perisai manusia."

Awal minggu ini, agensi PBB bagi pelarian Palestin, UNRWA, menyatakan kemarahan mereka selepas mendapati 20 roket yang disimpan di dalam salah satu sekolah kosong di Gaza.

Setakat ini, UNRWA telah membuka 55 buah sekolah sebagai tempat tinggal orang-orang yang melarikan diri dari kawasan-kawasan yang paling banyak diserang, dengan lebih daripada 63,000 orang yang mengambil perlindungan dalam mereka, kata agensi itu.

Sementara itu, Hamas mengesahkan Meshaal telah menerima jemputan ke Kaherah untuk perbincangan inisiatif keamanan Mesir.

Cadangan yang sama awal minggu ini telah diterima oleh Israel tetapi ditolak oleh Hamas.

No comments:

Post a Comment

Nyatakan komen dan pendapat anda di sini ..